USB Di Hujung Jari Anda

Akibat daripada satu kecelakaan jalanraya, Jerry telah kehilangan jarinya. Namun begitu, seorang doktor telah menjalankan exprementasi ke atas jarinya dengan memasang USB Drive 2GB pada jari palsu yang dibuatkan khas untuknya.

usbfinger1

Impak daripada kemalangan jalanraya yang dialaminya pada bulan Mei 2008, Jerry telah kehilangan jari manisnya. Namun, apa yang sangat mengujakan adalah apabila doktor mendapat tahu Jerry merupakan seorang hacker. :[

usbfinger2

Justeru itu, doktor tersebut telah menyarankan kepada Jerry untuk menanam atau memasang sebuah USB drive pada jari buatan yang direka khas untuknya. Nah! Kini, Jerry tidak perlu lagi membawa sebarang jenis USB kerana Billix Linux Distribution sentiasa setia menemaninya ke mana-mana sekaligus memudahkannya menjalankan aktiviti hackingnya seperti biasa. :)

usbfinger31

Sememangnya, ianya bukan satu khayalan lagi kerana Jerry sudah membuktikannya. Dan, kecacatan mahupun kekurangan yang ada pada diri kita bukanlah kekangan utama untuk kita meneruskan kehidupan. Sesungguhnya, setiap ujian ataupun dugaan yang menimpa kita sudah pasti akan ada hikmahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 18 March '09 oleh | 317 Kali Ditelaah
Bawah akta Info Dunia, Zon Teknologi.

8 Comments to “USB Di Hujung Jari Anda”

19.03.09 at 21:03
Posted by RHEA

menda ntah lah dorg ni.. tak faham aku!!

aidilx Reply:

Apa yang tak faham ni cik Rhea?

Apa nak dihairankan, zaman dah berubah. Kita semakin maju. Teknologi makin canggih. :)

19.03.09 at 23:28
Posted by susanantidoraemon

dia tak apalah bukan makan pakai tangan pon pastu lepas gi tandas bukan pakai air pon. ahahhahaa adeh

Aidilx Reply:

Jari tangan kiri dia yang putus bukan kanan.

Lagipun, dia tak guna jari nak makan.Guna jari untuk makan kibod jelah :cool:

Kira oklah tu kan? :)

20.03.09 at 06:43
Posted by KNizam

scary la plak kalau tengok jari tuh

Aidilx Reply:

Scary tapi macam best! :)

Kalau buat kat Malaysia ni, ada tak orang volunteer eh? :aie:

20.03.09 at 08:30
Posted by RHEA

rhea tak faham dgn kepala hotak dorg tu.. ekeke..

ada2 jer benda nak buat.. tak semenggah tul..

aidilx Reply:

Ala..cam tak biasa.

Dunia ni makin canggih, apo je terlintas dalam kepala buek jo. :[

Fasiliti ado. Bukan susah. :p