RSS Feed for This PostArtikel Semasa

Kami Bersamamu..

Pagi semalam, agak terkejut setelah mendapat panggilan daripada sepupu aku. Anak saudara aku yang baru berusia 10 hari telah dimasukkan ke ICU. Dengan kesibukan yang masih membelenggu masa ini, aku terpaksa memohon cuti (emergency). Boss pun rasanya terpaksa melepaskan aku bercuti. :)

Tanpa melengahkan masa, terus memecut sang kancil ke Sibu. Sampai ke hospital Sibu, aku melihat raut wajah sepupu aku dah tampak semacam. Sejurus tiba di pekarangan hospital, perkara pertama memanaskan telinga apabila sepupu aku mengatakan bahawa oksigen yang sepatutnya “menemani” si kecil (tanpa sengaja mahupun sengaja) telah diputuskan. Masya-Allah! Bayangkan, anak saudara aku yang 100% bergantung kepada oksigen ketika itu; terpaksa berjuang untuk bernafas tanpa bantuan peti oksigen tersebut. Allah Maha Berkuasa mengatur segalanya; kebetulan sepupu aku datang menjengok dia pada waktu tersebut. Kalau tidak, hanya Allah saja yang tau bagaimana nasib dia. 

Itulah KECUAIAN pihak hospital (jururawat yang bertugas) yang paling aku rasa tidak patut dimaafkan ataupun tidak sepatutnya dilakukan. Ibu mana yang dapat menahan sedih apabila anaknya semalam sihat di dalam dakapannya tiba-tiba hari ini bertukar pucat gara-gara kecuaian mereka! Kalau diikutkan memang aku nasihatkan sepupu aku untuk failkan saman terhadap pihak hospital. Di atas kecuaian mereka, sekarang anak kecil itu tengah bertarung nyawa.

Paling bengang dan bangang apabila doktor pula ingin menyalahkan sepupu aku kerana tidak peka tentang perkara tersebut. Aku sendiri tidak paham, kenapa susah benar nak mengaku kesalahan yang mereka sudah lakukan. Susah sangat ke nak cakap “Kami betul-betul minta maaf, encik. Memang kesilapan kami.” Seandainya, ungkapan tersebut dapat dilafazkan jadi tidak perlu kami sekeluarga menahan rasa marah dan sebagainya. Kenapa perlu meletakkan kesalahan di pihak kami? 

Kalau diikutkan memang kami boleh memfailkan saman kepada mereka di atas sebab kecuaian. Namun, di atas dasar pertimbangan dan belas ikhsan, kami cuma mampu menahan kekesalan dan kemarahan dihati. Minta maaflah kepada doktor dan jururawat yang bertugas di Hospital Sibu pada waktu itu. Bukan sengaja ingin menempiaskan kemarahan, cuma kami amat kesal di atas kecuaian anda semasa bertugas. Apatah lagi si kecil yang perlukan perhatian khusus itu, tidak dijaga serapinya oleh kalian. Tidakkah itu melanggar etika kamu sendiri? 

Tidak cukup dengan perihal si kecil, Awang Abdul Najib, kami pula terpaksa menyembunyikan satu perkara lagi daripada ibunya kerana takut akan mendatangkan trauma lebih mendalam kepadanya. Daripada paru-paru, kini kuman sudah merebak ke jantung anak saudara aku. Jadi, kini kami hanya pasrah segala ketentuannya. Cuma, kondisi si ibu jua cukup membimbangkan kami sekeluarga. Sering menangis mengingatkan si kecil yang badannya dipenuhi wayar yang berselirat. Kami terpaksa memujuknya balik kerana tempohnya dihospital sudah cukup. Apabila di rumah, lain pula kisahnya. Istirehatnya bertemankan airmata kerana mengenangkan si kecil. Para ibu yang pernah mengalami situasi atau kondisi sebegini mesti dapat menebak rasa yang ada di dalam hati si ibu. Cukup membuatkan sedikit rasa hiba dihati. 

Allahuakbar! Dugaan yang paling genting yang dihadapi oleh sepupu aku dan kami sekeluarga. Anak lelaki yang selama ini diharap-harapnya, kini si kecil masih bertarung nyawanya. Cuma keajaiban dan pertolongan dari Allah yang mampu menyelamatkannya. Tambahan lagi, ini bukan kali pertama berdepan situasi begini. Menghadapi situasi sebegini, mengingatkan kembali semasa menjaga Allahyarham Mohd Akmal (anak saudara aku) di Kuching. Sakitnya sama; jangkitan kuman pada paru-paru atau nama saintifiknya ialah Pneumonia. Sekadar tidur beralaskan kotak dikaki lima ICU, jaga silih berganti, kuliah yang terpaksa ditinggalkan dan sebagainya sememangnya bukan senang untuk dilakukan. Namun, aku yakin akan segalanya ada perkara baik (hikmah) disebaliknya, insya-Allah.

Kini, aku masih kesal dengan kecuaian pihak Hospital Sibu! Sesungguhnya kamu wajar dipersalahkan! Ini bukan dendam, cuma berbaur kekesalan. Harapnya tidak terjadi kepada anak kecil yang lain. 

Maka, kepada anak saudaraku, Awang Abdul Najib, semoga dirimu cepat sembuh dan kembali ke dakapan ibu dan ayah yang merinduimu. Segala doa kami tumpahkan kepadamu. Dan, semoga kalian jua mendoakan kesihatan si kecil. Sekarang, aku dapat rasakan bagaimana rasanya saudara Fajaril apabila berdepan dengan situasi sebegini. 

Trackback URL

RSS Feed for This Post5 Comment(s)

  1. suealeen | May 19, 2009 | Reply

    Allahuakbar… moga Awang Abdul Najib segera sembuh. Di NICU ke dia? Saya juga mempunyai pengalaman berulang-alik ke NICU selama anak saya Syafiah tinggal 77 hari di sana. Macam² kes kami lihat malah ada yang kami tempuh sendiri! Moga Awang Abdul Najib terus bersemangat to fight for his life, insyaAllah…

    Aidilx Reply:

    Terima kasih untuk doa tersebut. Yup, masih di ICU. Ini bukan kali pertama berdepan ngan perkara sebegini. Arwah Akmal, anak saudara saya dulu pun dimasukkan ke ICU kerana jangkitan kuman pada paru-parunya.

    Syafiah pula bagaimana kisahnya? Semoga Syafiah pun sihat selalu.

    suealeen Reply:

    alhamdulillah Syafiah survived dan salah seorang yang terpilih untuk menjadi anak yang istimewa.. klik di link untuk baca kisah dia…

    Aidilx Reply:

    I’m on my way untuk habiskan pembacaan di blog khas Syafiah.

    Amazing child! Alhamdulillah, Syafiah memang anak istimewa! ;)

  2. aman | May 19, 2009 | Reply

    sama-sama kita doakan agar cepat sembuh..

    Aidilx Reply:

    mudah-mudahan begitulah Aman.

    Terima kasih untuk keprihatinan hang.

  3. marts | May 19, 2009 | Reply

    Marts doakan dia cepat sihat dan selamat. Apa2 sms la ye. Doa banyak2 juga.

    Aidilx Reply:

    Insya-Allah, menunggu perkabaran yang baik dari Sibu.

  4. achika | May 20, 2009 | Reply

    semoga si kecil nya tabah betarung nyawa~~ kmk doakan semoga si kecil selamat n sehat seperti insan kecil normal yg lain~~ amin~~

    Aidilx Reply:

    Insya-Allah. Sik sanggup nanggar wayar sia situk jak dibadannya.

    Maknya pun malar jak nangis ngenangnya. Tedah lok.

    Makasih..

  5. zuril | May 21, 2009 | Reply

    macam mana kondisinya hari ni? hopefully semakin okay dan positif.

    Aidilx Reply:

    Alhamdulillah semakin pulih cuma perlukan oksigen untuk terus “survive”. ;)

RSS Feed for This PostPost a Comment

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene: