Nur Kasih: Nilai Cinta & Pengorbanan
Agama, Hiburan, Info Semasa 20 Jun, 2009
Kredit khas: Nur Kasih TV3
Pada asalnya, aku tidak begitu teruja untuk mengikuti slot drama ini di TV3. Entah kenapa, mungkin rasa ‘diseru’ untuk menonton drama ini maka aku mula menggagahkan diri merapati kaca televisyen minggu lepas. Tambahan pula, seorang sahabat di negeri Datuk Maharajalela tampak beriya-iya mengajak aku menonton drama ini. Nur Kasih jauh berbeda dengan drama Nur Kasih yang pernah disiarkan di RTM suatu masa dahulu. Nur Kasih yang ditunjangi oleh Rusdi Ramli lebih berkonsepkan cinta kampus (pandangan peribadi) dan runut bunyinya diambil daripada lagu Nur Kasih (In-team). Jadi, apa istimewanya drama ini sehingga menjadi buah mulut dan butir bicara mereka?
Secara jujurnya, aku tidak begitu gemar menonton drama atau filem Melayu. Bukan semua cuma sebahagian drama dan filem sahaja. Aku bukan menidakkan kemampuan dan kejujuran pengarah drama tempatan sekarang di dalam menghasilkan karya mereka cuma ada kalanya drama dan filem yang disajikan terlalu stereotaip. Katalah aku apa saja tetapi itulah hakikat yang perlu kita hadapi.
Khabir Bhatia, pengarah muda kelahiran New Delhi telah membuka jalan baru bagi industri perfileman dan drama tempatan. Hasil kerjanya begitu aku senangi. Sudah pasti kamu teringat akan filem Cinta, Sepi, Setem, Kekasih Kuseru dan yang terbaru, Nur Kasih yang merupakan olahan kreatif beliau. Pada pandangan aku, beliau seorang yang dalam bijak mencari dan membidik pemikiran penonton. Bahkan bukan itu sahaja, bagi aku beliau pandai bermain dengan alam atau persekitaran. Buktinya, sinematografi yang digunakan di dalam drama Kekasih Kuseru dan Nur Kasih ini ternyata memberi impak yang berkesan kepada karyanya.
Tidak adil memberikan pujian hanya kepada pengarah Nur Kasih ini saja. Pujian juga seharusnya dialirkan kepada insan dibelakang tabir Nur Kasih iaitu Mira Mustafa, Maizura Mohd Ederis dan Mariana Hashim di atas penghasilan skrip yang aku kira cukup mantap. Saudari Mira (seperti yang ditulis diblog saudari Maizura) mengatakan bahawa “drama ini bukan dakwah. Drama cinta dan keluarga.” Tidak kira apa jua genrenya, aku memang mengharapkan drama sebegini dihidangkan dikaca televisyen.
Jiran kita (Indonesia) telah banyak menghasilkan sinetron dan filem berbentuk keagamaan yang menerapkan unsur kecintaan dan kekeluargaan. Intipati dan mesejnya mudah diserap dan dicerna oleh masyarakat kita. Jadi, tidak salah andai kita memperbanyakkan drama dan filem sebegini kerana kebejatan sosial sekarang mula menghakis nilai-nilai kemanusian, kecintaan dan sebagainya dari dalam diri. Maka, apakah perlu kita memperbanyakkan drama dan filem yang makin menggalakkan masyarakat kepada unsur negatif? Tepuk dada tanya minda.
Berbalik kepada Nur Kasih.
Sahabat bertanyakan kepadaku melalui es-em-es: “tidak boleh ke lelaki belajar menyayangi?.”
Jawapan berselorohku kepadanya: “Ambil masa. Kalau tidak sayang buat apa nak paksa.”
Nur Kasih mula memasuki fasa yang menyesakkan jiwa (pinjam ayat sahabat di sana). Pergolakkan hati dan perasaan yang dialami oleh Nur Amina tatkala mana kata-kata kasar Adam seringkali menghentam hati lembut seorang wanita. Demi keluarga; di atas nama pengorbanan maka dua hati ini terpaksa korbankan cinta dan ego. Masih jauh perjalanan drama ini. Sudah pasti setiap episod akan mengundang rasa ‘menyesakkan jiwa’ kepada penonton dengan pelbagai konflik yang akan berlaku kepada Adam, Aidil, Nur Amina dan Siti Sarah.
Sebelum aku tuntaskan entri Nur Kasih ini, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada tenaga produksi daripada pengarah sehinggalah kepada pelakonnya kerana telah mampu membuka hati aku untuk menonton drama ini dan untuk mencicip mesej yang cuba diketengahkan. Mudah-mudahan, mesej drama ini sampai ke hati pada setiap penonton di Malaysia. Buat kamu yang merasakan Nur Kasih ini sama seperti drama yang lain (tipikal dan stereotaip), kamu silap sama sekali!
Petikan dialog ini terlalu bermakna buatku:
“Adam dan Aidil tak sama.
Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.
Malah jadi layu.
Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…” (Hajjah Khadijah)
**Kepada yang tidak berpeluang menonton episod yang lepas, bolehlah memuatturun drama tersebut di sini: Nur Kasih. Kamu juga boleh memberikan komen atau pendapat peribadi tentang drama ini di laman khas untuk Nur Kasih. Terima kasih untuk sokongan anda pada drama ini. Selamat menonton.










Jun 21st, 2009 at 5:00 am
Cite ni memang best. Hampir sama dengan cite aku. Huhu. Tapi, tak dapat tgk online.
Aidilx Reply:
Jun 21st, 2009 at 8:42 am
Sal tak dapat tgk online plak?
Jun 21st, 2009 at 5:02 pm
sesekali ikut gak cerita Nur Kasih ni…..kesian pulak tengok kaum perempuan di buat dek kaum lelaki
Aidilx Reply:
Jun 21st, 2009 at 8:44 pm
Bukan semua cuma sebahagian. Sebahagian besarnya memang tau nak menghargai kaum perempuan.
Jun 21st, 2009 at 7:57 pm
aku pun suka cita..can’t wait for next episod…penuh pengertian..
Aidilx Reply:
Jun 21st, 2009 at 8:47 pm
Jun 21st, 2009 at 10:09 pm
citer yg mnyentuh jiwa… xdinafikan memang ad kes2 camni skarang.. sedih gak ar pada yg telibat kes ni.. sder dape download drama ni ker..?
smlam telepas tgok la..hurmmm plezz
Aidilx Reply:
Jun 21st, 2009 at 11:05 pm
Saudari boleh tonton episod jumaat lepas di tv3 tapi perlu berdaftar terlebih dahulu
Jun 22nd, 2009 at 10:06 pm
hihi.. camner yer..? susah tol nak daftar kat tv3 tu.. xder saper ker yg sudi download letak kat you tube ke… hurm…
Aidilx Reply:
Jun 23rd, 2009 at 7:48 am
The best thing is daftar jelah dulu. Try. Lagipun, drama tu masih baru lagi.
Jun 23rd, 2009 at 8:58 am
Asa,kum.. cite ok-ok je..tapi menyentuh hati tentang nuramina yang di paksa kawin… terpaksa menangungg semua tanggungjawab.
Aidilx Reply:
Jun 23rd, 2009 at 9:22 am
Walaupun ok tapi mesej itu sampai ke hati penonton.
Jun 23rd, 2009 at 10:28 am
citer neh different dr citer mlyu yg len..
support nur kasih!
Aidilx Reply:
Jun 23rd, 2009 at 11:24 am
Jun 23rd, 2009 at 11:56 am
Salam. Memang suka bukan buat – buat pada ceritera 25 episode ini. Tak sabar menunggu malam Sabtu. Terlepas 3 episode.
. Hmm…memang macam cerita Korea, bercitarasa Malaysia. Negaraku! (Mungkin tidak, cuma pada aku sahaja) Nice post!
Aidilx Reply:
Jun 23rd, 2009 at 12:07 pm
Waalaikumussalam wbt
Kalau terlepas, boleh lagi menontonnya di Nur Kasih/TV3. Macam cerita Korea? Tang mana tu?
Terima kasih di atas komen saudari.
Jun 23rd, 2009 at 1:30 pm
cite ni bez sgt..bnyk teladan…he
Jun 23rd, 2009 at 10:21 pm
ntahla.. xbleh ponn..? kena jd ahli my tv3 dulu ke..? smbody help me please…. saudara xnk download citer nie ker..?
bule gak saye tgok.. xdela susah2 nk dftar…
Aidilx Reply:
Jun 23rd, 2009 at 10:50 pm
Adeh! Ada rekues khaslah plak ni..
Kalau cari kat youtube ada sebenarnya..
Jun 24th, 2009 at 10:00 am
hyeppp…nk chatingggg
Aidilx Reply:
Jun 24th, 2009 at 1:04 pm
nak chatting pe? tak paham.
Jun 24th, 2009 at 10:17 pm
saudara nie blaja lg ker….?????
Aidilx Reply:
Jun 25th, 2009 at 7:58 am
Jun 25th, 2009 at 12:15 pm
Jrang lyan cta mlayu xcept crita2 kbir batia.weldone!sbb x trus mmbuatkn sya bnci ngn cta mlyu.
Bkn crita besa2,bnyk suprisenye..nur ske adam sbnrnye.kretif tol..kepup good work!tahniah.”x ske ngn dirctor yg bnme prof rzak, ysof hslm,rosym nor dll.x kretif..jln cta sma,kmera kaku”:-(
Fanatik ngn hsil keja kabir.cta suma bes(mnjlara,kashku seru,frontpge,kasih suci,hrtamas)jln cta 10/10,lokasi 10,
lgting 10,soundtrk 10,pmlhan plkon 10..superb muperb.
Nape drctor len x kretif cmni..Ptotnya cita cm Sembilu tu dibaned,coz x bes.scene nr ksih pn bes2,x over. cth:cm scene ustz hasan pkol adam,nmpk smple jek tp bkesn.klu pngarah len kompem plkn tu over tpekik tllong smbl pkol ank die,nangis2,mluat.over gla..tol x?
Aidilx Reply:
Jun 25th, 2009 at 5:43 pm
Bagi aku, terpulang kepada daya kreativiti dan visi pengarah itu. Kalau dia rasa skop pengarahan dia camtu boleh attract penonton so dia akan terus mengarah dengan versi camtu.
Sebaliknya, pengarah yang kreatif dan punya visi tersendiri dia mencari sesuatu kelainan dalam pengarahan dia. Dia mencari kepuasan sendiri di dalam pengarahan dan hasil yang dia ciptakan.
Sebab itu, amat jarang ketemu pengarah sebegini. Yang ada pun (minta maaf) s.s atau mencari laba yang lebih.
My sekupang.
Jun 25th, 2009 at 12:30 pm
promote Youtube dan Download bagi yang terlepas, wakaka
Aidilx Reply:
Jun 25th, 2009 at 5:40 pm
Saudara Hafiz Adam dari I Love Islam ke ni?
Jun 25th, 2009 at 9:15 pm
dh tgok cite ni.. sinematografi mmg khabir bhatia.. salut.. dialog2 mmg de msj…
Aidilx Reply:
Jun 27th, 2009 at 12:10 am
Hari ini, mencicip makna yang tersurat & tersirat di dalam drama ini.
Jun 26th, 2009 at 11:06 pm
citer ni mmg best..mcm cerita novel gitu..apakata kalau ctr ni dibukukan??mst lg bezz..aku rsa akhir sekali adam tu msti jth cnta gk pd nuramina,ye tak?klau dlm nvl mcm tu lah..
Aidilx Reply:
Jun 27th, 2009 at 12:09 am
Betul. Adam kembali ke pangkal jalan setelah berlaku kemalangan kepadanya.
Jun 26th, 2009 at 11:14 pm
ske ctr ni,bezz..nk jd member kt ruangan ni,bley tap?
Aidilx Reply:
Jun 27th, 2009 at 12:09 am
jadi member ruangan ke blog ni?
boleh je. tiada masalah.
Jun 27th, 2009 at 4:27 pm
Jun 27th, 2009 at 5:32 pm
camner saudara bleh tau yea ending episod tu..?
Aidilx Reply:
Jun 27th, 2009 at 9:53 pm
Baca sinopsis dia lah
Jun 28th, 2009 at 8:57 am
Memohon kebenaran utk diedit. Saya sudah pindahkan link tersebut ke page khas untuk drama ini.
Terima kasih untuk perkongsian tersebut.
Jun 28th, 2009 at 7:32 pm
Tahniah sy ucapkan pada Khabir Bhatia dan barisan pelakon drama bersiri kat tv3 ni…1st time menonton cerita ini, sy dah terus jatuh hati dan tidak sabar menanti episod yang akan datang…
Berbagai perasaan dan emosi silih berganti bermain di minda sy ketika menonton cerita ni….Yang pasti rasa keinsafan itu mula bercambah dinaluri ini…
Aidilx Reply:
Jun 28th, 2009 at 7:34 pm
Alhamdulillah. Nampak gayanya mesej dia sampai kepada saudara.
Jun 28th, 2009 at 11:14 pm
ni nak tanya,masa adam kemlgn tu,katrina apa jadik?meninggal ker?citer ni mmg bezz,tp knp lmbt sgt utk adam jth cnta pd nuramina?smpai kna prgi australia dlu..
Aidilx Reply:
Jun 29th, 2009 at 4:55 am
Jun 29th, 2009 at 3:58 pm
Julai 1st, 2009 at 7:12 pm
citer nur kasih memang best dan bermakna utk aku,..
kisah idup aku nih… sebijik.
Julai 1st, 2009 at 9:52 pm
syabas pada penerbit,pegarah, crew2 citer nur kasih dan special syabas buat pelakon2 nur kasih…
Julai 2nd, 2009 at 10:56 am
salam…
tahniah atas kesempurnaan cerita ini..walaupun kisahnya masih belum berakhir saya dapat rasakan semangat dan erti satu pengorbanan dalam cerita ini…
good job…
Julai 3rd, 2009 at 10:12 am
salam…
dah lama aku tak teruja nak tgk drama kat tv.. nur kasih nie memang best, menusuk ke hati bila menonton… penuh dgn unsur2 kehidupan masa kini. bagi remaja masa kini sesuai menjadikan nuramina sebagai contoh untuk menjadi wanita yang melayu yang penuh adab. nuramina gadis lemah lembut dan bertudung mempunyai ciri2 yang dapat membimbing anak gadis zaman sekarang mengikuti contohnya.
p/s terkejut dengan berita anak luar nikah yg dilaporkan di johor lebih 2000 org dalam masa 5 bulan. Masyallah…
Julai 3rd, 2009 at 10:19 pm
salam..baru je habis tengok Nurkasih tadi,,mmg meruntun jiwa , naluri seorng perempuan betul.. tak sabar nak tengok apa yg nak jadi next week.
sinematografi yg sgt cantik..buleh beza hasil Khabir Bhatia dgn direktor lain..
Julai 4th, 2009 at 12:34 am
Ini link Nur Kasih Episod 6….
{edited}
Aidilx Reply:
Julai 4th, 2009 at 4:51 am
Terima kasih untuk sumbangan anda
Julai 4th, 2009 at 12:07 pm
SYABAS KPD PELAKON SBG WATAK NUR AMINA KERANA BEJAYA MEMEGANG WATAK TERSEBUT.
Julai 5th, 2009 at 1:43 pm
br semlm ada peluang tgk cite ni slps di promote gile2 by opis mate.. tgk kat tv3 online jek tp btol2 terharu la tgk cite nih.. tak abih2 menyesakkan dada, menggugurkan air mata…
tp tgk nur amina tuh mcm ada iras2 agnes monica la.. comey2.. huhuh… dh le lakonan dia btol2 terkesan.. aidil & adam pn sgt best lakonan diorg… tgk ust hassan tingat kat abah.. sedey2… lakonan dia sgt la mengharukan.. he’s the best!
Julai 6th, 2009 at 12:07 am
aku cilok ko nyer gambar yang ada kata2 hajjah khadijah tue…letak kat blog aku….
Aidilx Reply:
Julai 7th, 2009 at 7:09 pm
Baiklah, dengan rela hati aku mengizinkan ko mencilok..
Julai 7th, 2009 at 10:57 pm
salam..
tak slalau suka cerita melayu.. balik2x kisah kaya rebut harta & pempuan. Yang ini lain… lagu tema sahaja dah cukup menyentuh perasaan …. indahnya
Julai 8th, 2009 at 1:21 pm
cdih yeak ctew niewk…
Julai 8th, 2009 at 3:15 pm
nur kasih best gler..rugi xtgk..
Julai 8th, 2009 at 5:08 pm
citer ni best sgt…ada mesej2 tertentu.leh buat org insaf.tahniah….
Julai 8th, 2009 at 5:12 pm
tahniah kpd semua pelakon2 nur kasih yg blh menjiwai watak2 mereka dgn jayanye….all the best…
Julai 8th, 2009 at 11:33 pm
salam..
sebenarnya juz nak tambah and agreed as me jugak macam ‘diseru’ untuk tengok drama ni…hurm…dan jujur sekali me taipkan, drama ni memang ada kelainannya dan sangat menarik ‘hati’..’hati’ yang dulunya terkeliru….hurm…
Julai 10th, 2009 at 10:30 pm
aku suke kat barisan2 pelakon baru yang sgt mantap………
sebuah drama melayu yg menmpilkn kelainan selain memberi nilai moral kpd penonton…….
hepi watching………..go tiz zaqyah luv u
Julai 12th, 2009 at 4:34 am
pehal xleh reply kat atas?
xpe lah reply kat sini:
kat mana2 mesti org tnye HafizAdam iLI.
ye benar. skrg saya sedang bercuti utk menghabiskan projek2 luar dari iLI.
=)
episod 7 upped.
http://akudarahanakmalaysia.via.my/2009/06/light-of-love.html
Aidilx Reply:
Julai 12th, 2009 at 5:25 am
Tiada masalah untuk reply atau menulis komen. Thanks coz dah memudahkan orang utk menonton cerita Nur Kasih!
Julai 13th, 2009 at 3:16 pm
Cerita Nur Kasih memang best aku yg tak minat cerita Melayu pun boleh suka cerita nii.. Kalau cerita Melayu lain kebanyakannya terlalu Stereotaip sangat..tapi hasil kerja Khabir Bhatia memang aku minat sebab kebanyakkan drama dia tak cincai mcm drama kita yg lain..
Julai 15th, 2009 at 6:13 pm
i never fail to miz this drama..my favourite since drama kasih iftitah acted by julia ziegler…is it true tat this drama based on novel??if its based on novel..where to find it??Bcos in singapore..its diificult to find novel melayu…
Aidilx Reply:
Julai 15th, 2009 at 6:33 pm
Bukan based on novel, if I’m not mistaken.
Julai 15th, 2009 at 6:18 pm
i luv watching this drama tk pernah miss pon…bt is it true its based on a novel??if its based on novel..where to find it??cos i’ve been looking for it..kt S’pore pon susah nk cari kedai jual novel melayu…
Aidilx Reply:
Julai 15th, 2009 at 6:35 pm
Rasanya dah terjawab. Tahniah, kerana kamu meminati drama ini. Teruskan menonton ya.
Julai 17th, 2009 at 12:56 am
salam semua
saya mencari-cari ruang dan peluang sebenarnya untuk meluahkan komen berkenaan drama nur kasih ini. Tahniah kepada kesemua tenaga produksi nur kasih sehingga ia berjaya ditayangkan dan syabas juga kepada tv3 kerana bijak memilih yg terbaik untuk menghargai sokongan peminatmu sejak 25 tahun yg lalu. Drama sebeginilah yg harus ditonjol dan dikongsi bersama penonton agar ia memberi input berguna dan kesedaran. selama ni dan hingga kini walaupun banyak rungutan dan komen untuk penambaikan diberi kepada tv3, namun drama dan filem yg stereotaip masih juga kerap ditayangkan malah saya selaku wakil berjuta penonton TV3 sudah terlalu muak dgn konsep sitkom yg hmpir setiap hari dan di semua saluran media prima dipertontonkan.sudah2lah tayang cerita yg takde kualiti tu. memang sangat tidak memberi pengajaran pun malah hanya cerita kosong yg tak sepatutnya wujud di zaman kita semua mengejar ilmu bukan hiburan semata.
Peminat semakin bijakmemilih yg terbaik.Fikir2kanlan.
Julai 17th, 2009 at 1:08 am
sori atas komen poyor b4.
ingatkan ke saluran yg betul le. hope org yg ada kuasa baca n take action
Julai 18th, 2009 at 6:28 pm
aku memang minat crt nie coz crt nie dapat menginsafkan orang ramai
Julai 19th, 2009 at 1:24 am
Saya suka cerita ni…best… tapi nak tanyala…
Cerita ni diadaptasi dari novel ke? Novel apa?
Cerita ni, perlu ditonton…rugi kalu tak tengok…penuh emosi…tak sabar nak tunggu apa yg terjadi pada adam & nur seterusnya.
Julai 19th, 2009 at 10:55 am
citer ni mmg best sgt2.. t’kndung bnyk msj yg boleh mndinsafkan org rmai
Julai 20th, 2009 at 8:06 pm
Julai 20th, 2009 at 10:02 pm
bez gile cite ni, aq suke…tntg pgorbanan seorg isteri…
Julai 20th, 2009 at 10:06 pm
tp…yg sedey bile tgk pmpuan tu x hepi hdup die…..
….. wat aq t’kesan ng jln crita ni…bez jgk tgk colour effect die mmg terang, colourful..
Julai 25th, 2009 at 9:15 pm
salam teman2 sume.. n utk aidil x.. btol3 cter nur kasih ni mmg meruntun jiwa n best..wat pngarah2 kat mlysia ni dihrpkan watlah cter yg b’unsurkan keagamaan jgnla asyk wat isu isu sosial remaja je. tak sume remaja cm2.. ada byk lg remja yg CINTAkan AGAMA ISLAM..
Julai 25th, 2009 at 9:19 pm
Pada awalnya saya juga tidak menggemari drama ni.. maklumlah agak lembap dan penuh dengan iklan..
. Tp akhir2 ni ianya begitu touching hati dan perasaan.. tak sabar menanti episod seterusnya…kata-katanya begitu dlam..
Julai 26th, 2009 at 2:49 pm
o yeah.
memang sangat best ouhh.
Julai 27th, 2009 at 4:33 pm
saya pun dah lama tak tgk cite melayu,tertengok lah cite ni kira ok lah tak boring, pelakon2 nya banyak bermain dengan perasaan, sesekali macam cite korea pulak, yang penting agama no.1
Julai 28th, 2009 at 8:22 pm
http://www.youtube.com/watch?v=cRcDtvbNhrI
cube lihat dan dengar lagu utk watak nur amina =)
Julai 29th, 2009 at 4:32 pm
lagu tu memang lah ada mesejnya tapi bila dengar macam berserabut aje tak berapa ngam lah,tak tahu lah kot bila nanti dengar acap kali baru ada uump!
Julai 29th, 2009 at 11:52 pm
cite ni memang best gler.kalo bleh kuarkan dlm bntk dvd or filem.comfirm dapat sambutan hangat
Ogos 1st, 2009 at 3:03 pm
cite ye mmg best….i like it
sdey ble tgk istri yg tdk dipedulikan…aku respect la kt cite n
mnyentuh perasaan
Ogos 1st, 2009 at 8:33 pm
salam,,,
cite niyh mmg best pon…
best sgt2,,,
Ogos 2nd, 2009 at 3:41 pm
nur kasih.. memang best dan meruntun jiwa
Ogos 2nd, 2009 at 3:46 pm
bila gaknye produksi nur kasih nak kuarkan drama ni dalam bentuk DVD. rasa relax tengok drama nie… penuh mesej…
Ogos 2nd, 2009 at 4:58 pm
kenapa lame sangat download drama nur nie:-| ..
Aidilx Reply:
Ogos 2nd, 2009 at 8:18 pm
based on speed internet anda
Ogos 2nd, 2009 at 11:38 pm
citer nie memg lain dri yg lain..btul too..kalu citer nie wat tiap2 ari lgi gmpak..
Ogos 3rd, 2009 at 2:19 am
ada gak lg citer melayu yg macam ni…maklum la citer kt tv sekarang banyak sangat merapunya…nur kasih citer yg penuh pengajaran,yang baik jdkan tauladan,yang buruk jdkan pengajaran…harap2 ada banyak lg citer2 yg mcm ni…drama yg merapu2 mcm citer2 hantu yg entah apa-apa entah tu x payah ada pun x pe…gantikan dengan citer nur kasih ni…2x seminggu mesti lg best….
Ogos 5th, 2009 at 12:04 am
Alhamdulilah masih ada pengarah melayu yang ingin membangunkan citer berbentuk keagamaan yang penuh dengan unsur nilai murni untuk tatapan semua masyarakat di Malaysia.citer ni….memg best sangat…………….
Ogos 6th, 2009 at 5:33 pm
Bagi aku citer nih watak masing2 ade kekuatannya,..kita selalu dihidangkan dgn citer2 stereotaip tentang kisah melayu yg berhadapan dgn konflik kluarga sperti golongan2 org atasan yg berebut kuasa, kisah suami nak kawin lagi satu, kisah percintaan 3 segi, masalah sosial remaja, bohsia, mat rempit dan sebagainya…tetapi citer Nur kasih menggambar setiap pengorbanan yg yg di lakukan oleh insan yg bergelar ibu, ayah, abang Isteri malah sahabat turut ditunjukkan dan ini adalah sesuatu yg belum pernah di lakonkan dlm mana drama melayu tipikal dlm cara yg berkesan dan memberikan impak yg mendalam pd setiap penonotonnya.. malah watak katrina yg dilakonkan oleh Sh. Sofia juga harus di puji kerana berjaya menghidupkan karakter sbg isteri kedua yg naif tentang agama Islam tetapi ingin mendalami Islam dgn caranya sendiri..walaupun secara luarannya Katrina seorang yg kasar berlawan dgn watak Nur yg lemah lembut ttpi katrina sbnrnya seorg wanita yg dpt memberikan saingan yg hebat pd Nur dari segi kasih sayang sebagai isteri dan juga naluri keibuannya. tetapi kita sebagai penonton terlalu tenggelam dgn kebaikan dan kelembutan Nur hinggakan menafikan betapa pentingnya watak Ktrina dlm cerita ini..walau apapun, Nur Kasih tetap drama yg unik dan seharusnya dikekalkan genre seperti ini di kaca tv …Tahniah..
Aidilx Reply:
Ogos 7th, 2009 at 7:45 pm
Betul! Saya setuju dengan pendapat anda.
Ogos 7th, 2009 at 4:12 pm
citer nie mmang best gler…
aku xleh miz tgok cter nie.
Ogos 7th, 2009 at 10:05 pm
Ogos 7th, 2009 at 10:41 pm
baru lps tgk nur kasih kesian kat semua yg jadi mangsa keadaan
Ogos 7th, 2009 at 10:50 pm
Citer ni best dan syahdu…aku memang minat giler ngan citer ni…em…apalah agaknya jadi sekiranya ianya realiti….
Walaubagaimanapun aku memang minat giler nagan watak adam dan aidil. Dua adik beradik yang mempunyai watak dan berbeza. Syabas kepada penulis skrip dan director serta para pelakon yang berkaliber menjayakan drama ini….
Ogos 8th, 2009 at 2:09 am
x sabar nak tgk episod minggu depan,tgk dari sedutan minggu depan,kat mengalami tekanan perasaan…x best la watak si sarah tu(adik nur),bertudung tp gedik sangat..menyampah pun ada…x faham2 yg aidil x nak kt dia…apa la jd kt budak ni last2 citer ni…
Aidilx Reply:
Ogos 8th, 2009 at 11:00 am
Watak Sarah tu mmg wujud dalam masyarakat kita.
Ogos 12th, 2009 at 2:43 pm
Mmg best giler..x sabar nak tgu episod yang seterusnya..
Ogos 12th, 2009 at 5:37 pm
walamk i like this story..
Ogos 15th, 2009 at 10:34 am
criter ni mmg best..ermm…tq utk kabir coz buat criter yg terbaik…
Ogos 16th, 2009 at 8:24 pm
citer ni mmg sgt2 best.. ms mula2 tgok aku tpikir, ada lagi x prempuan mcm Nur skarang ni.. pastu aku pun search la Tiz Zaqyah kat google…
…. kecewa diriku…!!
Ogos 17th, 2009 at 5:26 pm
Ogos 17th, 2009 at 5:27 pm
apa lah komen di atas nie.. semua positif jak.. woi! kritik lah drama nur tu… filem nya yang terlalu banyak konflik.. buat sakit kepala jak.. poyo benor..hehehehe
Ogos 23rd, 2009 at 8:44 am
sy x dpt buka episod 13 w/pun dah berjaya download. nape ye
Ogos 23rd, 2009 at 9:08 am
isteri seperti saidina khadijah! tapi sebenarnya Nur biasa aje. wanita Islam yang biasa, baik tetapi masih byk perlu diperbaiki….
pelik lelaki spt Aidil digambarkan berilmu, berciri khalifah tetapi menyukai wanita spr Nur… baik tetapi…
Teknik cahaya dan kamera memang menarik, ini style pengarah. Pengarah belajar teknik mengarah bukan main action aje.
watak yang berkesan watak mak jah, watak 3 utama Nur Adam Aidil masih ada ruang utk diperbaiki. maksudnya .
Adam…baik ngan jahat sama aje. ha…haa..ha.
tapi saya sukakan drama ini cuma spjg ramadhan maaflah tak dapat tgk. Terawih tunggu lps ramadhan br tgk balik. TQ pd rakan yang upload dlm internet.
Ogos 23rd, 2009 at 10:01 pm
assalamualaikum,bagus cite nie saye suka.chayok2….(ooooooo)
Ogos 28th, 2009 at 3:29 pm
citer nie best giler….sue mmg suke sgat citer2 yang berbentuk cm nie…citer cm nie slalu buat kan kita terfikir bagaimana jika kita dlm setiap situasi yang ada dlm cite nie…
Ogos 29th, 2009 at 1:16 am
Seorang lelaki seperti saya pun boleh tersentuh hati dengan citer Nur kasih ni….
Setiap sesuatu ketentuan Allah itu pasti ada hikmah disebaliknya. Itulah yang dapat saya sulamkan dari citer ni dan diharapkan masyarakat malaysia kembali kepada nilai-nilai murni seperti yang terdapat dalam drama ini…
Syabas pada semua yang terlibat.
September 3rd, 2009 at 4:20 pm
apa kata lps hbis je epv cite nur kasih nie, buat lg citer yg berunsurkan cinta, kasih pada kekeluargaan,keagamaan?
Barulh masyarakat dpt terapkan nilai2 yg baik utk kehidupan semua….
September 3rd, 2009 at 4:24 pm
**Utk penulis2 skrip nie, ckup2 lh buat cerite HARTA,PEREMPUAN, MEKAP TEBAL, KUASA,BULU MATA PALSU…. so watch out!!!!!
September 3rd, 2009 at 4:37 pm
Nur Kasih mmg best giler… tp
Sarah psiko rrrrrrr….gerammmmmmm:[
anywhere, cgr2lation to Khabir Bathia n ure team work… excellent job. This is a “DRAMA OF THE YEAR” from TV3
September 5th, 2009 at 9:00 am
i kesian pada si abg dan tgok muka abang aidil pun dah nak nangis sedih begitu tapi sebagai abang dia tabah dan relax je. good story tak pernah i nak tengok cerita2 melayu ni especially cerita rebut2 harta ni dan tokoh2 koporat ni
September 7th, 2009 at 5:25 am
mmg kna ada sesetengah kaum pompuan yg di tdk adilkn kaum lelaki
supaya~ lelaki lain terdetik utk x bt mcm tu. pompuan supaya dia tabah xpon bersyukur dn lebih menghargai klau2 dia jumpa lelaki lain nanti
September 12th, 2009 at 2:38 pm
bez r ctew ney…kwn2 i pown mnat ctew ney… syokk r…
September 12th, 2009 at 10:34 pm
E16
http://www.megaupload.com/?d=CEJF78BA
Aidilx Reply:
September 12th, 2009 at 10:39 pm
terima kasih untuk link alternatif tersebut.
September 12th, 2009 at 11:25 pm
nanti klu ade mase saye akan send link utk semua episod.. saya cuba .. uplaod di meagvideo supaya senang kepada mereka yg xde account tv3..
September 13th, 2009 at 3:00 am
untuk sape2 yg nak simpan buat collection download episode 1 hingga 16 di sini:
http://www.megaupload.com/?f=HT786SLQ
utk tgk online; saya sedang upload di megavideo; link coming soon.
September 26th, 2009 at 3:31 pm
salam…
.kawan saye ade recommend sroh tgok mlalui aidilx.com neh….

adduii..saye mmg minat gle2 cte neh..
tapi saye dudok kat ostel n banyak sgt miss..
tp apsal ble download xdpt tgok??
boleh x ajar step by step??
Aidilx Reply:
September 26th, 2009 at 7:00 pm
kena gunakan media player classic dan sewaktu dengannya.
kalu guna player biasa dengaq sora jelah :O:
September 27th, 2009 at 1:27 am
salam…
nape x bole pn nak download…
asyik kate ‘download limit had exceeded’ dengan ‘our IP address 203.82.92.147 is currently downloading a 183128198 byte RAR file.’.
tulun2…
Aidilx Reply:
September 27th, 2009 at 9:58 am
you guna celcom broadband kan? masalahnya camtulah disebabkan celcom BB ni menggunakan sharing IP. Kita lum download pun dikatakan sudah download file tersebut. Nasihat saya, gunakan streamyx untuk download untuk mengelakkan anda lemah semangat semasa menyedut.
September 29th, 2009 at 7:07 am
after d/load saya bkk dh bukak gn wndw media classic..tapi cm ada bunyi,no video.mengapa??
Aidilx Reply:
September 29th, 2009 at 7:06 pm
harap baca komen2 sebelum sebab ada sesetengah pembaca ada yang membantu.
September 29th, 2009 at 11:59 am
nape x kuar lagi ep 18??????
Aidilx Reply:
September 29th, 2009 at 6:52 pm
cik ada tengok nur kasih tak minggu ni? cik rasa kami bleh kuarkan ke episod 18 kalu lum ditayangkan?
Oktober 1st, 2009 at 11:24 am
saya mint sgt ctew neyh..tp xley tgk ah……..
i luv NUR KASIH!!!!!huhu..
classmate sy sume mint..
Oktober 1st, 2009 at 11:28 am
sy x minat pon citer nih..
tp ble kwn sy ajak tengok..
saya layan je lah..
plakon nye ok lah.. tapi sy x ske plakon utama 2 ble kat lua..
sy x ske sbb dye kat lua cam beza gler dr atitude dye dlm cter 2..
saya nak yg same dkt dlm n lua baru r rmai yg ske tgk cter 2..
Oktober 1st, 2009 at 11:33 am
powcek
odd
kinah
nacan
wawa
qisti
rosma
wok
yus
buya
ima
waqi
alya
syamil
ainul
zigwie
atie
prokya
nad
akil
fido
muaz
dolah
abu
said
syade
oyen
omar
akim
rahmat
krowl
wan
aidit
aziyak
kami SATU KLAS mmg gler cter neh nak mampppp….
arap tros maju n tengs sbb bagi pluang ktorang dpt tengok cte neh mlalui blog awak….
Aidilx Reply:
Oktober 1st, 2009 at 1:16 pm
terima kasih di atas sokongan anda semua
Oktober 4th, 2009 at 12:34 am
cite ni buat saya teringat drama korea yang bertajuk BEUTIFUL DAYS lakonan choi ji woo dan lee byun hun, bukan sebab jalan cite nya sama tapi bila tengok hero dan heroin nya hati pun dah mula rasa sedih, tapi yang tak syok sikit lagunya tak berapa ngamlah tapi cite ni memang best.TAHNIAH kepada tenaga produksi dan untuk semua yang terlibat.
Oktober 7th, 2009 at 6:26 pm
salam…bagus2 olahan en. pasal ctr nur kasih ni…
ctr ni bagus klu kte x tgk or tau sape dri plakon itu sbnar diluar..
sy pminat ctr korea..lps tgk ctr nur kasih ni, sy rse ctr ni sme cm ctr2 korea brkaitan cinta…tu psl la sy ske ctr ni…tp yg sy puji ctr ni bnyk trbitkn unsur2 agama dlm elemen cinta…very good..brkenan trus je kawin…krana cinta ego trtewas..haha
sy agk knl ng pgarah kabir ni..prnah ctr die sbiji ctr korea..first love..hehe ok la..justbg komen je8)
Oktober 10th, 2009 at 1:33 pm
hye….cter nie mmg best gler..mcm nvel.cter nie mmparkn ksah cnta sjati..wlupn byk knflik tp akhrnye brsatu jgk..bella hrp ksah hdp bella mcm nie la sbb nie la bru di ktakn tRue lovE…hrp cter yg mpnyai nilai cinta & pngrbnan mcm ni dpt dihsilkn lg pd mse akn dtg..ok bye3
Oktober 10th, 2009 at 1:53 pm
errmmm..citer nie mmg best giler…cayer la director nur kasih…….bg sye, biler kiter k’hilangan org yg kiter cyg…bru kiter sedar yg s’mmgnya ore 2 cgt b’mkna bg kiter…..peace gurlz hope ponton akn heppy tgok citer nie….tatataaaaaaaaaaaaaaa………………………….
Oktober 15th, 2009 at 9:54 am
sy suke cite ni..bnyk elemn2 keagamaan & kasih syg..
mmg ptt tgk la..mcm kte plak jd nur nye,hehe..:)
btol gak..pas kite hlg org y kte syg, bru tau kte syg gle dkt org 2..
hrp2 org d laut bley bkak mata…
plkon2 nye pon best..y plg xthn adik nur 2 la..getik die mjadi,
xde dvd ke? klu xde nk dwnld la,huhu..
Oktober 19th, 2009 at 2:44 pm
jumaat minggu lepas sgt2 la wat sy rase terharu kerana pengorbanan seorang wanita yg sgt2 penyabar dan berjiwa tenang…
Oktober 20th, 2009 at 3:34 pm
Cerita ape nih??tak pernah dengar pun…best ker??..mcm tak best jer..
Oktober 20th, 2009 at 3:50 pm
best aper citer nihh..habis masa ja tengok
Oktober 22nd, 2009 at 9:32 am
Best…….lagi best dari citer ayat2 cinta..
Oktober 25th, 2009 at 9:27 pm
tu pasal nama kau dark evil tak de perasaan langsung
Oktober 27th, 2009 at 10:10 am
hakikat yang sebenarnya, perjalanan hidup Nur kasih pernah terjadi dalam kehidupan seorang manusia yang bergelar sahabat…. hal ini memang terjadi kepada insan yang bernama wanita. cuma, dalam drama ini, Nur rela dimadukan sedangkan sahabat sanggup melepaskan insan yang disayangi hanya semata-mata ingin melihat orang yang disayangi bahagia bersama pasangannya yang seorang lagi….
Aidilx Reply:
Oktober 27th, 2009 at 1:54 pm
Masya-Allah, sampai begitu sekali pengorbanannya?
Andai pengorbanan demi kebaikan, insya-Allah akan ada kebaikan untuk sahabat tersebut.
Oktober 29th, 2009 at 7:53 pm
Cerita tu diterbitkan oleh production house cina(JV MEDIA,Farscape) syarikat tu buat cerita untuk orang melayu, tapi tauke dia
(cina lee..) diskriminasi hujung tahun orang cina saje dapat bonus dan kenaikan melayu&tarak, aku dah malas nak tengok cerita tu buat sakit hati je bila tau diorang buat macamnie, rasa kite orang melayu diperbodoh-bodohkan, lantaklah macam mana baik sekalipun MESEJ YANG HENDAK DISAMPAIKAN SEMUA TU HANYA DRAMA SAHAJA, P.S ini bukan propoganda perkauman tetapi betul2 berlaku depan mata. F.Y.I aku tak kerja kat sana tapi aku tau laa..
Oktober 30th, 2009 at 2:27 pm
tu la masalah melayu…..idup selalu di perbodohkan….dah la….dalam politik melayu melayu islam islam nak gaduh……kuang asam tol……
Aidilx Reply:
Oktober 30th, 2009 at 7:27 pm
komen xda kaitan dengan topik Nur Kasih.
sila komen di artikel yang berkenaan.
Oktober 31st, 2009 at 9:06 pm
The best drama had i watched
at 1st nt realy like, but just watching with my friend..
SoooooOOooo goooOOd…..
Oktober 31st, 2009 at 9:08 pm
upppsss…lagi 1..suka tgk aidil lam cte nie..cOool aje, ayu raudah cute gilerrrrr….:D
x suka adam cOz poligami….
Oktober 31st, 2009 at 9:10 pm
wahida cakap….
lakOnan sarah sangat berkesan..jahat sunggguhhh…
Aidilx Reply:
Oktober 31st, 2009 at 9:17 pm
Itu betul. Lakonan dia mmg berkesan. Bukankah itu lebih baik daripada melakonkan watak baik tetapi tidak mampu memberi impak kepada penonton.
Watak Sarah itu sebenarnya mengajak kita berfikir sebab dalam realiti kehidupan sebenarnya memang terjadi watak sebegitu.
November 3rd, 2009 at 4:04 pm
ya suke tgk fizz fairuz dlm citer ni
mula2 menyampah gak tgk remy ishak tp
bila dia dah jadi baik perhhh leh cair..;)
November 4th, 2009 at 10:31 pm
November 6th, 2009 at 1:58 pm
salam…citer ni mmg best sgt…tp mmg betul semua org simpati dan tenggelam dek kebaikan nur dan tidak kesah dgn kehadiran katrina atau de dianggap gangguan hebat untuk rumah tangga adam dan nur. tp kadang2 sedarkah kita sebenarnyer katrina hanyalah mangsa keadaan akibat tindakan adam dan katrina juga seorang yg terkena tempias sebagai org yg tak patut hadir di antara nur dan adam. adeq ckp berdasarkan pengalaman..kerana adeq sdri mengalami apa yg katrina alami tapi bezanya belum smpai ke thp berkahwin lagi..kdg2 cerita ni wat adeq menangis setiap kali tgk…dan terfikir adakah masih ada ruang untuk diri ni dlm hidup seseorg yg bergelar suami..tp watak katrina, sesungguhnya pemergiannya bukan la satu kesudahan yg baik walaupun ramai yg suka dengan ending katrina dijemput-Nya.
November 6th, 2009 at 3:27 pm
five star…
i like remy ishak…
wish you’ll good luck…
November 6th, 2009 at 10:22 pm
ahaaa
siyes cite ni best
aku pon sbenarnye bknla minat sgt nengok cite2 mlayu zmn skang
coz kdg2 cite tah pape je
byk lak wat cite yg merepek2 n tekinje2 n tegedik2 uhh
buang mase je nak tgok
November 6th, 2009 at 11:25 pm
betol2..
hahaha
November 7th, 2009 at 9:35 am
citer nurkasih mmg best bah!!
tapi member2 sy x mau layan pula..so kena layan sendiri..tu pun kena download..coz kolej kediaman sy x ada tv..hehehe
apa2 pun jangan tgk jah yg paling pntg adalah kita ambil ikhtibar dari citer tersebut…
November 7th, 2009 at 9:40 am
citer ayat2 cinta mmg best..tapi asyik support citer indon jah x syok lah..
sokonglah drama n filem melayu,baru nampak identiti melayu 2 sikit!!!
sy mix melayu pun tatap sokong drama melayu..
chayo2 nur kasih
November 7th, 2009 at 9:04 pm
salam
aku mmg setuju dgn pendapat post atas ni
aku pun hampir putus asa dgn pengarah2 filem kat malaysia ni
asek2 citer tah pape je
kat malaysia ni,dorang patut perbanyakkan cerita2 mcm nur kasih ni
banyak menerapkan unsur2 agama islam,cinta dan keluarga
baru lah dpt jadi teladan yang baik untuk remaja2 mcm kita ni
ini cerita Bohsia lah,itu lah,haizz,sedih aku tgk
anyway aku nak cakap tahniah gak kepada semua tenaga produksi yang tlh buat cerita ni
skrg ni aku tgk pg mane2 je mesti citer ni tgh jadi bualan orang ramai
dorang dah berjaya sampaikan message yang dorang nak sampaikan kepada rakyat malaysia,harap msg tu x diabaikan gitu je
November 8th, 2009 at 2:49 pm
kabir bhaktia tuh indonesian..nnti dorang claim kte amek director dorang laks…indonesian directors byk yg gempaq2…kite kene search a new one after arwah yasmid ahmad
Aidilx Reply:
November 8th, 2009 at 6:16 pm
erm..camna leh diklasifikasikan dia as Indonesian.. dia lahir di New Delhi.. kawen ngan orang Malaysia..
memanglah xleh bergantung dengan dia, tapi so far yang lain kurang menonjol.. pengarah muda pun lum dikuarkan sepenuhnya..
November 9th, 2009 at 1:08 am
Owh sori salah,ade dis indonesian director name nk dkat same,hopefully young director dibagi peluang utk buat good dramas dan tak tipikal melayu
Aidilx Reply:
November 9th, 2009 at 7:36 am
So next time be careful. Kang kena saman ngan khabir plak, salah informasi sal dia.
November 11th, 2009 at 1:57 pm
rajin betul aidil komen,mantap,hehe,buat ar reunion fan2 nurkasih ke bro?boleh?
Aidilx Reply:
November 12th, 2009 at 1:05 pm
Insya-Allah.
November 13th, 2009 at 10:17 pm
waaaaaaa!
da semaken tensen tgok cite nit
tensen coz kalo buleh nak taw ksudahan cite ni cepat2
hahaha
November 14th, 2009 at 1:00 am
mn linknyer??
xder pn,waaaaaaaaaaaaaaaaa
Aidilx Reply:
November 14th, 2009 at 6:21 am
Link apa ko cari? Nak sedut? Salah stesenlah. Nak salahkan aku ke nak salahkan diri sendiri? Cuba tengok betul² kat mana nak sedut Nur Kasih.
November 15th, 2009 at 8:43 pm
SAYA ADALAH PEMINAT DAN TELAH LAMA IKUT SETIAP HASIL KARYA KHABIR BHATIA BAHKAN SERING SAYA BANDINGKAN DENGAN KARYA YASMIN AHMAD(MUNGKIN DAPAT GELARAN DATO KOT LEPAS NI).MEMANG TIDAK DINAFIKAN KARYA BELIAU TERUTAMA DALAM PENGOLAHAN JALAN CERITA,SINEMATOGRAFI SERTA TEKNIK-TEKNIK PENGARAHAN YANG JELAS HAMPIR SETANDING DENGAN PENGARAH HOLLYWOOD SEPERTI STEVEN SPIELBERG.SO MR KHABIR PLS KEEP UP THE GOOD WORK..ADIOS
*KEPADA LAIN-LAIN PENGARAH MELAYU JANGAN HANYA SYOK SENDIRI SAHAJA.KINI AFDLIN SHAUKI SAYA NAMPAK KEBOLEHAN BELIAU.INSYAALAH BELAIU PASTI AKAN BERJAYA KELAK..
November 16th, 2009 at 12:35 pm
salam….hye..sy nie pminat drama nur kasih..
.memg best la cter nie….best tgok lakonan tiz,remy ishak,fiz fairuz….tp yg x than nye adik si nur tue..
..mengade2 btl…..tp nseb tue cuma lkonan smata2…hehehe.
..sy arap drama nie mdpat smtan oleh sume pnonton yang minat drama nie…..smoga berjaya……
.
Disember 2nd, 2009 at 1:11 am
salam
for me,
this is the best MALAY production since PGL ( Puteri Gunung Ledang )
the message in this drama is deep and make us as Hamba ALLAH thinks about what is the right path for us and the true meaning about sacrifice.
sincerely, i’m enjoyed watching Nurkasih
5 stars goes too aidil, adam, nuramina and sarah…
10 stars goes too director ( Khabir Bhatia ) n script writer coz what u guys did produced was brilliant n beautiful…
Aidilx Reply:
Disember 2nd, 2009 at 10:00 am
I’m happy if you’re happy.
Disember 2nd, 2009 at 1:56 am
Benar kata saudara. Drama nie mmg best. Len dri yg len. Satu unsur yang paling best ialah unsur keagamaan yang begitu indah. Kehidupan keluarga islam yang benar2 mengikut landasan syariah. Pengorbanan cinta seorang abang demi adiknya. Benar2 membuatkan aku menitiskan air mata. Mesej2 yang diselitkan tentang agama dan budaya,tentang keinsafan,tentang apa itu islam;bukan sekadar menutup aurat dan sembahyang(petikan kata2 dari drama ini).
semoga dengan keluarnya drama nie,pengarah2 di malaysia dapat membuat anjakan paradigma supaya mengeluarkan drama2 yang lebih mempunyai nilai2dan bukan hanya coretan sekadar hiburan…
Aidilx Reply:
Disember 2nd, 2009 at 10:01 am
Memang banyak drama mula bergerak/menyelitkan unsur keagamaan begini. Selepas ini, jangan lupa menonton Alif Firdaus.
Disember 2nd, 2009 at 2:04 am
Kalau cari keburukan keburukanlah yang akan kita nampak, kalau nak cari keindahan insyaallah Allah akan tunjukkan…
Hiduplah dengan nama Islam jangan obses dengan kaum…
Disember 2nd, 2009 at 4:43 pm
Dapatkan set DVD ‘Nur Kasih’ melalui pembelian secara online dan nikmati diskaun20% dari harga asal RM99, sebanyak RM79.20 (tidak termasuk kospenghantaran).
Layari http://www.tv3.com.my/nurkasih sekarang!!
Disember 3rd, 2009 at 8:00 am
Huhu, baru habis siaran episod terakhir dah keluar DVD. Mesti berebut2 orang beli.
Disember 3rd, 2009 at 8:08 am
Drama Nur Kasih mmg best. Tak salah kalau saya katakan drama ini berjaya menarik minat bangsa lain selain peminat melayu. Ada rakan2 saya berbangsa Cina menonton siri ini.
Dekat dengan realiti, plus dialog yang hebat.
hopefully, kalau keluar filemnya nnt, masih mengekalkan ‘wow’ factor mcm dalam siri dramanya.
Disember 3rd, 2009 at 10:52 am
YESS CERITA TU MEMANG BES SANGAT! BELILAH SET DVD NURKASIH YG ORIGINAL YER.. BOLEY BUAT COLLECTION DAN KENANGAN DI RUMAH..
DENGAN SETIAP PEMBELIAN DVD NI.. ANDA BOLEH MEMENANGI HADIAH ISTIMEWA DARI GINTELL
UNTUK LEBIH MUDAH BELI MELALUI ONLINE SAJE…
Disember 3rd, 2009 at 8:57 pm
salam,citer ni memang menarik,ambil mesej yg disampaikan,dapat mengubat hati yg tidak di dalam kesenangan dan mencari jalan yang benar dan sempurna,taoi kita harus juga ingat kerana jalan yg perlu di cari mesti lah dalam keredhaan ALLAH….
Disember 4th, 2009 at 9:52 am
yup..cerita ni byk memberi pengajaran….. dan jalan cerita nya sangat menarik.. dari org yg xtengok cerita mengenai keislaman dan cerita melayu, terus jadi peminat setia..
jangan lupa beli set DVD nur kasih yg original… jgnla download jer.. sokongla industri perfileman tempatan k..
Disember 5th, 2009 at 12:18 pm
citer nie mmg bez giler
rugi tak tgk….
Disember 5th, 2009 at 12:22 pm
yang penting byk iktibar yang kte dpt dr citer nie……..,,
Disember 7th, 2009 at 2:29 pm
SERTAI PERADUAN NURKASIH SEKARANG!!
ANDA BERPELUANG UNTUK MEMENANGI SET LENGKAP DVD NURKASIH YANG BERNILAI RM99!
LAYARI http://www.gua.com.my/Entertainment/Contest.aspx
Aidilx Reply:
Disember 7th, 2009 at 3:03 pm
Jurucakap pihak gua.com.my rupanya ni eh? Terima kasih untuk informasi berkenaan.
Disember 7th, 2009 at 4:03 pm
hihihi… sama2…
jangan lupe beli DVD nurkasih melalui online atau dapatkan borang
pesanan melalui berita harian
kerana ia tidak terdapat di pasaran.
Disember 8th, 2009 at 10:27 am
KEPADA PEMINAT SETIA TIZ ZAQYAH DAN UMMI NAZEERA
KUNJUNGI LAMAN WEB Starchat Nur Kasih -Tiz Zaqyah & Ummi Nazeera
UNTUK MENYERTAI STARCHAT SECARA LIVE BERSAMA MEREKA
BERMULA PADA PUKUL 2PM-3PM HARI INI!!
Aidilx Reply:
Disember 8th, 2009 at 10:45 am
Lebih sesuai komen kat http://www.aidilx.com/nurkasih
Disember 13th, 2009 at 11:46 am
aik?? kt mne nk download drama ni??hr 2 kan aDE???
da buang kew??nak download laaa
Aidilx Reply:
Disember 13th, 2009 at 1:40 pm
Saya dah pindahkan ke tempat baru. Insya-Allah, akan diberitahu kelak. Harap bersabar ye.
Disember 13th, 2009 at 5:27 pm
waaaaa :’( cpt2 inform..
Disember 14th, 2009 at 2:33 pm
Salam…
sy dlm kebingungan nih…..
3 minggu sy berehat dr melayari blog ni telah berlaku sesuatu yg PELIK!!!!
tolong tolong mane nk donlod cite nur kasih..
sy lom smpt donlod lg 2episod cz bz 4 exam..
baru rini stat kje balik…
plz plz plz do somtink!!!!
Aidilx Reply:
Disember 14th, 2009 at 2:43 pm
Saya ngah buat kemaskini untuk blog ni. Nur Kasih tu tak ke mana-mana. Insya-Allah, akan dipaparkan semula di blog ini.
Disember 14th, 2009 at 3:11 pm
oooooooo…. ilang jap darah td.. nk nangis pn ade…
ok sy tunguuuuuuuuu!!!!!!!!
Aidilx Reply:
Disember 14th, 2009 at 3:17 pm
Nur Kasih sudah diletakkan kembali ke tanah tumpahnya.
Disember 14th, 2009 at 3:45 pm
ok tenks alot…
hrp2 kekalkan lame cket kat cni cz amek mase nk donlod
Aidilx Reply:
Disember 14th, 2009 at 4:03 pm
Insya-Allah, Nur Kasih akan dikekalkan. Sementara, movie etc akan dipindahkan ke rumah baru.
Disember 17th, 2009 at 7:08 pm
tq
Disember 17th, 2009 at 11:12 pm
lu orang semua poyo jer…tengok cerita tak berkualiti…hampreh punya cerita…apekebenda la….&%^*%#%^&..hidup man u…haha…
Disember 23rd, 2009 at 2:53 pm
Let’s starchat with Fizz Fairuz & Ayu Raudhah at 5pm to 6pm today!!
log on to http://www.gua.com.my/starchat_nurkasih/