Permohonan KPLI & J-QAF: Jun 2009
By Aidilx on Feb 15, 2009 in Pendidikan
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) MODE SEPENUH MASA
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) j-QAF MODE LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mode Sepenuh Masa atau Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon tempatan di kawasan pendalaman khasnya di Sabah dan Sarawak.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jun 2009 iaitu lahir selepas 1 Jun 1974.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada IPTA / IPTS tempatan atau luar negara.
- Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti / IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
SYARAT TAMBAHAN
- Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah hendaklah memiliki ijazah samada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Al-Quran atau bidang yang berkaitan.
- Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
- Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skroll) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
- Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.
BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mode Sepenuh Masa Bagi Ambilan Jun 2009
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan)
- Bahasa Tamil
- Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan)
- Matematik
- Pendidikan Islam
- Sains
- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
- Pendidikan Seni Visual
- Kemahiran Hidup
- Pendidikan Jasmani
- Bimbingan
- Pemulihan
- Pengajian Sosial
- Pendidikan Muzik
Kursus Perguruan Lepas Iajzah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah Bagi Ambilan Jun 2009
- Bahasa Arab
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Islam Pendidikan Khas j-QAF
CARA MEMOHON
- Permohonan untuk mengikuti program ini hanya boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja. Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara mulai 16 Februari 2009 hingga 1 Mac 2009 dengan bayaran sebanyak RM6.00. Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor PIN ini.
- Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. Nombor PIN ini juga digunakan untuk membuat semakan keputusan permohonan.
MAKLUMAN DAN PERHATIAN
- Calon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja.
- Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – mTEST) pada 28 Mac 2009 dan menghadiri temuduga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Calon yang dipanggil menduduki mTEST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian.
- Calon yang layak dipanggil temuduga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temuduga, Lembaran Pernyataan Hasrat dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temuduga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.
- Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat pengesahan Ketua Jabatan semasa temuduga.
- Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditetapkan.
- Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah dijalankan secara penempatan terus di sekolah rendah dan pengajian latihan perguruan akan dijalankan di Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditetapkan semasa cuti persekolahan. Tempoh pengajian adalah selama 18 bulan dan berkhidmat di sekolah berkenaan tidak kurang daripada tiga tahun selepas tamat pengajian.
- Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
- Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal JPA: http://www.interactive.jpa.gov.my
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
- Permohonan ditutup pada 1 Mac 2009
PENDAFTARAN
- Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan.
- Calon yang yang telah ditemuduga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPGM adalah dianggap tidak berjaya.
- Bahagian Pendidikan Guru, KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
- Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di IPGM adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
Nota Aidilx: Kepada yang berminat mengajar murid-murid sekolah rendah, bolehlah memohon. Aku pun cadangnya nak mencuba. Mana tau ada rezeki. Berjayakah Aidilx menjadi seorang cikgu? Kita tunggu dan lihat. Mue he he.. :razz:


reavithi | Mar 11, 2009 | Reply
i would like to see the admmission roster for the year of 2009
welkean | May 17, 2009 | Reply
Saya amat memerlukan borang-borang seperti berikut.
1. Borang Maklumat Diri Pemohon.
2. Kertas Penulisan Pengalaman.
3. Kertas Pernyataan Hasrat.
Saya terlupa download borang-borang tersebut di website. (Temuduga KPLI Ambilan June 2009)
Ribuan terima kasih.
Yang Benar,
welkean@gmail.com
aya | Jun 10, 2009 | Reply
bagaimana pula dgn students lepasan diploma..
adakah alternative lain untuk berkecimpung dlm perguruan..
perapa pointer yg diperlukan?!
Aidilx Reply:
June 10th, 2009 at 12:33 pm
Minta maaf, saya pun kurang pasti.
Tetapi, kalau berminat di dalam dunia perguruan bolehlah menyambung Degree di dalam bidang Pendidikan. Ataupun, saudari boleh menjadi guru sandaran.
sweetgreeny | Jul 7, 2009 | Reply
ada sape2 yang prnh ambil kursus bahasa cina?..klu ambl kursus bahasa cina,intrview pun dlm chinese jg ka?..anyone can answer me…tq
Aidilx Reply:
July 7th, 2009 at 9:24 pm
Rasanya tak kot.
mr k | Aug 24, 2009 | Reply
Salam saya nak tahu bila lak…pengambilan JQAF ?.Sebab saya tak sempat mintak ambilan jun 2009..
Aidilx Reply:
August 24th, 2009 at 3:46 am
Insya-Allah, kalau ada informasi saya war-warkan di sini.
atikah | Oct 13, 2009 | Reply
salam nk thu tntg lpasan diploma yg brminat untuk smbg dlm bidang pndidikan bpe thn plak?
hanya untuk guru skolah rendah sahaja?
klu guru sandaran tu brpa lama tempoh dia blh ngajar?bese dia akan serap x jika prestasi pengajaran dia bagus?
mujahid | Nov 1, 2009 | Reply
salam.boleh tahu temuduga pengambilan jqaf 2010,masih ada atau tidak. sbb kmenterian buat pengumuman baru baru ni seolah olah mahu hentikan program ini,harap respon……
Aidilx Reply:
November 1st, 2009 at 2:25 pm
Insya-Allah, akan diwar-warkan di sini sekiranya saya ada informasi tersebut.
solehah | Nov 25, 2009 | Reply
salam..
juga nak tanya tentang lepasan diploma..
saya beminat nak jadi cikgu tp x taw camna caranya..
ada maklumat x?
cara memohon ker, kelayakan ker..
Aidilx Reply:
November 25th, 2009 at 3:47 pm
Kalu dah ada diploma, try mintak Degree Pendidikan. Skrg UPSI ada, UPM ada, etc. Kena pandai carilah.
Kalau masuk UPSI, dlm tempoh 3thn camtu abih.Lepas itu, insya-Allah akan diserap ke KPM.Biasa kalu pengambilan/nak sambung ke Degree kena memohon melalui UPU. Melainkan kalu saudari/saudara dah ada Degree so bleh apply KPLI.