Archive for February, 2009

Nabau: Anaconda Sarawak {Updated}

Hangpa tau apa itu Nabau? Di Sarawak, dah kecoh cerita tentang Nabau atau ular yang sebesar Anaconda di hutan Amazon, muncul di Sungai Baleh, Kapit. Apa? Sarawak ada Anaconda? :lol:

Masa aku kecik-kecik dulu, Mama aku selalu bercerita tentang Nabau ni. Nabau ni adalah mitos masyarakat Iban di sini. Tetapi, apabila aku tengok gambar ini, memang 100% aku tak percaya! Tetapi, bukanlah aku menidakkan kewujudan ular sebesar ini di dunia tetapi dari segi gambar dan video yang disebarkan ternyata ianya tidak menunjukkan gambar-gambar tersebut diambil di Sungai Baleh, Kapit.

Sebagai anak Sarawak aku nak war-warkan yang gambar-gambar yang disiarkan oleh suratkhabar tempatan dan yang disebarkan di Internet adalah palsu! Setahu aku, Batang Rajang airnya bukan hitam pekat seperti yang ditunjukkan tetapi airnya keroh seperti Teh C Beng!

Semua ini gimik untuk melariskan jualan surat khabar tempatan. Minta maaf, kami bukan buta tuli untuk ditipu sebegitu. Tetapi, sekurang-kurangnya ini merupakan salah satu method untuk mempromosikan Sarawak, “A Place Like No Other“. Memang pun kan? :)

nabau_sgbaleh

Kiranya satu nusantara dah mengetahui kisah ular di Sungai Baleh. Wah! Betapa luarbiasa teknologi Internet, cerita ini dapat disebarkan ke seanterio dunia dalam sekelip mata! Tak sangka cerita ular ini boleh mendatangkan keuntungan. :beurk:

(more…)

Posted on 27 February '09 by , under Info Semasa, Sarawak. 12 Comments.

Pengakuan TM!

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd. (TM) menjangka perkhidmatan Internetnya pulih sepenuhnya menjelang 5 Mac ini. Perkhidmatan itu terganggu sejak 18 Februari lalu.

Gangguan itu disebabkan kegagalan litar pada Jaringan Kabel Asia Pasifik 2 (APCN2) antara Kuantan-Katong di Singapura dan Shantou-Tanshui di Taiwan yang menghubungkan Malaysia ke Amerika Syarikat, demikian menurut TM dalam satu kenyataan semalam.

Disebabkan gangguan itu, pelanggan TM yang menggunakan perkhidmatan Internet mungkin melalui perayauan yang perlahan semasa mengakses kandungan yang dihos di Amerika Syarikat (AS), kata TM.

Sumber: Kosmo! Online

Patut pun macam HAREM je talian Streamyx di ofis ini. Rupa-rupanya, TM ada masalah dengan kabel. Ok, terima kasih kerana pengumuman tersebut. Aku nak buka akaun Hotmail. Menyusahkan! Celcom Broadband bila pula nak pulih sepenuhnya ini? :-|

Mangkuk! Dah 2 hari aku cuba login ke akaun WordPress tetapi malangnya tak lepas. Ada error kat hosting aku! Gila! Kalau ada masalah dengan hosting aku, fasal apa aku boleh je akses ke akaun WordPress di ofis ini.

Oit, Celcom! Buat kerja cepat sikit. Buat rugi je aku bayar tapi perkhidmatan serupa macam gunakan beca nak buat apa?! :(

Posted on 25 February '09 by , under Blog, Info Semasa, Zon Teknologi. 14 Comments.

Teknologi Menghindari Peluru dari IBM

Percaya atau tidak, IBM baru saja mematenkan sebuah teknologi yang dapat meningkatkan daya refleks kita, sehingga secara teori, kita dapat menghindari peluru seperti Neo dalam filem Matrix.

Aidilx_Matrix

“Bionic Body Armor” ini akan secara terus menerus melakukan pengesanan di kawasan sekitar pengguna untuk mengesan tembakan peluru. Jika terdapatnya peluru di kawasan tersebut, sistem akan mengirimkan kejutan elektrik menuju ke otot yang akan mengakibatkan tindakan refleks pada tubuh untuk menghindari peluru.

Nota Aidilx: Siapa kata manusia tak mampu menterjemahkan fantasi atau fiksyen di dalam filem kepada realiti kehidupan menerusi teknologi semasa. Seharusnya Bush menggunakan teknologi ini sebelum ke Iraq tempohari. 8-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posted on 24 February '09 by , under Info Dunia, Info Semasa, Zon Teknologi. 4 Comments.