Kondom Teraneh & Lucu Di Jepun

condomads

Teknologi kondom di Jepun, saban hari semakin berkembang pesat. Ini berdasarkan kepada rekod penjualan kondom iaitu sebanyak 580 juta kondom yang terjual pada setiap tahun. Namun begitu, persaingan pengeluaran kondom di Jepun tidaklah serancak seperti di Amerika Syarikat ataupun negara-negara lain. Bagi menggalakkan rakyat Jepun menggunakan kondom ketika mengadakan hubungan intim, syarikat-syarikat pengeluar kondom telah mencipta pelbagai jenis kondom dengan berbagai-bagai jenis rekaan yang begitu kreatif dan inovatif! Impresif, bukan? :)

Berikut adalah jenama kondom yang teraneh dan terlucu yang dikeluarkan di Jepun.

10. Kondom Astrologi

cute_condons_horoscope

Agak-agaknya, kalau gunakan kondom ini mungkin dapat merancang tarikh yang sesuai untuk melepaskan benih mengikut zodiak seperti yang kita kehendaki. 

9. Kondom KitSack

kitkatorigin

Coklat KitKat memang sedap. Tapi, KitSack pula bagaimana? Hanya golongan wanita yang mengetahuinya :cool:

8. Kondom Fe+Male

oka-female1

Kondom yang mungkin digunakan bagi lelaki atau wanita yang sedang bingung mencari jati diri. Kiranya, dua-duanya jantina boleh pakai kondom ni kot. 

7. Kondom Bermotifkan Seni {Ciptaan Radical Suzuki}

tokyoartcon

Sesuai untuk mereka yang gemar sesuatu yang berseni dan mempunyai citarasa yang berlainan di dalam hubungan intim. Kondom Etiquette ini amat sesuai untuk anda. 

6. Kondom Gundam

gundam_condomgundam_condom


Betapa sinonimnya Gundam kepada Jepun sehinggakan syarikat pengeluar kondom turut mereka kondom yang berkaitan Gundam. Tak menahan betul bila melihat iklan kondom Gundam ini. :)

5. Kondom Premium

premium_quality_latex_condoms

Siapa yang tahu sebenarnya kotak ini adalah kondom. Tak mustahil kalau ada yang tersalah beli dan menghadiahkannya kepada teman wanita atau sebaliknya. Rekabentuknya yang agak menarik berbanding jenama kondom yang lain yang menyebabkan kondom ini menempatkan dirinya pilihan ke-5 rakyat Jepun.

4. Kondom Telefon Bimbit

mobileskins_assist_custom

Telekondomunikasi ini tidak disertai dengan pelincir tetapi cukup nipis untuk digunakan. Nasib baik kondom berjenama ini tidak terdapat di Malaysia. Kalau tidak, kebarangkalian sesetengah pengguna menggunakan kondom ini sebagai pelindung telefon bimbit mereka adalah tinggi! :aie:

3. Kondom Tupai

japan-condoms

Jenama kondom ini memang aneh dan melucukan. Kondomnya berbentuk topi seperti yang dipakai oleh tupai tersebut. Persoalannya, adakah ianya selamat. Lebih-lebih lagi, dengan rekaannya seperti permainan kanak-kanak, sudah pasti kalau tersalah simpan, boleh mendatangkan kemaluan kepada penggunanya. :)

2. Kondom “We Are All Brack People”

brack-people

Dengan motto “Keep it real. Keep on faith. Keep on going. Piece! So cool. Respect!” memang melucukan. Hitam menjadi tema kondom ini yang langsung berlainan daripada jenama kondom yang ada di Jepun. Mungkin keistimewaan kondom ini terletak pada kuasa HITAM tersebut yang sinonim dengan harimau bintang. Pantas dan tahan lama. :p

1. Kondom Super Big Boy

super_bigboy2

Ingat pil kuda je ke yang ada di pasaran? Kondom berjenama kuda pun turut dijual di Jepun. Bukan setakat itu sahaja, kondom ini mampu menjadikan anda bekerja dengan tahap enjin kuasa kuda 500cc. Bayangkan? Menurut sumber juga, kondom ini juga direkakhas bagi mengurangkan bau yang selalunya terdapat pada kondom biasa. Dengan teknologi nyahbau yang terdapat pada kondom ini sudah tentu ianya mampu memberikan kepuasan kepada anda dan pasangan. Beraksi setangkas kuda! Kudaku lari gagah berani! Ha Ha!

Nota Aidilx: Entri ini bukan bertujuan untuk menggalakkan anda mengadakan maksiat tetapi sekadar berkongsi info berkaitan jenama kondom yang ada di Jepun. 8)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 24 March '09 oleh | 782 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized.

18 Comments to “Kondom Teraneh & Lucu Di Jepun”

26.03.09 at 01:26
Posted by susanantidoraemon

aku nak komdom kuda tuh leh ke?wakahahhaha

Aidilx Reply:

Tak payah, Rian dah tahap kuda pun :)

26.03.09 at 01:27
Posted by susanantidoraemon

hitam leh bagi kat gj?sesuai sangat kan kan kan kan?????wakahahhah

Aidilx Reply:

muahahaha! Tak sampai hati aku nak kenakan abang GJ ku itew. :)

26.03.09 at 03:26
Posted by sharil

Errr.. abg aidil pakai kondom yg mana ?

Aidilx Reply:

Cuba teka :)

Ko plak nak try kondom yang mana? :p

26.03.09 at 09:33
Posted by zai

aku nk kondom telefon bimbit bimbit..pas gune leh wat sarong h/p aku…waa..ka..ka..

Aidilx Reply:

Bagus gak kan? Lepas guna pastu cuci. pastu sarung kat telefon balik. Sapa nak pasan kan? :o:

26.03.09 at 15:23
Posted by twenty-six

try jangan tak try keh keh

Aidilx Reply:

Hep! Jangan try kalau belum kahwin :o:

26.03.09 at 19:51
Posted by susanantidoraemon

sherry mesti pakai kondon gundan tu kan?

Aidilx Reply:

bukan Gundan lah konyet! Gundam. :)

Sherry guna kondom Gundam ke? :[

Padan pun napsu dia menggebus je :o:

26.03.09 at 21:47
Posted by sharil

susan mesti pakai kondom fe+male kan ? lepas dier pakai leh bg laki dier pakai lak…. jimat.. pastu basuh ngn sabun Daia.

aidilx Reply:

La yeke? Aku ingatkan dia susan pakai kondom We Are All Brack People :)

26.08.09 at 17:16
Posted by skid

sempoi ow..sy mau order satu brader… :love:

22.12.09 at 18:27
Posted by daus

kengkawan sy nak try 1 kondom hehehe :pff:

22.12.09 at 18:28
Posted by daus

cmne nak order kwn?

22.12.09 at 18:31
Posted by daus

sy pn nak order i