Hentikan Provokasi!
Ehsan foto: Kosmo! Online
Itu harapan. Itu juga boleh merangkumi amaran aku kepada mereka yang bersikap biadap! Pagi ini, aku betul-betul rasa terkilan. Masih ada rakyat Malaysia yang sanggup membuat provokasi terhadap agama Islam.
Apa masalah kamu dengan Islam?
Kalau tidak suka kenapa tidak duduk diam sahaja.
Islam tidak mengganggu kamu hatta sebesar zarah pun kehidupan kamu.
Pagi tadi, aku berkesempatan menonton telatah biadap pelakon di dalam video “Melayu Boleh Makan Babi“. Serius, perkara tersebut betul-betul membuatkan aku rasa nak bagi penampar angin kepada para pelakon tersebut. Pihak JAIS telah mengambil tindakan dengan memadamkan data video tersebut dari Youtube.
Aku harap semoga para pelakon biadap (bukan lagi nakal) boleh dihadapkan ke mahkamah secepat mungkin. Peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang dikenakan kepada mereka sekurang-kurangnya boleh menyedarkan segelintir golongan yang mungkin berniat untuk melakukan perbuatan yang sama.

Justeru, buat orang Melayu (Islam) jangan butakan lagi mata hati kamu. Diluar sana, banyak manusia yang menunggu untuk mempersendakan agamamu. Hentikanlah sandiwara politik sejenak. Kita bangunkan Islam yang seumpama melukut ditepi gantang dihati kita. Walaupun hakikatnya, Malaysia mempraktikkan Islam Hadhari.
Buat sahabat bukan Melayu, bukan berniat untuk menerbitkan entri begini, tapi sebagai anak Melayu (Islam), aku punya tanggungjawab untuk berasa sensitif tatkala agama kami dipersendakan begini. Ini adalah perbuatan segelintir rakyat yang berhati jahat (pada aku) yang punya agenda untuk meruntuhkan persahabatan & persepakatan yang utuh selama ini.
Buat kamu yang empunya video, sama ada sengaja mahupun tidak sengaja, “berani buat berani tanggung“!







12 Comments to “Hentikan Provokasi!”