Aidilx.com: Kini Sahabat Fivio
Setelah agak letih mengenang nasib Aidilx.com yang sering dihadiahkan surat amaran dan dilanda sawan berulangkali, maka aku mengambil langkah drastik untuk memindahkan hosting Aidilx.com ke Fivio. Alhamdulillah, proses perpindahan telah pun berjalan dengan selamatnya. Terima kasih untuk encik Fadhullah dan Fivio di atas kerjasama tersebut.
Blog Aidilx.com juga rasanya lebih senang dan laju diakses selepas tengahari tadi. Sekarang, cuma menunggu pihak hosting lama aku untuk menukarkan nameserver kepada nameserver Fivio. Terima kasih juga kepada JustKhai kerana memberikan cadangan tempohari dan bantuan kupon “JustKhai” yang membantu mengurangkan bayaran yang perlu aku bayar untuk hosting ini. RM100 ditolak dengan 30% daripada kupon JustKhai, maka aku hanya perlu bayar RM70.
Berbaloi?
Memang berbaloi!

Kamu boleh lihat pakej promosi hosting yang ditawarkan oleh Fivio sekarang. Dengan kapasiti storan mencecah 6GB dan perpindahan data sebanyak 20GB, mana nak cari harga sebegitu dipasaran? :) Jadi, buat kamu yang masih terpinga-pinga mencari hosting untuk blog kamu, memang aku syorkan kamu menggunakan Fivio. Ini bukan berdasarkan kepada pengalaman aku yang baru hari ini menggunakan hosting dari Fivio tetapi pengalaman aku di Jomlayan. Jomlayan, sebuah forum yang di’host‘kan oleh Fivio, jarang sekali bermasalah. Dipendekkan cerita, aku amat berpuashati.
Harapnya, Aidilx.com tidak mengalami sebarang gangguan teknikal yang sedikit sebanyak menjejaskan mood aku sendiri untuk berblogging. Ana sungguh gumbira, alhamdulillah. 8) Encik Fadh, agak-agaknya kalau ada yang berminat nak beli hosting ini guna nama Aidilx, boleh dapat diskaun tak? :)
Nota Aidilx: Ucapan Selamat Hari Lahir buat anak saudaraku, Mohammad Khairuddin yang menyambut hari lahirnya semalam. Macam mana boleh terlupa hari lahir anak saudara sendiri. Adehla!







65 Comments to “Aidilx.com: Kini Sahabat Fivio”