Mari Menanam Bakti {Updated}
Poyo je kan bunyi entri kali ini. Ni entri sekadar melepas gian aku nak menulis. Sebenarnya, banyak lagi benda aku nak tulis. Oleh kerana, Celcom Berokband aku di dalam keadaan kritikal, satu hapah pun tak dapat dibuat melainkan berfungsi untuk pembacaan saja, jadi aku ambil sedikit masa di ofis untuk menulis entri merapu kali ini.
Mengapa menanam bakti? Meh aku nak ceritakan kisah benar hari ini. Tengahari tadi, masa makan tiba-tiba asap hitam berkepul-kepul di udara. Aku buat tak endah. Aku sangka mamat-mamat kontraktor membakar kayu-kayu di blok bangunan berhadapan dengan opis aku. Masih kool.
Asap makin tebal. Hitam pekat. Wah! Lain macam ini. Ni bukan pembakaran terbuka dah tapi konpom ada kebakaran dikawasan berdekatan.
Masih kool lagi. Masih berselera meratah saki baki makanan. Kakak kedai makan dah bising-bising. Tokei kedai pun dah mula kecoh. Aku tengok juga perkembangan asap tu. Tak dapat nak dijangka kebakaran tu kat mana. Aku ambil handphone, terus dial no telefon Bomba S*r*k*i.
No tak dapat dihubungi. Wah! Sibuk benar jabatan Bomba ni. Cuba lagi. Masih tak dapat dihubungi. Malas. Sambung menghabiskan makanan yang tinggal beberapa butir nasi & isi ikan yang belum habis disantap.
Dial lagi. Alhamdulillah dapat. Aku cakap ada kebakaran di tempat berikut. Depa jawab “dah”. Sempoi kan? Terima kasih non ado! Aku pun malas nak cakap banyak-banyak. Sayang kredit nombor Maxis yang baru ditambah nilai.
Tak lama kemudian, kedengaran bunyi siren Bomba. Hujan pun turun. Rezekilah tu. Pihak Bomba tak perlu guna kudrat banyak nak padamkan api. Untung nasib rumah yang terbakar tu tak dapat dipastikan. Dah namanya terbakar, 99% mestilah terbakar habislah rumah tu, kan?
Kisah kedua pula, macam-macam masalah yang timbul di ofis kebelakangan ini. Komputer tak dapat prebiu report. Jaringan komputer di ofis kena virus SOHANAD. Tiada tindakan diambil. Aku tolong hantar virus tu ke lubang kubur di AVIRA saja. Tu pun virus tu masih bangkit menghantui jaringan di ofis ini. Selagi ANTOO FIGHTER tak musnahkan virus ini dengan sepenuhnya, selama itu jugalah virus ini tetap mengacau komputer-komputer di ofis ini. Kalau komputer ini hak milik mutlak aku, dah lama aku talqinkan saja komputer ni semua. Senang!
Baru sebentar tadi, Exec datang ke meja aku. Tanya aku ada tak Majlis Daerah provide perkhidmatan sedut najis.
Aku ni umpama Professor Serba Tau dalam Majalah Gila-Gila tu. Nasib baik aku ada simpan no telefon Majlis Daerah S*r*k*i ini. Exec suruh telefon dorang. Aku menjoyahkan diri. Exec inform aku yang tangki najis ofis pecah.
Dengan baik hati, aku telefonlah ke pihak berkuasa berkenaan. Berbual seketika. Ok! Depa ada menyediakan perkhidmatan tersebut tapi kena isi borang dulu. Tak lama kemudian, Exec yang baru saja turun menyiasat ke tempat kejadian bagitahu aku yang tangki najis tak pecah, tetapi saluran paip (apekebendanya) dibuka. Hukaloh. Dia kata ada orang sabotaj.
Pekejadahnya rajin sangat nak sabotaj bagai. Cubalah sabotaj benda lain, ni buka saluran paip najis tu tak ke kerja bodoh. Najis tu wei! Najis mughallazah! Bau! Tak pasal-pasal kredit aku terbang untuk perkara sia-sia. Siapa nak ganti. Mencik korang yang buat kerja bodoh camtu.
Moral dari kisah aku hari ini adalah menanam bakti biar kena tempatnya. Bazirkan sedikit kredit telefon bimbit anda untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan penduduk setempat. Atau, lebih tepat: jadilah rakyat yang prihatin seperti aku.
Jangan bazirkan kredit untuk kerja yang sia-sia. Lebih-lebih lagi, disebabkan perbuatan bodoh orang lain kita pula yang kena menghabiskan duit untuk menelefon pihak itu ini bagi menyelesaikan masalah tersebut. Memang menyusahkan betul!
*Ehsan Foto: Manjapa






16 Comments to “Mari Menanam Bakti {Updated}”