Celcom: Aku Merana!
Hampir seminggu lebih, aku tak dapat nak login ke akaun WordPress mahupun mana-mana forum. Gara-gara Celcom Broadband yang aku guna sekarang di paras syilaka betul! Tensen! Bukan sengaja aku nak menyumpah camni tetapi berbaloi ke aku bayar kalau perkhidmatan tak setimpal dengan bayaran yang dicaj?
Ingat tak entri aku tentang Celcom Berokband tempohari? Bukan takat keluhan daripada aku saja malah pengguna Celcom Broadband yang lain. Apa nak jadi ni, Celcom? Aku ingatkan boleh sokong syarikat kepunyaan MELAYU dengan melanggan perkhidmatan jalur lebar yang diwar-war hebat! Sayang seribu kali sayang, apa bezanya dengan yang lain kalau perkhidmatan yang dikatakan hebat hanyalah “indah khabar dari rupa“. Sakit hati!
Kepada yang singgah ke blog Aidilx, tinggalkan pesanan di Msjbox mahupun dibahagian komen, aku sesungguhnya nak minta maaf kerana tak dapat nak melayan hangpa. Terima kasih kerana sudi menyinggah ke blog yang masih serba kekurangan. Oleh kerana Celcom Broadband aku masih bermasalah jadi banyak perancangan yang aku nak buat untuk blog ini tertunda. Dan, aku sendiri hanya mampu jadi pembaca saja!
Haruskah aku terminate Celcom Broadband seperti mana aku terminate DIGI Broadband dulu? Aku benci perkhidmatan yang lembab! Sungguh menyusahkan! :mad:






16 Comments to “Celcom: Aku Merana!”