Nina Chattu
Dari kajian Xavier inilah, Portugis membuat kesimpulan untuk menyusun taktik dan strategi. Maka pada tahun 1509, Portugis mengadakan uji-coba atas kebenarannya. Dalam kunjungan resmi Portugis ke Melaka, kepada Bendahara Kesultanan Melaka yang dikenal jujur itu diberikan kenang-kenangan berupa kalung emas dan tidak diberikan kepada Sultan Melaka, Mahmud Syah. Peristiwa ini sengaja dihembus dan dihebohkan oleh Nina Chattu (keturunan Kling, India) dan Uthimutha (keturunan Jawa).
Keduanya bekerja di Istana Sultan Melaka. Portugis sudah lama memperalat dua orang ini yang ditugasi mencari dan menyerahkan rahasia pertahanan Sultan Melaka. Jadi kejatuhan Melaka tidak terlepas dari pengkhianatan kedua orang ini, seperti telah diungkapkan:
“Kejatuhan Melaka sebenamya berpunca daripada pengkhianatan oleh dua orang pegawai Sultan: Nina Chattu seorang keturunan Kling-India, yang bekerjasama merancang dan menolong orang Portugis menyerang serta merampas Melaka. Difahamkan bahwa ia telah terpengaruh dengan janji-janji manis yang diberikan oleh Alfonso D‘Albuquerque, dan akhimya dia sendiri dibunuh oleh serdadu Portugis.” Armando Cortesao, The Suma Oriental of Tome Pires, London, 1944, hlm 287.
Selain Chattu, “didapati juga seorang pengkhianat lagi bemama Uthimutha, keturunan Jawa yang bekerja sebagai budak, turut merancang dan melicinkan rampasan kuasa oleh Portugis untuk menakluki Melaka.” (UTUSAN MALAYSIA, 5 November, 1997, hlm 34.
Wah! Satu negara gempar dengan kenyataan Mr. Toothless Tiger a.k.a Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak. Suatu perbuatan yang sama taranya dengan perbuatan menderhaka. Atau, sememangnya sudah dicop DERHAKA.
Pergolakan politik di Perak bagai goreng pisang panas! Seluruh negara sibuk bercerita kondisi politik di Perak; reaksi mereka pelbagai. Media massa mahupun media elektronik apatah lagi media pro kerajaan begitu rancak kupas dan ulas. Media pro pembangkang tak kurang hebat juga. Tahniah kepada semua kerana tidak kalah dalam memanipulasikan keadaan.
Tak ketinggalan, sahabat aku, cik Zuril {orang Perak}, tidak melepaskan peluang bertanyakan pendapat aku tentang ketegangan politik di Perak. Agaknya orang Perak sendiri dah tak larat nak melayan karenah politik yang umpama ikan masak 4 rasa. Memang secara rasionalnya, Nizar perlu meletakkan jawatannya kerana kehilangan majoriti dek katak-katak yang suka melompat ke sana kemari. Tetapi, tak guna nak salahkan satu pihak kerana parti-parti di Malaysia ini memang dah banyak sejarah katak-katak suka melompat parti sama ada dari parti lawan ke parti kerajaan vice versa.
Kelancangan hero tua Malaya yang lumpuh a.k.a Mr. Karpal Singh yang sanggup menfailkan saman ke atas Sultan Azlan Shah menambahkan lagi keperitan perjalanan politik Nizar. Hangpa ingat lagi kata-kata Ahli yang Berhormat Jerai, Badruddin Amiruldin yang beliau lemparkan kepada Karpal Singh dalam satu persidangan di Dewan Rakyat?
Now you are sitting in a wheel chair. ‘Puki Mak’… God has punished you (Tuhan qada kepada dia.)
Source: Hansard DR-20071022, Pages 43-45
Memang, orang Melayu rasa terguris dengan tindakan Karpal tetapi ada juga orang Melayu yang masih menganggap tindakan Karpal ada rasionalnya atas nama demokrasi. Aku tidak ingin menunding jari kepada satu pihak kerana atas nama demokrasi juga kita punya hak nak memilih parti mahupun individu yang boleh mewakili kita di Parlimen. Tak kisahlah kalau hangpa menyanjung tindakan berani Karpal dalam memperjuangkan kepentingan Nizar di Perak. Hangpa lebih banyak ilmu politik jurus tenuk sakti ke-16 dalam dunia politik yang umpama tikus. Licik!
Untuk keterangan: Aku bukan memihak mana-mana parti walaupun aku sudah mendaftar sebagai pengundi sah. Aku masih belum mampu memilih calon yang benar-benar layak kerana dari segi pengamatan aku; calonnya belum dilahirkan!
Penat sebenarnya nak menulis sebuah entri yang berkisar tentang politik lebih-lebih lagi yang melibatkan isu Melayu dan berkaitan dengannya. Memang akan ada yang tidak puas hati, tetapi seperti aku katakan aku juga ada hak untuk membentangkan pendapat aku tentang politik di Perak mahupun perihal yang berkaitan dengan Karpal. Cuma, satu saja yang aku harap jangan ada Nina Chattu moden yang akan menjadi duri dalam daging dalam negara kita. Bahayanya sudah terbukti.
Wallahua’lam
Nota Aidilx: Aku marah sungguh dengan Unit Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Rasa terkilan apabila menonton kesinambungan pendedahan 360: tindakan mereka membunuh haiwan tanpa perikemanusiaan. Barangkali benar, mereka kurang pendedahan cara manayang terbaik untuk menangani haiwan liar seperti anjing dan kucing tetapi tidakkah mereka gunakan 10% daripada akal mereka, tak perlu banyak, untuk fikirkan betapa seksanya haiwan-haiwan tersebut mati.
Anjing dijerut lehernya sehingga mematahkan tulangnya bukankah itu perbuatan yang berperikebinatangan dan kejam. Kita marahkan Zionis kerana kekejaman mereka tetapi sebenarnya orang kita pun sezalim rejim Zionis. Apa cerita ini DBKL? Aktivitis Haiwan bertalu-talu menanyakan soalan kenapa tak terjawab? Hangpa fikir haiwan tu tak ada hak ke nak hangpa matikan begitu saja? Akai ada?!
Aidilx -Aktivitis Haiwan Tak Bertauliah





