Glow In The Dark: Khinzir?

Tak percaya? Tetapi, itulah realitinya. Gambar di atas menunjukkan bahawa khinzir ini berupaya memancarkan sinar hijau (glow in the dark) pada waktu malam. Mungkin ada yang beranggapan bahawa gambar di atas menunjukkan bahawa ianya adalah kesan editan di Photoshop ataupun kesan Night View daripada kamera. Ternyata ianya adalah salah!
Para saintis di Taiwan telah berjaya “melahirkan 3 khinzir jantan Glow in the Dark” hasil daripada percubaan ujikaji yang telah mereka lakukan. Mereka mengakui bahawa khinzir seperti ini bukanlah yang pertamanya dicipta di dunia tetapi mereka menyatakan bahawa khinzir yang dihasilkan oleh mereka adalah yang terbaik.
Di samping itu, khinzir ini mempunyai ciri yang unik di mana ianya bukan sahaja berwarna hijau pada luaran bahkan dalaman mereka. Maksudnya, organ dalaman khinzir ini seperti darah mereka berwarna hijau. Impresif! :) Para saintis di Taiwan telah menghasilkan khinzir tersebut melalui pencantuman DNA obor-obor yang disuntik ke dalam 265 embrio khinzir di mana embrio-embrio ini “ditanam” di 8 janin yang berbeza. Hasilnya? Hasilnya, empat daripada khinzir betina yang diuji tadi telah hamil (bunting) dan melahirkan 3 ekor anak khinzir yang berwarna hijau!







20 Comments to “Glow In The Dark: Khinzir?”