Archive for February, 2009

Peluang Kedua!

Suatu petang.

Balik dari kerja, rupanya ada surat di atas meja komputer aku. Memang dapat dijangka daripada siapa. Dari encik SPA yang membawa perkabaran tentang jadual peperiksaan khas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Lesu. Tak bernafsu nak membelek dengan lebih lanjut. Baca seketika lepas tu letak balik. Sumpah! Aku memang tak bersemangat nak pergi peperiksaan ini.

Sabtu lepas, aku pergi menghadiri ujian ini dalam keadaan terpaksa. Sejujurnya, soalan peperiksaan ini diulang cetak cuma ayatnya digubal sedikit. Tetapi, ada juga soalannya menyentuh perasaan bagi sesiapa yang tak membuat ulangkaji. Haru! :aie:

Walauapapun, terima kasihlah kepada encik SPA kerana memberi aku peluang panggilan kedua menghadiri peperiksaan ini.

Penat selepas PAC tempohari masih bersisa lagi. :bloody:

Posted on 23 February '09 by , under Aidilx. 2 Comments.

Aidilx & Blog, gering!

Tags:, .

Database blog Aidilx ghaib lagi?
Memang ya!
Sengaja aku padamkan kerana ada macam-macam masalah yang timbul gara-gara kekhilafan sendiri.

Tak buat backup ke, Aidilx?
Memang buat backup pun. Tetapi, aku ni jenis pemalas nak tunggu database lama dimuatnaik. Paling senang dan cepat, padam yang lama, gantikan yang baru.

Memang tensi jugalah dibuatnya tapi nak buat macam mana dah semua ini berpunca daripada kegatalan tangan sendiri. Memang ralit juga dibuatnya apatah lagi banyak entri lama-lama yang lenyap terus dari mukabumi ini. Redha!

(more…)

Posted on 22 February '09 by , under Aidilx, Blog, Motivasi. 5 Comments.

e-Permainan: Hilangkan Tekanan Kerja

Ada masanya kita perlukan sesuatu untuk meluahkan segala tekanan yang kita hadapi.  Pepatah Inggeris ada mengatakan, “All work and no play makes Jack a dull boy“. Sebab itu, disarankan kita ambil sedikit masa untuk beriadah hatta hangpa di depan PC sekalipun.

Jadi, hari ini Aidilx nak berkongsi e-permainan yang boleh membantu hangpa untuk mengusir kebosanan ataupun tekanan di masa kerja.

Aidilx_The RobinHood

Bowman 2
Permainan yang boleh dimainkan sama ada melawan komputer atau bersama kawan-kawan.  Intipati e-permainan ini, ianya mengajak kita menembak musuh kita seperti  Robin Hood yang selalu digambarkan dengan kehebatan memanah dengan tepat. Kesulitannya terletak pada menentukan kekuatan dan darjah kecondongan saat anda melepaskan panahan.

The Helicopter Game
Pengawalan e-permainan ini agak senang kerana hanya memerlukan anda klik kiri ditetikus anda. Kesulitannya terdapat pada bagaimana caranya agar helikopter anda tidak merempuh dinding ataupun tanah. Sangat mencabar dan bisa membuatkan anda terlena dan melupakan  pekerjaan.

Aidilx_Dirt_Biker

Max Dirt Bike
e-Permainan yang Aidilx rasa paling menarik kerana memberikan kesulitan dan permainan yang mencabar dalam menghadapi rintangan sebanyak 19 peringkat. Dan, permainan ini akan membuatkan anda rasa teruja untuk menjadi seorang Dirt Biker .

Nota Aidilx: Forumer di Jomlayan memang pantang nampak e-permainan terutama sekali Joaquin & Zaceye. Apa-apa pun, selamat mencuba untuk semua! Hidup Biar Segar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posted on 17 February '09 by , under Blog, Satira, Zon Teknologi. No Comments.