Bahana Kegawatan Ekonomi

Memang tak dinafikan, kegawatan ekonomi yang sedang melanda di seluruh dunia sekarang makin mengundang pelbagai masalah kepada rakyat. Rakyat yang berpendapatan rendah mahupun yang berpendapatan sederhana adalah di antara golongan yang menerima impak yang paling teruk.
Namun, kita sebenarnya terlepas pandang ataupun tidak terlintas untuk berfikir bahawa binatang peliharaan juga menerima kesan yang sama seperti manusia. Apa tidaknya, sekiranya penjaga yang selama ini menatang mereka bagai minyak yang penuh, dibelikan makanan yang mahal-mahal seperti Royal Canin, akhirnya terpaksa mencatu makanan dengan hanya mampu memberikan nasi berlaukkan ikan saja. Tiada lagi makanan mewah seperti dahulu.
Bagaimana pula, sekiranya penjaga mereka diberhentikan kerja pula? Barangkali, catuan makanan mungkin menjadi lebih teruk. Atau, paling sadis andainya terpaksa mengikut tuan mereka meminta sedekah. Dan, tidaklah mustahil andai kondisi tersebut boleh digambarkan seperti gambar di atas. Bayangkan, andai ada di antara kita yang terjumpa situasi begini, apakah reaksi kita agaknya? Satu lelucon yang wajar diketawakan ataupun sesuatu yang menuntut kita berfikir?
Tetapi, Islam menggalakkan umatnya untuk terus berusaha bukan sekadar menyerah kepada takdir semata-mata. Bumi Allah masih luas untuk diteroka. Terpulang kepada kita untuk mencari nikmat dan rezeki yang halal bagi meneruskan kehidupan di bumi Allah S.W.T ini. Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal :) .






10 Comments to “Bahana Kegawatan Ekonomi”