Si Kecil Mula Pulih..
Sekuel “Kami Bersamamu”..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengatur segalanya di bumi ini. Kami mula menarik nafas lega apabila si kecil, Awang Abdul Najib mula menampakkan sedikit perubahan yang cukup memberansangkan. Si kecil sudah dipindahkan ke wad biasa setelah dimasukkan ke ICU tempohari. Perubahan positif ini sedikit sebanyak mampu memberikan kegembiraan kepada sepupu aku walaupun aku rasakan masih tersisa perasaan risau dan cemas dihatinya.
Walaupun, si kecil sudah dipindahkan ke wad biasa tetapi masih bergantung kepada bekalan oksigen. Wayar-wayar juga masih berselirat dibadannya. Dan, inilah yang agak merisaukan aku. Doktor sendiri, tempohari, telah memberikan sedikit gambaran kepada kami bahawa percaturan hidup si kecil cuma 50-50. Namun, kami yakin kekuasaan Allah itu mampu mengatasi segala-galanya. Doa dan usaha tidak pernah putus kami iringi dan panjatkan kepada-Nya agar si kecil cepat sembuh.
Di dalam kesedihan tetap jua ada kegembiraan. Kebetulan sewaktu melawat si kecil, terserempak dengan sepupu aku yang rasanya bertahun-tahun tidak berbual-bual. Jangan salah faham. Bukan disebabkan oleh salah faham atau sebagainya tetapi oleh kerana aku jarang ada di kampung halaman. Sejak menyambung pelajaran (Kedah, Shah Alam dan Sarawak), masa yang dihabiskan di kampung terlalu sedikit. Justeru itu, masa untuk bertemu dan beramah mesra dengan sanak saudara agak terhad. Jadi, aku ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada sepupu aku (Abu Bakar) kerana dikurniakan anak kembar (3kg seorang :) ) dan babies tersebut dilahirkan secara normal.
Buat kalian yang turut mendoakan kesihatan si kecil, terima kasih untuk keprihatinan tersebut. Harapnya, Awang Abdul Najib akan pulih sepenuhnya selepas ini, insya-Allah.






8 Comments to “Si Kecil Mula Pulih..”