UMNO: Capai Tahap Klimaks

Yay! Aku Menang!

Ehsan Foto: Berita Harian

Aku kira hari ini aku perlu bergembira di atas kemenangan Muhyiddin yang telah berjaya menidakkan Muhammad Muhd Taib. Masin mulutku! Sangkaanku kali ini tidak meleset seperti mana pemilihan Ketua Pemuda UMNO tempohari. 

Kalau Muhammad Muhd Taib diumumkan menang semalam, anggap saja aku mohon sembah derhaka kepada UMNO. Sungguh! Aku sanggup. Maaf, kepada penyokong Muhammad Muhd Taib. Sejujurnya, bagi aku beliau tidak layak menduduki mahupun bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Sebenarnya, aku sendiri hairan kenapa pemimpin korup boleh diundi masuk semula ke UMNO. Bukan setakat Muhammad Muhd Taib bahkan Rahim Thamby Chik. Ingat lagi kes yang melibatkan dia dengan remaja perempuan suatu masa dulu. Muhammad Muhd Taib yang membawa berjuta-juta ringgit ke Australia. Terlalu banyak untuk didedahkan. Pemimpin pembangkang pun sama. Aku perlu adil dalam penekanan maksud tersebut.

Untuk kepastian dan pengintipan: aku tidak mendaftar keahlian untuk sebarang parti. Cukup mendaftar sebagai pengundi sah. Jadi, jangan anggap aku salah seorang pengundi hantu yang merosakkan undi. 

UMNO sudah sampai tahap klimaksnya semalam. Kemuncak yang menyaksikan barisan exco di bawah naungan Najib selaku Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia ke-6 mungkin barisan yang terbaik. Diharapkan. Adakah kemenangan Khairy dan Shahrizat akan menjadi malapetaka besar kepada UMNO menjelang pilihanraya 2 bukit 1 batang nanti? Sama-sama kita saksikan nanti.

OhTidak! Pak Khir menyalahkan Pakatan Rakyat di atas kekalahan beliau bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Kenapa kamu begitu Pak Khir? Bukankah yang menang tu dari naungan yang sama dengan kamu. Kita semua pemenang tiada pengalah, begitulah kata-kata Vince. Sepatutnya kamu redha! Orang tak pilih kamu bukan kerana termakan hasutan Pakatan Rakyat. Mereka mungkin merasakan sememangnya kamu tidak layak. 

Buat barisan kepimpinan UMNO yang baru, bagi pihak diri sendiri, aku ucapkan tahniah. Waima, kamu sudah dapat jawatan yang dihajati jangan lupa akan hajat dan harapan aku terhadap kamu. Perkasakanlah Melayu. Gahkan semula ekonomi Malaysia. Perjuangkanlah kebajikan rakyat. Kamu sudah berikrar. Mengingkari bermaksud kamu munafik. Maaf, pemilihan perkataan tersebut agak keras tapi pantas untuk kamu yang ingkar. 8) 

Selingan.

Disaat UMNO mengalami kegentingannya tersendiri, disatu sudut yang lain aku rasa ada bahang yang membara. Seumpama pergaduhan Mahabarattha dan Ramayana. Impaknya mula menular di alam maya. Yang Muluk itu Maha Mengetahui akan kebenarannya. Sebagai blogger picisan, aku harap semua ini punya kesudahan yang baik. Kalau sudah melibatkan agama dan bangsa, perlu ada jalan sepakat untuk menyelesaikannya. Itu pun harapan aku! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 27 March '09 oleh | 277 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized.

4 Comments to “UMNO: Capai Tahap Klimaks”

28.03.09 at 08:32
Posted by KNizam

aku x tahu apa akan berlaku kalau muyhiddin kalah malam tadi kan. hehe :)

aidilx Reply:

Kalau Muhyiddin kalah, seperti yang aku cakap, aku mohon sembah derhaka :)

Kalau Muhyiddin kalah, ternyata perwakilan masih ada yang dungu. :p

29.03.09 at 23:39
Posted by anak_perelih

"Mohon Sembah Derhaka" mengikut bahasa istana bukan bermaksud untuk menderhaka… tetapi untuk menyatakan sesuatu yang tidak baik atau untuk berbeza pendapat dengan raja/sultan… sila dalami kehalusan "bahasa istana" raja raja Melayu dahulu..

Aidilx Reply:

Terima kasih untuk pandangan dan teguran tersebut.

Namun, saya rasa saudara sendiri dapat memahami dan mengerti pengertian atau maksud MOHON SEMBAH DERHAKA saya kepada UMNO dalam konteks penulisan saya. :)

Dan, saya tiada niat untuk memperolokkan mana-mana pihak. 8)