Dragon Bag: Unik & Impresif!

Pernahkah terlintas diminda kamu yang suatu hari nanti kamu akan membeli sebuah beg mirip seekor naga? Dah tentu ada yang beranggapan bahawa ianya kerja gila. Tetapi, perkara tersebut bukanlah kerja gila bagi Bob Basset, si pereka beg naga dari Ukraine. Secara peribadi aku rasa ciptaan ini sangat unik dan impresif! Tak percaya? Mari kita saksikan gambar beg naga ini sampai meleleh air liur. :o:






Amacam? Dah puas tengok beg? Ada yang teringin nak beli beg ini? Bukan kamu saja yang teruja melihat ini, aku pun rasa nak beli andainya ada dijual di Malaysia. Itu pun kalau termasuk di dalam kategori orang bertuahlah. Beg yang punya rekaan pelik sebegini sudah tentu ada peminat yang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit semata-mata untuk kepuasan peribadi. Jadi, kalau ada yang berminat boleh hubungi encik Bob Basset di Ukraine sana.
Ada tak penulis blog (blogger) dari Malaysia yang menetap di Ukraine ataupun Rusia yang membaca blog aku ini eh? Kalau ada, agak-agaknya ada tak stock beg ini di sana? Tiba-tiba, aku jadi obses! :beurk:






22 Comments to “Dragon Bag: Unik & Impresif!”