
Orang kata malang sememangnya tak berbau. Balik daripada melaporkan diri ditempat kerja yang baru, tanpa disangka dua orang polis trafik menahan kereta aku. Periksa lesen. Lulus. Periksa lampu. Lulus. Periksa pon kereta. Gagal! Adeh, siotla! Macam mana waktu begini pon kereta boleh tak berfungsi. Tanpa sebarang pertimbangan, polis wanita tadi terus meminta lesen untuk mengisi surat saman. Bengang. Tapi, masih dapat mengawal keadaan. Tiada jumlah bayaran yang dinyatakan.
Kebetulan, abang sulungku menelefon sebab berjanji untuk makan tengahari bersama-sama. Apabila mendengar aku kena saman, abang aku dah mula membebel macam raksasa Gorgon. Aduh! Masa begini juga nak membebel. Pening dan bertambah bengang. Selesai urusan dengan polis wanita Rohana terus pecut kereta ke kedai makan. Sampai di kedai makan, kebetulan kawan abang (polis) sedang menikmati makan tengahari. Aku biarkan abang sulungku berurusan dengan mereka. Aku dah malas nak fikir. Lagipun, perut tengah lapar jadi fikiran cepat bertukar menjadi kurang waras. Alhamdulillah, polis berpangkat koperal tadi setuju untuk menolong
. Sekurang-kurangnya, hanya perlu membayar sedikit sahaja daripada jumlah saman tersebut.
Jadi, pengajaran buat kamu adalah sebelum keluar rumah untuk pergi ke mana-mana periksalah apa jua yang berkaitan dengan kenderaan kamu. Takut nanti, kamu mendapat nasib yang serupa denganku. Mungkin Allah nak memberikan rezeki yang lebih baik kepada aku selepas bertukar kerja yang lebih baik daripada sekarang. Aku tetap bersyukur. Walaupun, bengang tetapi ada hikmahnya. Alahai!




