Selamat Ulang Tahun, Anis
Aidilx, Royale-Glam Januari 30th, 2009
Selamat Ulang Tahun Sayang – Imran Ajmain
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin laluYang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doaAku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar deritaSelamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemuSelamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalanAku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
Selamat ulang tahun buat Anis Aidilx yang menyambut hari lahirnya pada {29 31 Januari 2009}. Semoga Allah limpahkan segala keberkatan dan kebahagiaan kepadamu. Semoga Allah panjangkan usiamu dalam membuat kebajikan; amal soleh di dunia ini. Semoga Allah kurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.
Terima kasih untuk kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama ini.
Selamat Hari Lahir, Mama
Aidilx Januari 20th, 2009

Selamat Hari Lahir buat bonda Aidilx yang tercinta yang hari lahirnya jatuh pada hari ini (20 Januari 2009).
Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan diberkati senantiasa. Terima kasih untuk segala kasih sayang dan semangat yang ditiup ke dalam roh anakanda selama ini. Terima kasih untuk susu yang telah sebati menjadi darah anakanda; menjadikan anakanda seorang yang kuat dan tabah dalam menghadapi ujian selama ini.
Selamat hari lahir, Mama!








