Archive for April, 2009

Serunding Babi?

serunding

 

 

 

 

 

Ehsan foto: Kosmo! Online

Serunding babi? Biar betul! Sejak bila di Malaysia ini ada mengeluarkan serunding babi selain daripada serunding daging dan serunding ayam? Siap ada logo halal lagi tu! Jadi, buat penggemar serunding di luar sana, tolong berhati-hati apabila membeli serunding. Kalau boleh tolong periksa betul-betul dan sebolehnya belilah di kedai yang kita tau kesohehan dan halalnya benda tu. Tiada sensitiviti betullah pengeluar tersebut, main redah saja letak logo halal.

Atau Malaysia ini sudah hilang sensitiviti terhadap agama dan kepercayaan sesuatu kaum?

Nota Aidilx: Menjejaskan mood dan selera aku je isu ini. Siot betullah kepada pengeluar serunding babi ini. :p

Posted on 19 April '09 by , under Uncategorized. 22 Comments.

Semakan MEdSI 2009 {Updated}

medsi2009

Buat saudara/saudari yang telah memohon untuk Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) 2009, kamu bolehlah membuat semakan untuk Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) yang telah dibuka mulai 13 April yang lalu. Untuk kemudahan kamu, Aidilx telah membuat pautan langsung ke portal Majlis Peperiksaan Malaysia: sila klik banner di atas. 

(more…)

Posted on 15 April '09 by , under Uncategorized. 103 Comments.

Melankolik..

Entah kenapa lagu daripada Hijjaz ini membuatkan dada aku sebak seketika. Sebenarnya, agak susah manusia yang berhati batu seperti aku nak “cair” hatinya. Ada sesuatu yang bermain dihati dan diminda yang tak dapat aku luahkan. Sakit tanggung benda ni sendiri. Banyak benda nak ditulis, tapi mati begitu saja. 

Tak apalah. Buat masa ini, kepada kamu yang rajin singgah ke sini, layanlah dulu irama ini. Mudah-mudahan, hati kamu pun “cair”. Buat Allahyarham ayahandaku, Al-Fatihah jua untukmu. Semoga dirimu tenang di sana. Sungguh! Aku rindu ayahanda. 

 

Al-Fatihah buat ibu saudaraku yang kembali ke rahmatullah hari ini. Maafkan aku kerana tidak dapat menziarahimu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posted on 14 April '09 by , under Uncategorized. 10 Comments.