Al-aqlus salim fi al-jismis salim
Alif
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T; empunya oksigen yang kuhirup, empunya jasad yang kupinjam.
Beberapa hari ini, aktiviti berblogging agak kurang. Bukanlah disebabkan “mood” dan selera berblogging merudum (ibarat KDNK negara) tetapi Aidilx sedang sibuk menyediakan blog terbaru yang diletakkan dibawah bidang kuasa Aidilx.com. Alhamdulillah, kedua-dua blog berkenaan sudah pun selesai dibina dan masih dalam peringkat menyusun atur perkakasan yang diperlukan.
Ba
Justeru, Aidilx amat bersetuju dengan pepatah arab “Al-aqlus salim fi al-jismis salim” (akal yang sihat adalah dari badan yang sihat). Andainya, fizikal Aidilx sekarang tidak sihat masakan Aidilx mampu meneruskan aktiviti berblogging. Apatah lagi, dengan kehadiran dua blog baru yang menuntut komitmen yang tinggi daripada Aidilx, kesihatan minda amatlah dituntut! Dan, Aidilx yakin para blogger yang aktif menulis blog, kadar pengembangan pemikiran mereka semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Dasawarsa, para blogger tidak lagi mementingkan penulisan berbentuk diari harian tetapi menulis dan mengulas di dalam pelbagai genre. Gali dan cari sahaja bidang hiburan, politik, kereta, IM dan sebagainya dienjin carian, kita akan dihidangkan dengan pelbagai jenis bentuk penulisan dan pemikiran. Nah! Bukankah ini memerlukan satu daya pemikiran yang tinggi?
Dustalah Aidilx sekiranya Aidilx tidak mempunyai masalah sehingga mampu menjejaskan sedikit ketenteraman jiwa dan minda, namun berkat kesabaran dan kematangan yang ada, alhamdulillah, ianya mampu diatasi. Aidilx percaya setiap permasalahan dan dugaan yang datang itu, ibarat petanda kasih sayang dan peringatan daripada Allah kepada kita.
Aidilx percaya setiap blogger punya permasalahannya tersendiri lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hosting seperti yang dialami oleh sahabat Aidilx sekarang (Halym.com). Itulah rencah-rencah kehidupan sebagai seorang blogger. Lupakan perihal masalah Aidilx kerana itu bukan fokus utama di dalam entri ini. :)
Terima kasih kepada tiga nama terkenal ini, Amanz, Khai dan Rohaizad kerana memberi inspirasi kepada Aidilx untuk membina blog yang boleh mendatangkan manfaat kepada semua. Tidak lupa buat penyedia hosting tempatan, Fivio (terutama saudara Fadhullah) kerana tanpa hosting dan perkhidmatan yang terbaik daripada anda, sudah pasti Aidilx.com tidak mampu melebarkan sayapnya.






8 Comments to “Al-aqlus salim fi al-jismis salim”