Hinakah Bahasa Ibundaku?

7 Mac 2009, rakyat mara lagi.
Bukan menderhaka tetapi sesuai ditafsirkan sebagai protes terhormat.
Rakyat ingin mengirimkan memorandum bantahan.
Namun, kerajaan mengirimkan gas pemedih mata.

Isu ini dipolitikkan ataupun sememangnya suatu isu yang menuntut orang Melayu sedar akan kepentingan menjaga bahasa ibundanya daripada pupus suatu masa nanti. Agak payah untuk dikupas dan ulas. Ada yang berpendapat bahawa perlaksanaan dasar PPSMI wajar diteruskan. Ada pula yang berpendapat bahawa wajar memberi ruang dan peluang kepada bahasa ibunda yakni Bahasa Melayu untuk memperkasakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik disekolah-sekolah di Malaysia.

Pada 2007, kajian penting antarabangsa mengenai pencapaian Matematik dan Sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dilaksanakan membabitkan 59 negara oleh Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007).

Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata.

Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit.

Sumber: TIMSS 2007

Dr Isahak Haron juga mengiyakan bahawa Bahasa Melayu realistik dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains dan Matematik! Nah! Apakah seorang Prof Emeritus seperti Dr Isahak Haron ini boleh digula-gulakan oleh parti tertentu untuk memperjuangkan Bahasa Melayu? Maka, buta tulilah manusia tersebut andai masih mengatakan Bahasa Melayu tidak relevan atau realistik dalam menggalas tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa dalam subjek Sains dan Matematik.

Pelaksanaan dasar kembali mengguna bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik tidaklah sesukar seperti yang cuba digemburkan. Baiki kurikulum dan pendekatan bahasa Inggeris untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar sekolah rendah dan menengah kita. Ini tidak sukar dilaksanakan.

Tak perlu yang terang bersuluh lagi.
Bukan Melayu turut memperjuangkan Bahasa Melayu.
Anak Melayu masihkah malu untuk memartabatkan bahasa ibunda sendiri.

Dan, Pak Menteri tetap dengan keputusannya. Sadis!

ap_protes1bahasa_protes_dua_new
Ehsan Foto: Menj.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 8 March '09 oleh | 190 Kali Ditelaah
Bawah akta Info Semasa, Motivasi, Pendidikan, Politik.