Notebook Doraemon Dari Kurokids
Baru beberapa hari lepas, Aidilx menulis satu entri tentang Doraemon. Masih adakah rakyat Malaysia yang tidak mengenali Doraemon? Agak mustahil jika ada yang masih tidak mengenali Doraemon di Malaysia. Tetapi, itu bukanlah persoalan utama. Tahukah anda bahawa sebuah perusahaan di Jepun, Kurokids telah melancarkan sebuah komputer riba yang bertemakan satu karektor dalam siri Doraemon.

Komputer riba ini tidak dikeluarkan dengan banyak seperti mana komputer riba yang lain kerana pihak Kurokids hanya mengeluarkannya sebanyak 800 unit saja. Tambahan lagi, komputer riba Doraemon ini dijual dengan harga USD487 atau RM1798 seunit. Jadi, harganya tidaklah jauh berbeza dengan harga komputer riba biasa. Kiranya, komputer riba ini boleh diklasifikasikan sebagai komputer riba MAMPU BELI. Selain itu, komputer riba ini juga disertai dengan pemegang yang agak unik dengan wajah Doraemon menghiasinya. Menarik bukan? :D







6 Comments to “Notebook Doraemon Dari Kurokids”