Selamat Hari Bapa

Mengingati hakikat pengorbanan seorang bapa terlalu panjang untuk dikisahkan. Arwah bapa sudah lama kembali kepada-Nya. Sepanjang itu, aku baru rasa kehilangannya. Bapa memang seorang yang tegas namun aku tau dihatinya dia amat menyayangi anak-anaknya. Sebagai anak bungsu, tiada layanan istimewa yang aku perolehi sama ada daripada bapa atau mama. Kami hidup sederhana. Namun, itu tidak menghalang kekayaan kasih sayang itu terbatas.

Saat terakhir sebelum bapa menghembuskan nafasnya, pesannya supaya mama berikan pendidikan secukupnya kepada aku. Itulah amanat yang mama pikul selama ini. Tiada harta yang ditinggalkan cuma kelestarian kasih sayangnya yang aku jaga selama ini.

Buat semua insan yang bergelar bapa, Selamat Hari Bapa. Mudah-mudahan, kamu menjadi seorang bapa yang menjadi suri teladan kepada anak-anakmu kelak. Bimbinglah keluargamu di dalam mencari keredhaan-Nya di dunia dan akhirat. Jangan sekali kau membelakangi tanggungjawapmu. Aku dedikasikan lagu “Sentuhanmu” untuk kalian.

Al-Fatihah buat ayahandaku. Moga Allah tempatkan dirimu bersama-sama mereka yang dikasihi-Nya.

*Tiada kupasan panjang seperti biasa. Rasa kerinduan dan sebak membuat jari terhenti untuk menaip.

Related Posts with Thumbnails


Catcheye

  1. 1
    meera
    Jun 22nd, 2009 at 10:32 am

    happy father’s day wat ayahandamu… semoga arwahnya ditempatkan bersama-sama org yg beriman, amin.

    Aidilx Reply:

    ;) Terima kasih cik Meera. Happy Father’s Day gak buat ayah hang.

  2. 2
    Kujie
    Jun 22nd, 2009 at 9:46 pm

    Al-fatihah…

    Walau seburuk apapun perangai kedua orang tua kita itu bukan urusan kita,
    urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
    Walau banyak sekali dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita,
    urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua orang
    tua kita diampuni Allah S.W.T.
    Doa anak yang soleh akan membantu kedua orang tuanya mendapat tempat
    yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para orang tua di alam
    kubur.

    Aidilx Reply:

    Betullah tu, Kak Jie. Doa anak yang soleh itulah bekalan harta yang paling berharga buat kedua ibu bapanya.

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
    (Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

  3. 3
    protonians
    Jun 28th, 2009 at 2:50 pm

    Al-fatihah buat ayahandamu. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang alim.. amin.

    Happy father day’s to your father to Aidilxs, and to my father.. :D

    Aidilx Reply:

    Thanks. Happy Father’s Day to your father. ;)

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

blank