e-Permainan: Hilangkan Tekanan Kerja
Ada masanya kita perlukan sesuatu untuk meluahkan segala tekanan yang kita hadapi. Pepatah Inggeris ada mengatakan, “All work and no play makes Jack a dull boy“. Sebab itu, disarankan kita ambil sedikit masa untuk beriadah hatta hangpa di depan PC sekalipun.
Jadi, hari ini Aidilx nak berkongsi e-permainan yang boleh membantu hangpa untuk mengusir kebosanan ataupun tekanan di masa kerja.
Bowman 2
Permainan yang boleh dimainkan sama ada melawan komputer atau bersama kawan-kawan. Intipati e-permainan ini, ianya mengajak kita menembak musuh kita seperti Robin Hood yang selalu digambarkan dengan kehebatan memanah dengan tepat. Kesulitannya terletak pada menentukan kekuatan dan darjah kecondongan saat anda melepaskan panahan.
The Helicopter Game
Pengawalan e-permainan ini agak senang kerana hanya memerlukan anda klik kiri ditetikus anda. Kesulitannya terdapat pada bagaimana caranya agar helikopter anda tidak merempuh dinding ataupun tanah. Sangat mencabar dan bisa membuatkan anda terlena dan melupakan pekerjaan.

Max Dirt Bike
e-Permainan yang Aidilx rasa paling menarik kerana memberikan kesulitan dan permainan yang mencabar dalam menghadapi rintangan sebanyak 19 peringkat. Dan, permainan ini akan membuatkan anda rasa teruja untuk menjadi seorang Dirt Biker .
Nota Aidilx: Forumer di Jomlayan memang pantang nampak e-permainan terutama sekali Joaquin & Zaceye. Apa-apa pun, selamat mencuba untuk semua! Hidup Biar Segar!







