Jomhosting: Bala Ke-3
By Aidilx on Mar 26, 2009 in Aidilx, Blog

Buat sekian kalinya, sekuel Jomhosting vs Aidilx.com bersambung lagi. Aku ingatkan emel dari pihak Jomhosting terhenti begitu saja, rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Hari ini, sekali lagi bala menimpa Aidilx.com.
Pihak Jomhosting menghantar emel amaran lagi, semalam. Bermasalah benar Aidilx.com berbanding blog lain. Petanda Aidilx.com nak setaraf dengan blog Khai, Megat, Menteil, Kujie, KNizam ke ni sehingga acapkali blog picisan aku ni dikenakan kad kuning.
Buat encik dari Fivio, ini kenyataan saya: “Saya terima lamaran tersebut. Sila sertakan quotation dari pihak anda”.
Kepada pembaca Aidilx.com, barangkali akan timbul masalah untuk akses ke sini gara-gara keengkaran aku melayan permintaan pihak Jomhosting. Oleh itu, layan dahulu Aidilx.com sebelum pihak Jomhosting membuat tindakan tersebut.
Nak meraung? Tak perlu. Nak memaki hamun? Tak usah. Nak mansuhkan perkhidmatan? Itu perlu!
Kepada pihak Jomhosting, tindakan aku ni bukan hendak menabur pasir ke poket anda, cuma meluahkan rasa yang sedikit berang. Salahkah aku? Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula aku pengguna hostingmu yang punya perasaan. Sedikit terganggu tahap konsistensiku dalam berblogging.
Pengajaran dan pengalaman ini sungguh berharga bagi aku
. Sungguh!


hady | Mar 27, 2009 | Reply
Kesian kat kau aidil… takpe la jangan pening kepala cari jer yang lain
Aidilx Reply:
March 27th, 2009 at 10:28 am
Itulah. Tak sangka makin bertambah teruk plak. Insya-Allah,memang nak cari lainlah ni.
Tunggu saudara Fadh bagi quotation yang dia kabarkan hari tu
Khai | Mar 27, 2009 | Reply
dah tiga kali blah je bro.. gi hosting lain. bersepah yang lain..
Fivio tuh terbaik..ohartis.com tu x pernah ada problem under Fivio… i likee…
Aidilx Reply:
March 27th, 2009 at 10:52 am
Insya-Allah, may be dalam minggu ini aku nak buat tuntutan kat pihak Jomhosting.
Duit tu aku leh guna untuk support beli hosting baru kat fivio
Khai | Mar 27, 2009 | Reply
nak murah nyatakan coupun JUSTKHAI .. diskaun 30% harga.
Aidilx Reply:
March 27th, 2009 at 10:52 am
Wah! Impresif ini! dengan menyatakan JUSTKHAI dah dapat 30%?
Khai Reply:
April 30th, 2009 at 7:57 am
ya betul.. hehee
Aidilx Reply:
April 30th, 2009 at 5:01 pm
Best tol! Takpelah, kiranya Melayu Tolong Melayu!
Sweet Thinker | Mar 27, 2009 | Reply
kadang2 ade btol jugak ape yg pihak hosting tue cakap. akoo penah beli dlu hosting rm160. masalah sama cam ko. bila chk2, plugin tade probz sangat. tp theme. tp akoo masuk belog ko oke je nie. hurm. bek ko backup ape yg patut sblm kehancuran melanda cam akoo dlu. hahahaha. gud luck
Aidilx Reply:
March 27th, 2009 at 12:05 pm
Ngeri giler bila ko sebut “sebelum kehancuran melanda”.
Aku harap kata-kata ko tak mustajab hari ini. Tapi hari ini hari Jumaat
Ko sendri dah menilai dan membuat penilaian, jadi apa sebenarnya masalah blog aku ni?
twenty-six Reply:
March 27th, 2009 at 2:42 pm
Dengar kata Sweet Thinker aka ‘orang lama’ tu…backup jangan tak backup
Aidilx Reply:
March 27th, 2009 at 2:58 pm
Sweet Thinker Reply:
March 27th, 2009 at 2:44 pm
akoo pon xtaw. hahah. cuba ko matikan plugin. xpun tukar theme. pastu chk ngan hosting ko.
Aidilx Reply:
March 27th, 2009 at 2:59 pm
matikan plugin? kesemuanya?
izzat | Mar 27, 2009 | Reply
tapi kan bro, ak setuju jugak hosting tu kasi warning..pasal plugin semua tu patutnya ko kena consider kurangkan..guna plugin2 penting je..jangan banyak sangat…
ak x penah kena warning lagi, tapi so far..ak nyer cpu usage x lebih 10%.. tapi itu kalo ak je wat cara camtu, tapi pemilik2 hosting lain x ambik kisah..sakit gak..
ak penah kena server overload sebab tindakan sengal sesetengah pemilik hosting lain yang x pandai nak manage benda2 camni..kita share server, so kena pandai2 la jugak..dah nama pakai shared hosting, bukan dedicated server..
trafik tinggi pada ak xkan naikkan sangat cpu usage, tp bila trafik tinggi+plugin apa suma..mmg x mustahil naik smp 30%..
Aidilx Reply:
March 27th, 2009 at 7:15 pm
Tadi, aku dah deactivate sebahagian daripada plugin yang aku guna untuk Aidilx.com.
Nak tengok perkembangan cam mana nanti.
Terima kasih untuk nasihat & pengalaman tu, bro!
Fadhlullah Abd Rahman | Mar 27, 2009 | Reply
Assalamualaikum,
Maka lamaran sudah diterima.
Pihak kami menghulurkan dua dulang untuk Aidilx.
Value Hosting ODIN :
6 GB Hosting
Akadnya: http://billing.fivio.com/signup.php?clienttype=47&package=269
Maharnya : RM 100
Duit hangus (kupon): JUSTKHAI <– dapat 30% off dari mahar
Premium Hosting Gigalover (ni nak lamar orang ada Degree + MASTER + PHD … mahal sikit):
1 GB Hosting Premium Hosting (ni masyuk)
Akadnya : http://billing.fivio.com/signup.php?clienttype=35&package=214
Maharnya : RM 380
Duit Hangus (kupon): JUSTKHAI <— dapat 30% off ^_^
InsyaAllah, pintu kami terbuka untuk menyambut Aidilx ke dalam keluarga Fivio.
Kepada pembaca lain, boleh nak buat akad
Salam,
Fadhlullah Abd Rahman
Fivio.com Management
Aidilx Reply:
March 27th, 2009 at 10:35 pm
Waalaikumussalam wbt
Kiranya untuk value hosting tu lepas tolak 30% sama dengan RM70 eh?
Ke aku salah kira
Kalau RM70 insya-Allah masih mampu dimiliki. Saya akan hubungi saudara Fadh sekiranya urusan saya selesai dengan pihak Jomhosting.
menteil | Mar 27, 2009 | Reply
masa aku kat namsahaz dulu pon selalu server overload sebab blog aku saje..
myb betul apa yang dia cakap..
tapi aku takde la sampai kena warning..
namsahaz cakap bebaik ngan aku.. hehe…
byk sgt ke bro guna plugin?
banyak blog?
kadang2 theme pon ada masalah..
macam aku pakai theme nie dulu ok jer…
aidilx Reply:
March 28th, 2009 at 8:08 am
Kalau dikira takdalah banyak sangat.
Boleh rujuk entri yang berkaitan Jomhosting ni.
Mana ada banyak.Ni lah satu-satunya blog aku.
Theme? aku tak rasa theme yang menyebabkan cpu overload.
Sekarang aku guna seciput je plugin.Nak tengok masih overload ke tak
Fadhlullah Abd Rahman | Mar 28, 2009 | Reply
Salam,
Ya, Dulang ODIN Fivio akan jadi RM 70 jika gunakan kopun justkhai
Kami akan buatkan data migration untuk Aidil. InsyaAllah.
Salam,
aidilx Reply:
March 28th, 2009 at 8:09 am
Lupa pulak, dulang tu termasuk domain gak ke?
Insya-Allah, jawapannya akan diberikan secepat mungkin.
Fadhlullah Abd Rahman | Mar 28, 2009 | Reply
Salam,
Dulang domain tuh berada di dulang berlainan
Harganya RM 35 sebulan dan Aidil boleh control sendiri domain tersebut dengan domain management.
Salam,
aidilx Reply:
March 28th, 2009 at 6:26 pm
owh camtu.kiranya kalu nak transfer domain ke Fivio kena bayar mahar lain eh.
baiklah.dah paham.insya-Allah, tunggu jawapan dr saya secepat mungkin
mrahfa | Mar 29, 2009 | Reply
uh, teruknya jomhosting ni, satu server sampai ada 170 sites hosted… refer kat sini:
http://whois.domaintools.com/aidilx.com
kalau server power, each domain akan still dapat huge server capacity, tapi kalau setakat cpu ciput, jadinya:
cpu_aidilx.com = cpu_total/185 x 100%
thus: cpu_user = cpu_ciput%
Aidilx Reply:
March 29th, 2009 at 10:27 am
Adeh! Tak sangka plak bro leh detect sal tu
Tak dapat nak kata apa bro. Niway, tq sebab dah tunjukkan apa yg aku cari selama ni
Kujie | Apr 2, 2009 | Reply
sebagai self hosting…pengalaman mcm ni biasa…kak jie pun pernha bertukar hosting.
dah tak de perasan apa lagi…tempuh saja…hehehe
Kujie’s last blog post..Sabar dan Syukur
Aidilx Reply:
April 2nd, 2009 at 10:19 pm
Agaknyalah kan kak jie,inilah dinamakan asam garam dunia blogging.kena spam, kena hack, kena suspended, pelbagai lagi kenalah.
Memang pengalaman yang sungguh berharga!