Kemaafan Itu Indah
![]()
Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). {Surah al-Syuara’: ayat 43}
Antara marah, dendam dan maaf maka seafdalnya kemaafan itu menjadi pilihan utama. Namun, berdayakah seorang insan biasa yang punya hati dan perasaan untuk melupuskan perasaan tersebut seraya memberikan kemaafan kepada orang yang terbabit?
Perasaan amarah yang dipendam dan ditahan di dalam hati sudah pasti bukanlah suatu perkara yang menyenangkan. Dan, dendam bukanlah jalan terakhir untuk penyelesaian amarah tersebut. Islam mengharuskan kita mengambil tindakan yang adil terhadap mereka yang menyebabkan kita marah yakni (di atas kebenaran) yakni yang disebut ‘al-adl‘ namun Islam lebih menggalakkan tindakan yang lebih afdal, iaitu memberikan kemaafan. Justeru, inilah disebut ‘al-ihsan‘ iaitu berbuat baik atau bersikap baik. Bahkan, Islam juga menggalakkan umatnya saling bermaafan kerana kemaafan itu boleh menghilangkan rasa amarah dan dendam di dalam diri.
Oleh itu, sebagai hamba Allah yang telah terlanjur melepaskan amarahnya kepada kamu, aku ingin sejuta kemaafan. Entah esok atau lusa, mata aku terpejam tanpa memohon maaf kepada kamu yang tersinggung nescaya aku termasuk antara hamba-Nya yang rugi.






2 Comments to “Kemaafan Itu Indah”