Peluang Kedua!
Suatu petang.
Balik dari kerja, rupanya ada surat di atas meja komputer aku. Memang dapat dijangka daripada siapa. Dari encik SPA yang membawa perkabaran tentang jadual peperiksaan khas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).
Lesu. Tak bernafsu nak membelek dengan lebih lanjut. Baca seketika lepas tu letak balik. Sumpah! Aku memang tak bersemangat nak pergi peperiksaan ini.
Sabtu lepas, aku pergi menghadiri ujian ini dalam keadaan terpaksa. Sejujurnya, soalan peperiksaan ini diulang cetak cuma ayatnya digubal sedikit. Tetapi, ada juga soalannya menyentuh perasaan bagi sesiapa yang tak membuat ulangkaji. Haru! :aie:
Walauapapun, terima kasihlah kepada encik SPA kerana memberi aku peluang panggilan kedua menghadiri peperiksaan ini.
Penat selepas PAC tempohari masih bersisa lagi. :bloody:






2 Comments to “Peluang Kedua!”