Nabau: Anaconda Sarawak {Updated}
Hangpa tau apa itu Nabau? Di Sarawak, dah kecoh cerita tentang Nabau atau ular yang sebesar Anaconda di hutan Amazon, muncul di Sungai Baleh, Kapit. Apa? Sarawak ada Anaconda? :lol:
Masa aku kecik-kecik dulu, Mama aku selalu bercerita tentang Nabau ni. Nabau ni adalah mitos masyarakat Iban di sini. Tetapi, apabila aku tengok gambar ini, memang 100% aku tak percaya! Tetapi, bukanlah aku menidakkan kewujudan ular sebesar ini di dunia tetapi dari segi gambar dan video yang disebarkan ternyata ianya tidak menunjukkan gambar-gambar tersebut diambil di Sungai Baleh, Kapit.

Sebagai anak Sarawak aku nak war-warkan yang gambar-gambar yang disiarkan oleh suratkhabar tempatan dan yang disebarkan di Internet adalah palsu! Setahu aku, Batang Rajang airnya bukan hitam pekat seperti yang ditunjukkan tetapi airnya keroh seperti Teh C Beng!
Semua ini gimik untuk melariskan jualan surat khabar tempatan. Minta maaf, kami bukan buta tuli untuk ditipu sebegitu. Tetapi, sekurang-kurangnya ini merupakan salah satu method untuk mempromosikan Sarawak, “A Place Like No Other“. Memang pun kan? :)

Kiranya satu nusantara dah mengetahui kisah ular di Sungai Baleh. Wah! Betapa luarbiasa teknologi Internet, cerita ini dapat disebarkan ke seanterio dunia dalam sekelip mata! Tak sangka cerita ular ini boleh mendatangkan keuntungan. :beurk:
Memandangkan entri Aidilx kali ini berkisar tentang ular jadi aku nak ceritakan sedikit tentang Tempe (rakan gaduh geli-gelian aku di board Layan Blog & JLOB di Jomlayan) yang dipatuk ular kapak {22 Februari 2009} lalu.

Masih nampak lagi kesan gigitan ular kapak. :-(

Seriously, aku rasa ngilu gila tengok gambar ni! :[

Selepas mendapat rawatan & tangan terpaksa digantung perlawanan seketika.
Semalam sempat bertanya khabar si Tempe ini. Alhamdulillah, bisa dibadan dia dah tiada. Cuma jari dia yang mungkin masih terasa sakit. Dalam sakit-sakit pun sempat lagi nak bertanya fasal JLBM {Jomlayan Blogger Mania} yang sedang berlangsung sekarang. Memang semangat kesukanan betul si Tempe ni! 8-)
Walauapapun, aku sekeluarga mendoakan agar cik Tempe cepat sembuh dan kembali bertugas di Jomlayan. Budak-budak JLBM dah rindu dekat hang!






12 Comments to “Nabau: Anaconda Sarawak {Updated}”