Aidilx & Blog, gering!
Aidilx, Blog 22 Februari, 2009

Database blog Aidilx ghaib lagi?
Memang ya!
Sengaja aku padamkan kerana ada macam-macam masalah yang timbul gara-gara kekhilafan sendiri.
Tak buat backup ke, Aidilx?
Memang buat backup pun. Tetapi, aku ni jenis pemalas nak tunggu database lama dimuatnaik. Paling senang dan cepat, padam yang lama, gantikan yang baru.
Memang tensi jugalah dibuatnya tapi nak buat macam mana dah semua ini berpunca daripada kegatalan tangan sendiri. Memang ralit juga dibuatnya apatah lagi banyak entri lama-lama yang lenyap terus dari mukabumi ini. Redha!
Tambah lagi, sekarang ini semangat aku tiba-tiba merudum diparas (-ve)! Susahkan kalau semangat sendiri hilang. Nak buat kerja apa pun tak menjadi. Hampir 5 tahun aku berblogging, (kalau tak silap menganggar) tak pernah rasa camni. Barangkali, tiada lagi tulang belakang yang selama ini banyak memberikan sokongan.
Walauapapun, tiada siapa yang mampu pulihkan balik semangat tersebut melainkan aku sendiri, kan? Terima kasih untuk seseorang yang memberikan kata-kata semangat semalam.
Nota Aidilx: Barangkali, ini merupakan theme rasmi untuk blog aku. Untuk berapa lama, jangan ditanya. Aku dah serik! Disebabkan kegatalan dan hobi gila aku menukar theme acapkali, membuatkan blog aku pun gering. Susah betul jadi orang cerewetkan? Hu Hu..









Februari 22nd, 2009 at 8:13 pm
Chaiyok chaiyok laling! He he he…
Eh…nombor telefon masih yang dulu lagi ke?
Maxis – 686****
Senang Marts nak mengumpat bila database hilang lagi. Degil sungguh la.
Februari 23rd, 2009 at 9:54 am
Lorr… rasanya celcom tu dulu ada terimasa sms tapi ingatkan nombor pinjam jadi tak save la.
Nanti Marts tinggal nombor Marts dalam YM Laling/Anis la. Tak pernah nampak online pung, nampak si Anis jo.
Februari 24th, 2009 at 12:34 pm
Muahahaha..
Dah lama den tak guna no tu ling.
Dah lupus dari mukabumi ni.
Selamat dari bebelan!
Februari 24th, 2009 at 12:35 pm
Ada plak no pinjam. Ceh!
Memang jarang nak on YM, malas!
Januari 25th, 2010 at 4:56 pm
errr… gambar tu~~ hakhakhak~ NODAME!!!!!