Kronologi Banjir 2009: Sarikei

Keadaan banjir di Sarikei tidak menghalang para peniaga meneruskan perniagaan mereka bahkan pelanggan setia pun tak menghiraukan air yang sedang melimpahi kawasan kedai-kedai minum di bandar Sarikei. Kalau dah namanya suka melepak, air tinggi 5 meter pun barangkali tak nak berganjak juga.

Ehsan Foto: Willchua & Desmond Chua

Pengalaman pertama di dalam sejarah hidup aku walaupun aku dilahirkan dan dibesarkan di Sarikei. Menurut Daniel, kali terakhir Sarikei dilanda banjir berskala begini pada tahun 70-an. Masa itu, aku belum wujud lagi dalam dunia ini.

Alhamdulillah, banjir di Sarikei tidak seteruk di tempat lain sehingga banyak keluarga yang terpaksa dipindahkan ke penempatan sementara. Takziah kepada keluarga-keluarga yang berdepan dengan bencana ini. Bersabarlah.

Harap-harap, Majlis Tempatan jadi lebih peka dan bergerak dengan lebih efektif dalam menangani masalah banjir ni. Jangan waktu pilihanraya saja baru nak buat kerja pendalaman parit-parit, sekarang ini musim tak menentu jadi kena bersedia sepanjang masa. Bak kata pepatah Jawa, “Better prevent than cure”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 14 January '09 oleh | 392 Kali Ditelaah
Bawah akta Info Semasa, Sarawak.