jomhosting_amaran

Surat cinta dari pihak Jomhosting

Rupa-rupanya, ini merupakan faktor utama yang menyebabkan Aidilx.com payah untuk diakses pagi tadi. Kebetulan, hari ini adalah tarikh yang sama di mana Aidilx.com digantung perkhidmatannya sebulan yang lepas.

Paling malangnya, baru petang ini aku berkesempatan membaca nota amaran dari pihak Jomhosting. Buat kali kedua, aku dikenakan amaran sebegini oleh pihak pentadbir Jomhosting. Amaran pertama dahulu pun disebabkan faktor yang sama, penggunaan server yang melebihi had. :aie:

plugins1

Plug-in untuk Aidilx.com

Disebabkan amaran dari pihak Jomhosting ini dulu, aku terpaksa gugurkan sebahagian plug-in yang aku gunakan di Aidilx.com walaupun sebenarnya plugin tersebut sangat membantu aku dalam mempromosi Aidilx.com. Setelah membuat rayuan kepada pentadbir Jomhosting, blog aku dilepaskan. Dan, kali ini surat amaran dari pihak Jomhosting datang lagi :( Buat sekian kalinya, aku terpaksa menggugurkan lagi sebahagian plug-in yang aku gunakan untuk Aidilx.com sekarang bagi menggelakkan Aidilx.com disenarai hitamkan. 

Kalau diperhatikan berdasarkan gambar di atas, adakah Aidilx.com memang penyumbang kepada masalah server Jomhosting? Adakah aku tamak kerana semahu-mahunya memasukkan plug-in ke server akaun Aidilx.com tanpa memikirkan plug-in tu benar-benar perlu untuk Aidilx.com? Adakah aku perlu memastikan Aidilx.com meminimakan plug-in seminima yang mungkin; Akismet, Wordpress Thread Comments, Pagenavi dan Wp-Recent Comments saja?

Aku paham T.O.S yang admin Jomhosting maksudkan. Rasanya, ada blog yang menggunakan hosting di Jomhosting lebih banyak menggunakan ruang storan dan CPU server. Adakah mereka turut digantung perkhidmatannya seperti Aidilx.com? Di Aidilx.com tidak menawarkan sebarang aplikasi muat turun MP3, TV Online dan sebagainya. Aidilx.com hanya blog yang mengeluarkan entri kosong dengan tambahan sedikit gambar untuk memperkemaskannya. Mencari rezeki dengan memaparkan sedikit iklan berbayar. Saudara-saudari, adakah ini mampu menyumbang kepada penjahanaman server Jomhosting? 

Aku rasa pentadbir Jomhosting sendiri sedia maklum bahawa pengguna plug-in seperti All in One SEO amat berguna bagi menarik pembaca ke blog lebih-lebih lagi blog baru tumbuh tunas seperti Aidilx.com. Lainlah, kalau Aidilx.com seperti blog saudara Megat, KNizam, Khai, Sultan Muzaffar, Kak Red dan lain-lain. Makanya, aku tidak perlu risau tentang jumlah pembaca ke blog kerana secara automatis pembaca setia akan tetap berkunjung ke blog mereka.

Namun, Aidilx.com bukan gah seperti blog mereka. Blog ini baru je beroperasi.  Tapi, tak apalah. Lagi pun, tanpa plug-in tersebut Aidilx.com masih mampu nak beroperasi, kan?  Sekarang ini ibaratnya Aidilx.com perlu bertindak sebagai blog biasa seperti mana blog yang menggunakan platform percuma di Blogspot.com atau Wordpress.com. Isk! {Istighfar kejap. Syaitan dah berkerumun dalam jiwa aku ni. Rasa nak menyumpah-nyumpah! :p }. 

Tak lama lagi kedai rasmi bagi Royale-Glam akan dilancarkan. Kedai online ini juga menggunakan hosting yang sama: Jomhosting. Permasalahannya, aku takut Royale-Glam menerima nasib seperti Aidilx.com. Andai kata benda ni berlaku, sedikit sebanyak akan menjejaskan Royale-Glam. Harap-harapnya, perkara ini tidak berlaku. Sekiranya berlaku, nampak gayanya Aidilx.com dan Royale-Glam kena cari alternatif lain.

Sebenarnya, aku malas nak bising pasal ini cuma rasa ralit & kelat di dalam jiwa. Umpamanya Aidilx.com penyumbang utama kepada kerosakan server di masa akan datang. Mak terasa tau, nok :choler: ! Untuk itu, aku dah ushar beberapa laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan hosting. Setakat ini, DataKl, Mercumaya dan Fivio diletakkan di dalam senarai menunggu.

Aku tak nak MesraHosting kerana aku tau hosting ini juga sering menimbulkan masalah. Exabytes? Bagi aku, agak mahal. Tetapi, aku rasa perkhidmatan yang mereka sediakan mampu memuaskan hati pelanggan. Bagi korang yang menggunakan hosting dari syarikat-syarikat yang aku sebutkan tu, harap boleh kongsikan pengalaman hangpa dengan aku. 

Sejujurnya, masa ini aku tengah bengang. Mungkin, langkah drastik aku ambil selepas ini; terminate perkhidmatan hosting Aidilx.com di Jomhosting. Atau, aku seharusnya bersabar untuk seketika. Kontrak aku bersama Jomhosting tamat bulan Disember ini. Rasa sayang pula nak terminate walaupun di dalam kontrak ada dinyatakan 30 Days Money Back Guarantee! Pembayaran bukanlah soal utama tetapi yang aku tekankan adalah dari segi kualiti perkhidmatan.

Untuk itu, buat masa ini rasanya aku tenangkan diri sambil-sambil melihat sejauh mana masalah ini berterusan. Andai keadaan terdesak dan Aidilx.com diasak lagi dengan permasalahan sebegini, maka tiba masanya untuk satu transformasi. Perlu aku pertegaskan, jangan ada yang tersalah tafsir tentang entri aku kali ini. Bukannya bersifat menghambur pasir ke periuk nasi Jomhosting, jauh sekali memburuk-burukkan Jomhosting. Entri ini ditulis atas dasar kekesalan di atas kekhilafan yang mungkin berpunca dari aku sendiri ataupun sebaliknya. Aku paham mereka pun berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Cuma, aku rasa sedikit kesal. Aku masih syorkan kepada penulis blog yang teringin mempunyai hosting dan domain sendiri, cubalah Jomhosting. Murah. :)

Related Posts with Thumbnails


Catcheye

  1. 1
    zaid
    Mac 22nd, 2009 at 1:58 am

    erkk… sampai macam tu sekali, aku punya blog pun banyak plugin gak tak pernah pun kene sound ngan pihak hosting.. lagi la aku beli shared hosting pakai 5addons domain salam satu shared hosting hehehehe…

    Aidilx Reply:

    yang ni shared gak dengan unlimited host domain. hosting aku ni kapasiti storan dia 500MB dgn bandwidth bulanan 10GB.

    tapi still aku tak rasa semua kenikmatan tu :)
    Makasih untuk keprihatinan anda ;)

  2. 2
    Khai
    Mac 22nd, 2009 at 4:20 am

    Hurm, macam-macam pulak ye jomhosting ni.. Hurm, 1st time dengar..

    Dari plugin yg ko guna tu, aku tak rasa pun macam ada yang dashat sangat sampai boleh overload server si jomhosting tu.. tapi nasihat aku, deactive plugin berikut.. “twitter poster, earth hour, simple tags” yg aku rasa x berapa nak perlu dan membazir boreh je.. hehehe..

    Kalau nak pindah hosting, aku suggest beli di Fivio. Terbaik pada harga yang menarik.

    ohartis.com di fivio.. justkhai.com di exabytes..

    Aidilx Reply:

    1st time dengar? alahai :)
    mmg earth hour tu bersifat sementara je.abih je earth hour nnt, aku buang je terus plugin tu.

    pastu twitter poster tu aku pun rasa nak buang je.sebab aku leh guna twitterfox. :D
    aku pun rasa fivio ok.sebab aku tengok banyak web yg guna fivio kebarangkalian utk dapat surat cinta camni kurang. :p
    Niway, terima kasih. ;)

  3. 3
    hady
    Mac 22nd, 2009 at 8:24 am

    Sabar je lah… sebenarnya ada banyak pilihan untuk hosting ni.Kita sepatutnya buat research dulu sebelum melanggan dengan pihak hosting. So far setakat ini aku gunakan datakl hosting takde masalah dengan server :)

    Aidilx Reply:

    Tulah masalahnya dulu. Aku main ambik je sebab fikir murah based on budget time tu.

    Walhal ada banyak masalah yg aku hadapi sekarang. Tapi takpelah, tu semua pengajaran. :)
    Terima kasih ;)

  4. 4
    menj
    Mac 22nd, 2009 at 10:21 am

    Saya juga ada tawarkan hosting peribadi untuk blog, boleh contact saya untuk details kalau berminat.

    - MENJ

    Aidilx Reply:

    Yeke? Insya-Allah, kalau terdesak mungkin akan cari yg lain. :)
    Rasa serik dengan hosting yang banyak memberi masalah kepada penulis blog :bloody:

  5. 5
    Jian aka miao
    Mac 22nd, 2009 at 5:21 pm

    I fikir lebih baik kamu tukar hosting lain.

    Aidilx Reply:

    Rasanya memang dalam perancangan nak tukar. Coming soon. :)
    TQ

  6. 6
    Junaidix
    Mac 24th, 2009 at 12:24 am

    ooh.. ni kira overselling akaun ke? mesti ko nyer blog akaun ke 18 ratus.. hehe

    sabar aja lah. pindah jak lah.

    Aidilx Reply:

    Ney tauk juak. Malar jak down. Bengang dah palak ku tuk.. :bloody:
    Kali cukup bulan tuk pindah mun sikda pape :p

  7. 7
    autumn
    Mac 24th, 2009 at 12:53 pm

    salam,

    kanapa nda pindah hosting saja? parah tu mun miatu..nasib baik hosting ku ok2 jek nda ada masalah. lgpon aku bayar sekali utk life plan nyer, unlimited tu kelebihannya.

    lgpon mo kena review dulu feedbacknya dr orng lain, +ve & -ve’nya..

    di sini ku beli: http://www.2ip.com

    Aidilx Reply:

    Bukan nda mau pindah, sayang bah mau pindah. karang, kalu ku nda batah ngan service dorang ani, aku pindahlah. tapi nda tau lagi. :p
    yang atu hosting luar negari.. payah bah tu :)
    bah blog tu bila mau dibuka? upgrade jadi lagi bisai ka?

  8. 8
    autumn
    Mac 25th, 2009 at 12:22 am

    awu, atu jua sayang kan pindah..tp mun aritu ko awal2 2ip.com ada offer, banaa sekali dlm life plan atu jek ko membayar, inda payah lg membayar bulan2..mcm hosting ku kang ani atu..ada free domain tu lg mun ko buat testimoninya pki youtube hehehee..

    ani inda ada sudah yg unlimited atu, yg ada dikit nganya bandwidthnya.:D

    hosting ku tu ramai yg mbali, mula2 mcm nda caya sbb web pagenya bida banar..ani bekambang maju lawa tah udah web page nya tu di usainya hehehhee

    bukan, saja ku nutup..gagau saja…biar tah kamu belangau nunggu hahaha..b

    aidilx Reply:

    bah! baru ani ku tau sal 2ip.com atu. tapi susah bah tu lagipun ia pun server disana kan?

    semalam ku mlihat web ya..mmg bida pun nda lawa. :)
    gagau apa jugak bah ani? studi? ku belangau nunggu nda hal, yg masalah blog tu jd belangau ;)

  9. 9
    Fadhlullah Abd Rahman
    Mac 25th, 2009 at 7:24 pm

    Salam,

    Search kat google “fivio” ternampak blog ni.

    Aidilx,
    Sepatutnya blog Aidilx tidak membebankan. Saya tengok dari segi traffic, mana mana shared hosting boleh tampung tanpa sebarang masalah, InsyaAllah.

    Saya boleh kasi harga istimewa kepada Aidilx jikalau Aidilx berminat untuk migrate :)

    Salam,

    Aidilx Reply:

    Waalaikumsalam warahmatullah

    Entahlah encik Fadhlullah. Walaupun saya bukan yang mahir dalam bidang IT, tapi saya sudah banyak kali merujuk perkara ini kepada rakan-rakan yang tau tentang hosting dll.

    Dan, saya sendiri sudah ajukan jawapan yang diberikan oleh rakan saya tadi kepada pihak hosting. Namun, pihak hosting masih menyatakan sebab penggunaan plugin seperti SEO di blog saya yang menyebabkan penggunaan CPU overload.

    Dari segi traffik, blog ini terlalu kecil berbanding blog lain yang mempunyai jumlah pelawat yang beribu2 setiap hari. Tetapi, Aidilx.com tetap menerima nasib seperti sebulan yg lepas.

    Saya boleh mempertimbangkan cadangan saudara sekiranya cadangan ini datangnya dari pihak Fivio sendiri.

  10. 10
    Fadhlullah Abd Rahman
    Mac 25th, 2009 at 10:57 pm

    Assalamualaikum,

    InsyaAllah, premium hosting kami boleh menampung load blog Aidilx :)

    Ini kerana kami hanya letak 120 users sahaja dalam satu server (premium hosting). No Overselling.

    Salam,

    Aidilx Reply:

    Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh ;)

    Insya-Allah, saya akan menghubungi saudara sekiranya rancangan saya bertukar ke Fivio dilaksanakan.

    Terima kasih untuk keprihatinan saudara Fadh :D

  11. 11
    KhaL
    April 18th, 2009 at 10:30 pm

    salam bro

    masalah aku sebijik cam ko
    skrg aku terpakse ‘buang’ plugin yg penting
    pelik tol, xkan psl plugin pon sampai nak kasi kad kuning

    Aidilx Reply:

    Waalaikumsalam enche Khal

    Alhamdulillah, bila dah pindah hosting ni dah takda masalah seperti sebelum ni. Tak perlu nak ‘buang’ plugin. BTW, hang pakai hosting mana? Ke sama? :)
    Takpelah, ada rezki tukarlah. Kalau xda, kena sabarlah.

  12. 12
    KhaL
    April 19th, 2009 at 11:00 am

    guna hosting jom heboh heboh! <–paham x?. hahaha nak murah punya pasal. aku lom buang lagi plugin. degil ni. kuikuikui dia ckp penggunaan plugin diharamkan sama sekali. woh… abistu baik aku pakai blogspot je kalau tahap javascript pon x boleh tempek. takut dorang punya server rosak.

    Aidilx Reply:

    :o: samalah kita. Tapi, suatu masa dululah.sampai camtu sekali dah sekarang ni? nasib baik aku dah tukar. time aku guna dulu pun seksa gak, rasanya hang dah bacakan entri2 aku sal tu.. sabor jela.

    takpelah, buat masa ni guna pape yg patut dulu.kalau ada rezki lebih ambik hosting lain. murah pun kalau semua tak leh pun payah gak bro. Aku pun pikir sal murah gak dulu but lastly aku blog aku yg tersiksa :)

  13. 13
    KhaL
    April 19th, 2009 at 12:01 pm

    “Kami ingin memaklumkan bahawa sebarang penggunaan skrip, plugin atau apa jua yang boleh menyebabkan server slow adalah di larang sama sekali.”

    manalah aku tau xleh pakai plugin. sbb blog org lain ok je. plugin ganas2 lak tu. hehehehe. aku ni plgin apalah sgt yg guna. sekadar seo pon berkira. dahtu blog asik kenot display manjang. yg tu dorang x berkira lak. kang aku kasi red card kat dorang balik. hehehe apalah nasib :P

    KhaL’s last blog post..Alahai..nasib baik

    Aidilx Reply:

    :o: dah biasa baca skrip tu kat emel aku (dulu). tapi, sekarang dah tak jumpa lagi emel tersebut sebab dah talak 3 ngan dorang.

    Takpelah bro. Now bro pun dah nak tukar hosting kan.So, buat sementara waktu, ikutlah cakap dorang kalau xnak akaun kena suspended. Kalau dah ada hosting baru, hok tu baru pulun guna plugin. tapi, ambik yg betul2 digunakan cam SEO.

  14. 14
    KhaL
    April 19th, 2009 at 12:16 pm

    skrg dlm proses. murah bukan jaminan pkhidmatan yg terbaik. pttla kwn aku yang guna hosting jom heboh tu dah bpatah arang. aku malas nak tanya. tp aku dah tau jwpnnya. kuikuikui

    KhaL’s last blog post..mysqlerror

    Aidilx Reply:

    :) Dah tau jawapannya, jadi kita simpan jelah. Nanti takut orang kata kita tabur pasir kat periuk nasi orang. Kalau boleh aku taknak pun cakap pape. Tapi, bila ko dah bangkitkan soal ni kena cakaplah.

    Aku harap pihak hosting tu pun boleh perbaiki perkhidmatan mereka walaupun baru2 ni dorang menaiktaraf server mereka.

  15. 15
    KhaL
    April 19th, 2009 at 2:24 pm

    x timbul soal tabur pasir ke tabur labuci ke dlm periuk dorang kalau kasi pkhidmatan yg betul dan ‘jujur’. xper..kalau org tu baca bolehla ambik iktibar kalau x mahu apa yang dorang kecapi skrg terkubur. lama-lama org akan tahu jugak

    bro, aku ade email kat ko

    KhaL’s last blog post..Alahai..nasib baik

    Aidilx Reply:

    :) takut ada orang kecik hati. mati kena saman. jangan saman aku, aku hanya semut merah.

    orait, aku check sekarang.

  16. 16
    KhaL
    April 19th, 2009 at 3:26 pm

    hahaha sket2 saman skrg ni. x paham betul

    KhaL’s last blog post..Alahai..nasib baik

    Aidilx Reply:

    :o: manalah taukan. orang zaman sekarang, asal salah skit “see u in court”. haa! ambik ko! x dapek den nak membayonyo.

    aku rasa ko leh jadi top comentator hari ini :o:

  17. 17
    KhaL
    April 19th, 2009 at 4:16 pm

    food court? orait je. hahahaha dpt gak isi perut. top komentator pon pakai plugin. hahahaha

    KhaL’s last blog post..Alahai..nasib baik

    Aidilx Reply:

    :o: aku belum masukkan lagi plugin tu.aku rasa kalu aku guna tu skarang nama ko naik hari ini.

  18. 18
    KhaL
    April 19th, 2009 at 6:36 pm

    naik ke mana? ke bulan ke? hahaha. nanti ko guna la. bila lagi nak guna kan? :D
    KhaL’s last blog post..Alahai..nasib baik

    Aidilx Reply:

    Insya-Allah, aku mmg nak guna pun. Tunggu aku nak buat sedikit touch up kat blog ni. :)

  19. 19
    Taufik SM
    Januari 7th, 2010 at 11:30 pm

    pakai serverfreak lagi bagus….. aku install 24 plugin dan salah satu darinye xml sitemap….

    fivio dan sepaku kurang bagus pada pendapat aku…

    Aidilx Reply:

    Alhamdulillah, setakat ini saya bersama dengan Fivio tidak menghadapi sebarang masalah walaupun saya menggunakan sejumlah besar plugins.

    Saya akui Serverfreak memang di antara webhosting yang terbaik di Malaysia tetapi itu tidak bermaksud saya menidakkan kemampuan Fivio dan Sepaku. Bagi saya, masing² ada kekuatan & kelemahan. :D

  20. 20
    Taufik SM
    Januari 7th, 2010 at 11:33 pm

    satu lagi cara ialah jangan upload foto ke server sendiri…pakai photobucket untuk kongsi imej di blog…baru jimat cpu usage…

    Aidilx Reply:

    Betul, memang ini salah satu cara untuk menjimatkan ruang storan di hosting/server kita.

  21. 21
    Fadhlullah Abd Rahman
    Januari 11th, 2010 at 6:01 pm

    Assalamualaikum,

    @TaufikSM – Menarik juga, ada juga blog yang guna pelbagai plugins. Boleh explainkan kepada saya term “kurang bagus”. Apa masalah plugins yang Encik Taufik hadapi semasa Encik berada di hosting Fivio.com. Saya periksa tiket-tiket Encik, dan saya tidak dapat cari mengenai masalah plugin. Mungkin saya terlepas pandang.

    Maka, untuk mengelakkan orang berpandangan buruk terhadap Fivio.com, harap Encik Taufik boleh memberikan saya di email kami error plugin yang Encik terima.

    Terima kasih,

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

blank