Gaming: Window Vista vs Window 7

Adakah anda masih tercari-cari Operating System (O.S) yang terbaik untuk permainan komputer anda? Extremetech telah melakukan ujikaji yang boleh menghilangkan kebimbangan anda bagi mengetahui OS manakah yang terbaik untuk digunakan dalam permainan komputer sama ada Windows 7 ataupun Windows Vista.

crysisfaster1

Ujikaji ini dilakukan dengan menggunakan Processor Core i7 dengan memori 3GB Triple Channel dan Window 7 Beta 7000. Manakala, untuk kad grafik yang diuji adalah Nvidia GeForce GTX 285 dan GeForce 9800 GTX+ dan ATI Radeon HD 4870×2 serta Radeon HD 4850. Semua perkakasan ini telah digunakan bagi menguji permainan komputer, daripada Crysis sehinggalah ke Left 4 Dead. :bloody:

Hasilnya? Hasil yang dilakukan melalui ujikaji berkenaan telah menunjukkan bahawa kedua-dua OS tersebut mempunyai kemampuan yang setara. Adakalanya, Vista mendahului Window 7 dan sebaliknya. Oleh itu, anda tidak lagi perlu khuatir sekiranya sewaktu anda bermain permainan komputer, prestasinya akan menurun apabila menggunakan Window 7.

benches

Berita baiknya, kemungkinan besar di masa hadapan Window 7 akan mampu mengatasi Vista. Lagi pula, Window 7 yang digunakan sekarang masih lagi berada dalam versi Beta. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 19 March '09 oleh | 527 Kali Ditelaah
Bawah akta Info Dunia, Info Semasa, Zon Teknologi.

15 Comments to “Gaming: Window Vista vs Window 7”

21.03.09 at 07:42
Posted by Imran

hhhmm. aku memang ketinggalan sgt2 ngan game komputer nih. PC aku hanya running Pentium 4, pastu graphic card AGP je. takleh nak pakai PCIe. tak tahulah bila nak upgrade sebab yg ada sekarang ni rasa dah cukup utk buat keje2 opis dan blogging. huhu

Aidilx Reply:

Takpelah enche Imre janji dapat guna untuk berblogging :)

Kang banyak game tak konsentret plak buat kerja ;)

21.03.09 at 09:09
Posted by loq

dah lame tak main game

game paling last COD4

game tu memang cool gile

tapi skarang,memandangkan HDD dah full

EHDD pon dah full

terpaksa la stop

desktop ni pon lembap sajo

adoi

Aidilx Reply:

Kad grafik aku tak mengancam sangat nak main game hebat camni. Tapi, masih ditahap ok :)

lagipun memang saja tak instal, kang anak sedara aku serbu PC aku. Kang aku tak dapat nak update blog plak :o:

loq Reply:

wakakaka…

same la…

kalo time raye memang pc eden la kene serbu

hehe

Aidilx Reply:

Bukan time raya je Loq tapi tiap kali datang ke rumah, soalan pertama anak saudara den tanyo "Usu, ada game tak?". :)

Pantang ditinggal sekejap, mesti abih PC aku diteroka dorang. Sebbek takda game yang dahsyat yang tak sesuai untuk anak-anak berumur bawah 18tahun :o: Kalau idak nayo den dibueknyo.

22.03.09 at 02:05
Posted by susanantidoraemon

game itik tada ke?

Aidilx Reply:

Game katak ada. Cara2 melompat dengan betul :)

06.04.09 at 08:48
Posted by gameboy

Hai semua, salam berkenalan…ni ada soalan skit. eden punya grafik kad lama punya ATI radeon9250 128mb mobo AGP8x. ada sapa2 yang tau grafik kad AGP yg compatible ngan game cod4 tu? maleh la aku nak tukaq mother board tuh kot2 nak kena pakai mobo PCI plak….sapa2 yg ada info?

Aidilx Reply:

Rasanya Loq leh bantu sebab aku memang tak main game hebat camtu :) disebabkan aku gunakan pc untuk aktiviti ringan.

gameboy Reply:

skrg mmg majoriti sume pakai mobo pci…..tp aku penah baca ada kad agp yg bleh support mobo agp ddr2 & ddr3…

kalau aku pakai kad AGP dalam RAM512MB ddr2 agak2 bleh ke support cod4 tu? sape2 yg tau bg le suggestion skit ye…

ps : mobo aku SATA150 AGP8x ddr2 ( nak tau mobo sata150 tu jenis lama punya ka? aku pon bukannya tau ngat psal mobo nih…baru nak belajar je, heh heh)…..

pls all bro's out there, i'm dying to play this game ( aku kepingin nak mampus nak main game niii!!!)….

he he…

Aidilx Reply:

ddr tu bukan ke jenis RAM sedara?

mobo besa org guna GIGABYTE untuk main game sebab grafik dia better than yg lain.

harap2 ada org leh dengar rintihan hang :)

18.07.09 at 20:46
Posted by lo

kwg boleh bgi tauw x pc maner yg bagos untuk maen game…………….aku x pndai pilih komputer…………so tlg…la….akuw pown nak maen game mcm kwg gak

Aidilx Reply:

pc? ke apa? Aku syorkan ambik AMD. Ambik AMD untuk gaming. Spec dia mmg best hang main game. Trust me! :)

24.04.10 at 18:44
Posted by fillah88

nak tnya sket,hang leh tak senaraikan spec PC yang terbaik tuk gaming,mean tuk mid end..
aku nak try build up PC sndiri la..