Gundam: Penjaga Kota Tokyo
Mulai Julai ini, para penduduk Tokyo tidak perlu gusar akan serangan yang mungkin timbul dari musuh lamanya sama ada raksasa, robot musuh ataupun kejahatan lain sepertimana yang selalu kita tontoni dikaca televisyen. Dengan terbinanya, GUNDAM setinggi 59 kaki sudah semestinya GUNDAM akan mampu menjaga kota Tokyo daripada ancaman para musuhnya.

GUNDAM yang setinggi 59 kaki ini dibuat bagi meraikan ulang tahun ke-30 animasi berkenaan. GUNDAM ini dibangunkan dengan menggunakan teknologi dari gentian fiber kaca. Walaubagaimanapun, GUNDAM hanya mampu menjaga Tokyo selama 2 bulan sahaja.
Tambahan lagi, GUNDAM juga memiliki ciri-ciri yang menarik kerana dapat menggerakkan kepala dan mengeluarkan cahaya. Di samping itu, GUNDAM ini dijangka mampu menjadi tarikan utama dan yang paling menarik di Tokyo tahun ini 8) .
.jpg)






18 Comments to “Gundam: Penjaga Kota Tokyo”