Nur Kasih: Nilai Cinta & Pengorbanan

Kredit khas: Nur Kasih TV3

Pada asalnya, aku tidak begitu teruja untuk mengikuti slot drama ini di TV3. Entah kenapa, mungkin rasa ‘diseru’ untuk menonton drama ini maka aku mula menggagahkan diri merapati kaca televisyen minggu lepas. Tambahan pula, seorang sahabat di negeri Datuk Maharajalela tampak beriya-iya mengajak aku menonton drama ini. Nur Kasih jauh berbeda dengan drama Nur Kasih yang pernah disiarkan di RTM suatu masa dahulu. Nur Kasih yang ditunjangi oleh Rusdi Ramli lebih berkonsepkan cinta kampus (pandangan peribadi) dan runut bunyinya diambil daripada lagu Nur Kasih (In-team). Jadi, apa istimewanya drama ini sehingga menjadi buah mulut dan butir bicara mereka?

Secara jujurnya, aku tidak begitu gemar menonton drama atau filem Melayu. Bukan semua cuma sebahagian drama dan filem sahaja. Aku bukan menidakkan kemampuan dan kejujuran pengarah drama tempatan sekarang di dalam menghasilkan karya mereka cuma ada kalanya drama dan filem yang disajikan terlalu stereotaip. Katalah aku apa saja tetapi itulah hakikat yang perlu kita hadapi.

Khabir Bhatia, pengarah muda kelahiran New Delhi telah membuka jalan baru bagi industri perfileman dan drama tempatan. Hasil kerjanya begitu aku senangi. Sudah pasti kamu teringat akan filem Cinta, Sepi, Setem, Kekasih Kuseru dan yang terbaru, Nur Kasih yang merupakan olahan kreatif beliau. Pada pandangan aku, beliau seorang yang dalam bijak mencari dan membidik pemikiran penonton. Bahkan bukan itu sahaja, bagi aku beliau pandai bermain dengan alam atau persekitaran. Buktinya, sinematografi yang digunakan di dalam drama Kekasih Kuseru dan Nur Kasih ini ternyata memberi impak yang berkesan kepada karyanya.

Tidak adil memberikan pujian hanya kepada pengarah Nur Kasih ini saja. Pujian juga seharusnya dialirkan kepada insan dibelakang tabir Nur Kasih iaitu Mira Mustafa, Maizura Mohd Ederis dan Mariana Hashim di atas penghasilan skrip yang aku kira cukup mantap. Saudari Mira (seperti yang ditulis diblog saudari Maizura) mengatakan bahawa “drama ini bukan dakwah. Drama cinta dan keluarga.” Tidak kira apa jua genrenya, aku memang mengharapkan drama sebegini dihidangkan dikaca televisyen.

Jiran kita (Indonesia) telah banyak menghasilkan sinetron dan filem berbentuk keagamaan yang menerapkan unsur kecintaan dan kekeluargaan. Intipati dan mesejnya mudah diserap dan dicerna oleh masyarakat kita. Jadi, tidak salah andai kita memperbanyakkan drama dan filem sebegini kerana kebejatan sosial sekarang mula menghakis nilai-nilai kemanusian, kecintaan dan sebagainya dari dalam diri. Maka, apakah perlu kita memperbanyakkan drama dan filem yang makin menggalakkan masyarakat kepada unsur negatif?  Tepuk dada tanya minda.

Berbalik kepada Nur Kasih.

Sahabat bertanyakan kepadaku melalui es-em-es: “tidak boleh ke lelaki belajar menyayangi?.”
Jawapan berselorohku kepadanya: “Ambil masa. Kalau tidak sayang buat apa nak paksa.”

Nur Kasih mula memasuki fasa yang menyesakkan jiwa (pinjam ayat sahabat di sana). Pergolakkan hati dan perasaan yang dialami oleh Nur Amina tatkala mana kata-kata kasar Adam seringkali menghentam hati lembut seorang wanita. Demi keluarga; di atas nama pengorbanan maka dua hati ini terpaksa korbankan cinta dan ego. Masih jauh perjalanan drama ini. Sudah pasti setiap episod akan mengundang rasa ‘menyesakkan jiwa’ kepada penonton dengan pelbagai konflik yang akan berlaku kepada Adam, Aidil, Nur Amina dan Siti Sarah.

Sebelum aku tuntaskan entri Nur Kasih ini, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada tenaga produksi daripada pengarah sehinggalah kepada pelakonnya kerana telah mampu membuka hati aku untuk menonton drama ini dan untuk mencicip mesej yang cuba diketengahkan. Mudah-mudahan, mesej drama ini sampai ke hati pada setiap penonton di Malaysia. Buat kamu yang merasakan Nur Kasih ini sama seperti drama yang lain (tipikal dan stereotaip), kamu silap sama sekali!

Petikan dialog ini terlalu bermakna buatku:

“Adam dan Aidil tak sama.
Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.
Malah jadi layu.
Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…” (Hajjah Khadijah)

**Kepada yang tidak berpeluang menonton episod yang lepas, bolehlah memuatturun drama tersebut di sini: Nur Kasih. Kamu juga boleh memberikan komen atau pendapat peribadi tentang drama ini di laman khas untuk Nur Kasih. Terima kasih untuk sokongan anda pada drama ini. Selamat menonton. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 20 June '09 oleh | 5,564 Kali Ditelaah
Bawah akta Hiburan, Rebiu Filem.

Google Keyword: , , , , , , , , , , , .

209 Comments to “Nur Kasih: Nilai Cinta & Pengorbanan”

21.06.09 at 13:00
Posted by Fatin Pauzi

Cite ni memang best. Hampir sama dengan cite aku. Huhu. Tapi, tak dapat tgk online. :love:

Aidilx Reply:

:o: dahsyat sama cam citer hang. Kena paksa kawen gaklah ni eh?

Sal tak dapat tgk online plak?

22.06.09 at 01:02
Posted by etomyam

sesekali ikut gak cerita Nur Kasih ni…..kesian pulak tengok kaum perempuan di buat dek kaum lelaki

Aidilx Reply:

Bukan semua cuma sebahagian. Sebahagian besarnya memang tau nak menghargai kaum perempuan. :)

22.06.09 at 03:57
Posted by ana

aku pun suka cita..can't wait for next episod…penuh pengertian..

Aidilx Reply:

;) Kadang2 ada drama/filem yang benar2 memanusiakan penonton.

22.06.09 at 06:09
Posted by julihani

citer yg mnyentuh jiwa… xdinafikan memang ad kes2 camni skarang.. sedih gak ar pada yg telibat kes ni.. sder dape download drama ni ker..?

smlam telepas tgok la..hurmmm plezz

Aidilx Reply:

Saudari boleh tonton episod jumaat lepas di tv3 tapi perlu berdaftar terlebih dahulu :)

23.06.09 at 06:06
Posted by julihani

hihi.. camner yer..? susah tol nak daftar kat tv3 tu.. xder saper ker yg sudi download letak kat you tube ke… hurm…

Aidilx Reply:

:) Tak dapat gak ke nak daftar? Biar betul.

The best thing is daftar jelah dulu. Try. Lagipun, drama tu masih baru lagi.

23.06.09 at 16:58
Posted by nur

Asa,kum.. cite ok-ok je..tapi menyentuh hati tentang nuramina yang di paksa kawin… terpaksa menangungg semua tanggungjawab. =(

Aidilx Reply:

Walaupun ok tapi mesej itu sampai ke hati penonton.

23.06.09 at 18:28
Posted by azie

citer neh different dr citer mlyu yg len..

support nur kasih!

Aidilx Reply:

:) mmg lain dari segi penerapan mesej dan sebagainya.

23.06.09 at 19:56
Posted by hookiuyt

Salam. Memang suka bukan buat – buat pada ceritera 25 episode ini. Tak sabar menunggu malam Sabtu. Terlepas 3 episode. :(( . Hmm…memang macam cerita Korea, bercitarasa Malaysia. Negaraku! (Mungkin tidak, cuma pada aku sahaja) Nice post! :love:

Aidilx Reply:

Waalaikumussalam wbt

Kalau terlepas, boleh lagi menontonnya di Nur Kasih/TV3. Macam cerita Korea? Tang mana tu? :)

Terima kasih di atas komen saudari.

23.06.09 at 21:30
Posted by ija

cite ni bez sgt..bnyk teladan…he

24.06.09 at 06:21
Posted by julihani

ntahla.. xbleh ponn..? kena jd ahli my tv3 dulu ke..? smbody help me please…. saudara xnk download citer nie ker..?

bule gak saye tgok.. xdela susah2 nk dftar…

Aidilx Reply:

Adeh! Ada rekues khaslah plak ni..

Kalau cari kat youtube ada sebenarnya..

24.06.09 at 18:00
Posted by in_acap

hyeppp…nk chatingggg

Aidilx Reply:

nak chatting pe? tak paham.

25.06.09 at 06:17
Posted by julihani

saudara nie blaja lg ker….?????

Aidilx Reply:

:) Dah kerja. Ada gaya student ke? :o:

25.06.09 at 20:15
Posted by kamal

Jrang lyan cta mlayu xcept crita2 kbir batia.weldone!sbb x trus mmbuatkn sya bnci ngn cta mlyu.

Bkn crita besa2,bnyk suprisenye..nur ske adam sbnrnye.kretif tol..kepup good work!tahniah.''x ske ngn dirctor yg bnme prof rzak, ysof hslm,rosym nor dll.x kretif..jln cta sma,kmera kaku'':-(

Fanatik ngn hsil keja kabir.cta suma bes(mnjlara,kashku seru,frontpge,kasih suci,hrtamas)jln cta 10/10,lokasi 10,

lgting 10,soundtrk 10,pmlhan plkon 10..superb muperb.

Nape drctor len x kretif cmni..Ptotnya cita cm Sembilu tu dibaned,coz x bes.scene nr ksih pn bes2,x over. cth:cm scene ustz hasan pkol adam,nmpk smple jek tp bkesn.klu pngarah len kompem plkn tu over tpekik tllong smbl pkol ank die,nangis2,mluat.over gla..tol x?

Aidilx Reply:

Bagi aku, terpulang kepada daya kreativiti dan visi pengarah itu. Kalau dia rasa skop pengarahan dia camtu boleh attract penonton so dia akan terus mengarah dengan versi camtu.

Sebaliknya, pengarah yang kreatif dan punya visi tersendiri dia mencari sesuatu kelainan dalam pengarahan dia. Dia mencari kepuasan sendiri di dalam pengarahan dan hasil yang dia ciptakan.

Sebab itu, amat jarang ketemu pengarah sebegini. Yang ada pun (minta maaf) s.s atau mencari laba yang lebih.

My sekupang. :)

25.06.09 at 20:30
Posted by HafizAdam

promote Youtube dan Download bagi yang terlepas, wakaka

Aidilx Reply:

Saudara Hafiz Adam dari I Love Islam ke ni?

26.06.09 at 05:15
Posted by ibnmasir

dh tgok cite ni.. sinematografi mmg khabir bhatia.. salut.. dialog2 mmg de msj…

Aidilx Reply:

Hari ini, mencicip makna yang tersurat & tersirat di dalam drama ini. ;)

27.06.09 at 07:06
Posted by ayurin

citer ni mmg best..mcm cerita novel gitu..apakata kalau ctr ni dibukukan??mst lg bezz..aku rsa akhir sekali adam tu msti jth cnta gk pd nuramina,ye tak?klau dlm nvl mcm tu lah..

Aidilx Reply:

Betul. Adam kembali ke pangkal jalan setelah berlaku kemalangan kepadanya.

27.06.09 at 07:14
Posted by filla

ske ctr ni,bezz..nk jd member kt ruangan ni,bley tap?

Aidilx Reply:

jadi member ruangan ke blog ni?
boleh je. tiada masalah. :)

28.06.09 at 00:27
Posted by bridget

:love: best sgt cite ni. terselit jg nilai moral, terutama kasih syg. geram pun ada jg. mmg best la……..

28.06.09 at 01:32
Posted by julihani

camner saudara bleh tau yea ending episod tu..?

Aidilx Reply:

Baca sinopsis dia lah :o:

28.06.09 at 16:57
Posted by Nur Kaseh

Memohon kebenaran utk diedit. Saya sudah pindahkan link tersebut ke page khas untuk drama ini. :)
Terima kasih untuk perkongsian tersebut.

29.06.09 at 03:32
Posted by kuLingpapat_4ever

Tahniah sy ucapkan pada Khabir Bhatia dan barisan pelakon drama bersiri kat tv3 ni…1st time menonton cerita ini, sy dah terus jatuh hati dan tidak sabar menanti episod yang akan datang…

Berbagai perasaan dan emosi silih berganti bermain di minda sy ketika menonton cerita ni….Yang pasti rasa keinsafan itu mula bercambah dinaluri ini…

Aidilx Reply:

Alhamdulillah. Nampak gayanya mesej dia sampai kepada saudara. :)

29.06.09 at 07:14
Posted by filla

ni nak tanya,masa adam kemlgn tu,katrina apa jadik?meninggal ker?citer ni mmg bezz,tp knp lmbt sgt utk adam jth cnta pd nuramina?smpai kna prgi australia dlu..

Aidilx Reply:

:o: Kena tengok sampai penghujunglah cik adik oi. Baru dapat rasa kehangatan, ketegangan dan keterujaan drama ini.

29.06.09 at 23:58
Posted by ana mia

:love: saya memang suke tngok citer nh……tapi yg x puas ati tuh… tayangkn ar 2 ari….nk tunggu ari jumaat jek x best la…….

02.07.09 at 03:12
Posted by sofie

citer nur kasih memang best dan bermakna utk aku,..

kisah idup aku nih… sebijik.

02.07.09 at 05:52
Posted by yuhansi

syabas pada penerbit,pegarah, crew2 citer nur kasih dan special syabas buat pelakon2 nur kasih… :D

02.07.09 at 18:56
Posted by nor

salam…

tahniah atas kesempurnaan cerita ini..walaupun kisahnya masih belum berakhir saya dapat rasakan semangat dan erti satu pengorbanan dalam cerita ini…

good job… ;)

03.07.09 at 18:12
Posted by puteri syahmin

salam…

dah lama aku tak teruja nak tgk drama kat tv.. nur kasih nie memang best, menusuk ke hati bila menonton… penuh dgn unsur2 kehidupan masa kini. bagi remaja masa kini sesuai menjadikan nuramina sebagai contoh untuk menjadi wanita yang melayu yang penuh adab. nuramina gadis lemah lembut dan bertudung mempunyai ciri2 yang dapat membimbing anak gadis zaman sekarang mengikuti contohnya.

p/s terkejut dengan berita anak luar nikah yg dilaporkan di johor lebih 2000 org dalam masa 5 bulan. Masyallah…

04.07.09 at 06:19
Posted by Ummu Imtiyaz

salam..baru je habis tengok Nurkasih tadi,,mmg meruntun jiwa , naluri seorng perempuan betul.. tak sabar nak tengok apa yg nak jadi next week.

sinematografi yg sgt cantik..buleh beza hasil Khabir Bhatia dgn direktor lain..

04.07.09 at 08:34
Posted by Nur Kaseh

Ini link Nur Kasih Episod 6….
{edited}

Aidilx Reply:

Terima kasih untuk sumbangan anda :)

04.07.09 at 20:07
Posted by JUNAI

SYABAS KPD PELAKON SBG WATAK NUR AMINA KERANA BEJAYA MEMEGANG WATAK TERSEBUT.

05.07.09 at 21:43
Posted by alia

br semlm ada peluang tgk cite ni slps di promote gile2 by opis mate.. tgk kat tv3 online jek tp btol2 terharu la tgk cite nih.. tak abih2 menyesakkan dada, menggugurkan air mata…

tp tgk nur amina tuh mcm ada iras2 agnes monica la.. comey2.. huhuh… dh le lakonan dia btol2 terkesan.. aidil & adam pn sgt best lakonan diorg… tgk ust hassan tingat kat abah.. sedey2… lakonan dia sgt la mengharukan.. he's the best!

06.07.09 at 08:07
Posted by kapten

aku cilok ko nyer gambar yang ada kata2 hajjah khadijah tue…letak kat blog aku….

Aidilx Reply:

Baiklah, dengan rela hati aku mengizinkan ko mencilok.. :)

08.07.09 at 06:57
Posted by seni

salam..

tak slalau suka cerita melayu.. balik2x kisah kaya rebut harta & pempuan. Yang ini lain… lagu tema sahaja dah cukup menyentuh perasaan …. indahnya

08.07.09 at 21:21
Posted by myRaa

cdih yeak ctew niewk… =(

08.07.09 at 23:15
Posted by hayati

nur kasih best gler..rugi xtgk.. :)

09.07.09 at 01:08
Posted by haziq

citer ni best sgt…ada mesej2 tertentu.leh buat org insaf.tahniah….

09.07.09 at 01:12
Posted by fida

tahniah kpd semua pelakon2 nur kasih yg blh menjiwai watak2 mereka dgn jayanye….all the best…

09.07.09 at 07:33
Posted by azue

salam..

sebenarnya juz nak tambah and agreed as me jugak macam 'diseru' untuk tengok drama ni…hurm…dan jujur sekali me taipkan, drama ni memang ada kelainannya dan sangat menarik 'hati'..'hati' yang dulunya terkeliru….hurm…

[...] dengan lebih lanjut akan keistimewaan drama ini kerana semuanya telah aku ceritakan di dalam artikelku yang [...]

11.07.09 at 06:30
Posted by ijai unimap

aku suke kat barisan2 pelakon baru yang sgt mantap………

sebuah drama melayu yg menmpilkn kelainan selain memberi nilai moral kpd penonton…….

hepi watching………..go tiz zaqyah luv u

12.07.09 at 12:34
Posted by HafizAdam

pehal xleh reply kat atas?

xpe lah reply kat sini:

kat mana2 mesti org tnye HafizAdam iLI.

ye benar. skrg saya sedang bercuti utk menghabiskan projek2 luar dari iLI.

=)

episod 7 upped.
http://akudarahanakmalaysia.via.my/2009/06/light-…

Aidilx Reply:

Tiada masalah untuk reply atau menulis komen. Thanks coz dah memudahkan orang utk menonton cerita Nur Kasih! :)

13.07.09 at 23:16
Posted by colin

Cerita Nur Kasih memang best aku yg tak minat cerita Melayu pun boleh suka cerita nii.. Kalau cerita Melayu lain kebanyakannya terlalu Stereotaip sangat..tapi hasil kerja Khabir Bhatia memang aku minat sebab kebanyakkan drama dia tak cincai mcm drama kita yg lain..

16.07.09 at 02:13
Posted by Ziqah

i never fail to miz this drama..my favourite since drama kasih iftitah acted by julia ziegler…is it true tat this drama based on novel??if its based on novel..where to find it??Bcos in singapore..its diificult to find novel melayu…

Aidilx Reply:

Bukan based on novel, if I'm not mistaken.

16.07.09 at 02:18
Posted by Ziqah

i luv watching this drama tk pernah miss pon…bt is it true its based on a novel??if its based on novel..where to find it??cos i've been looking for it..kt S'pore pon susah nk cari kedai jual novel melayu…

Aidilx Reply:

Rasanya dah terjawab. Tahniah, kerana kamu meminati drama ini. Teruskan menonton ya. :)

17.07.09 at 08:56
Posted by norziah

salam semua

saya mencari-cari ruang dan peluang sebenarnya untuk meluahkan komen berkenaan drama nur kasih ini. Tahniah kepada kesemua tenaga produksi nur kasih sehingga ia berjaya ditayangkan dan syabas juga kepada tv3 kerana bijak memilih yg terbaik untuk menghargai sokongan peminatmu sejak 25 tahun yg lalu. Drama sebeginilah yg harus ditonjol dan dikongsi bersama penonton agar ia memberi input berguna dan kesedaran. selama ni dan hingga kini walaupun banyak rungutan dan komen untuk penambaikan diberi kepada tv3, namun drama dan filem yg stereotaip masih juga kerap ditayangkan malah saya selaku wakil berjuta penonton TV3 sudah terlalu muak dgn konsep sitkom yg hmpir setiap hari dan di semua saluran media prima dipertontonkan.sudah2lah tayang cerita yg takde kualiti tu. memang sangat tidak memberi pengajaran pun malah hanya cerita kosong yg tak sepatutnya wujud di zaman kita semua mengejar ilmu bukan hiburan semata.

Peminat semakin bijakmemilih yg terbaik.Fikir2kanlan. 8)

17.07.09 at 09:08
Posted by norziah

sori atas komen poyor b4.

ingatkan ke saluran yg betul le. hope org yg ada kuasa baca n take action :bloody:

19.07.09 at 02:28
Posted by aina

aku memang minat crt nie coz crt nie dapat menginsafkan orang ramai

19.07.09 at 09:24
Posted by aruzzah

Saya suka cerita ni…best… tapi nak tanyala…

Cerita ni diadaptasi dari novel ke? Novel apa?

Cerita ni, perlu ditonton…rugi kalu tak tengok…penuh emosi…tak sabar nak tunggu apa yg terjadi pada adam & nur seterusnya.

19.07.09 at 18:55
Posted by anis

citer ni mmg best sgt2.. t'kndung bnyk msj yg boleh mndinsafkan org rmai

21.07.09 at 04:06
Posted by syafiq afifi

:8 drama nie mmg bagus arr beb..ak sanggup blk keje awl..utk lyn citer nie..mmg superb ahhh

21.07.09 at 06:02
Posted by su e

bez gile cite ni, aq suke…tntg pgorbanan seorg isteri…

21.07.09 at 06:06
Posted by su e

tp…yg sedey bile tgk pmpuan tu x hepi hdup die….. =( ….. wat aq t'kesan ng jln crita ni…bez jgk tgk colour effect die mmg terang, colourful..

26.07.09 at 05:15
Posted by FAU91

salam teman2 sume.. n utk aidil x.. btol3 cter nur kasih ni mmg meruntun jiwa n best..wat pngarah2 kat mlysia ni dihrpkan watlah cter yg b'unsurkan keagamaan jgnla asyk wat isu isu sosial remaja je. tak sume remaja cm2.. ada byk lg remja yg CINTAkan AGAMA ISLAM.. ;)

26.07.09 at 05:19
Posted by awin

Pada awalnya saya juga tidak menggemari drama ni.. maklumlah agak lembap dan penuh dengan iklan.. :-[) . Tp akhir2 ni ianya begitu touching hati dan perasaan.. tak sabar menanti episod seterusnya…kata-katanya begitu dlam..

26.07.09 at 22:49
Posted by yaziith su anaz

o yeah.

memang sangat best ouhh.

28.07.09 at 00:33
Posted by s cu

saya pun dah lama tak tgk cite melayu,tertengok lah cite ni kira ok lah tak boring, pelakon2 nya banyak bermain dengan perasaan, sesekali macam cite korea pulak, yang penting agama no.1

29.07.09 at 04:22
Posted by supporter

http://www.youtube.com/watch?v=cRcDtvbNhrI

cube lihat dan dengar lagu utk watak nur amina =)

30.07.09 at 00:32
Posted by s cu

lagu tu memang lah ada mesejnya tapi bila dengar macam berserabut aje tak berapa ngam lah,tak tahu lah kot bila nanti dengar acap kali baru ada uump!

30.07.09 at 07:52
Posted by tini

cite ni memang best gler.kalo bleh kuarkan dlm bntk dvd or filem.comfirm dapat sambutan hangat

01.08.09 at 23:03
Posted by sara

cite ye mmg best….i like it 8)

sdey ble tgk istri yg tdk dipedulikan…aku respect la kt cite n

mnyentuh perasaan =(

02.08.09 at 04:33
Posted by yaya

salam,,,

cite niyh mmg best pon…

best sgt2,,,

02.08.09 at 23:41
Posted by melya

nur kasih.. memang best dan meruntun jiwa =(

02.08.09 at 23:46
Posted by melya

bila gaknye produksi nur kasih nak kuarkan drama ni dalam bentuk DVD. rasa relax tengok drama nie… penuh mesej…

03.08.09 at 00:58
Posted by melya

kenapa lame sangat download drama nur nie:-| ..

Aidilx Reply:

based on speed internet anda :)

03.08.09 at 07:38
Posted by zul

citer nie memg lain dri yg lain..btul too..kalu citer nie wat tiap2 ari lgi gmpak..

03.08.09 at 10:19
Posted by mamias

ada gak lg citer melayu yg macam ni…maklum la citer kt tv sekarang banyak sangat merapunya…nur kasih citer yg penuh pengajaran,yang baik jdkan tauladan,yang buruk jdkan pengajaran…harap2 ada banyak lg citer2 yg mcm ni…drama yg merapu2 mcm citer2 hantu yg entah apa-apa entah tu x payah ada pun x pe…gantikan dengan citer nur kasih ni…2x seminggu mesti lg best….

05.08.09 at 08:04
Posted by yus

Alhamdulilah masih ada pengarah melayu yang ingin membangunkan citer berbentuk keagamaan yang penuh dengan unsur nilai murni untuk tatapan semua masyarakat di Malaysia.citer ni….memg best sangat…………….

07.08.09 at 01:33
Posted by sofie

Bagi aku citer nih watak masing2 ade kekuatannya,..kita selalu dihidangkan dgn citer2 stereotaip tentang kisah melayu yg berhadapan dgn konflik kluarga sperti golongan2 org atasan yg berebut kuasa, kisah suami nak kawin lagi satu, kisah percintaan 3 segi, masalah sosial remaja, bohsia, mat rempit dan sebagainya…tetapi citer Nur kasih menggambar setiap pengorbanan yg yg di lakukan oleh insan yg bergelar ibu, ayah, abang Isteri malah sahabat turut ditunjukkan dan ini adalah sesuatu yg belum pernah di lakonkan dlm mana drama melayu tipikal dlm cara yg berkesan dan memberikan impak yg mendalam pd setiap penonotonnya.. malah watak katrina yg dilakonkan oleh Sh. Sofia juga harus di puji kerana berjaya menghidupkan karakter sbg isteri kedua yg naif tentang agama Islam tetapi ingin mendalami Islam dgn caranya sendiri..walaupun secara luarannya Katrina seorang yg kasar berlawan dgn watak Nur yg lemah lembut ttpi katrina sbnrnya seorg wanita yg dpt memberikan saingan yg hebat pd Nur dari segi kasih sayang sebagai isteri dan juga naluri keibuannya. tetapi kita sebagai penonton terlalu tenggelam dgn kebaikan dan kelembutan Nur hinggakan menafikan betapa pentingnya watak Ktrina dlm cerita ini..walau apapun, Nur Kasih tetap drama yg unik dan seharusnya dikekalkan genre seperti ini di kaca tv …Tahniah..

Aidilx Reply:

Betul! Saya setuju dengan pendapat anda. ;)

08.08.09 at 00:12
Posted by abby

citer nie mmang best gler…

aku xleh miz tgok cter nie. :)

08.08.09 at 06:05
Posted by amen

:choler: aku pnah tgk..tp awek aku ckp best…heeee. so aku wat2 pnah tgk.poyo jer… :cool:

08.08.09 at 06:41
Posted by mama dyana

baru lps tgk nur kasih kesian kat semua yg jadi mangsa keadaan

08.08.09 at 06:50
Posted by nurul huda

Citer ni best dan syahdu…aku memang minat giler ngan citer ni…em…apalah agaknya jadi sekiranya ianya realiti….

Walaubagaimanapun aku memang minat giler nagan watak adam dan aidil. Dua adik beradik yang mempunyai watak dan berbeza. Syabas kepada penulis skrip dan director serta para pelakon yang berkaliber menjayakan drama ini….

08.08.09 at 10:09
Posted by mamias

x sabar nak tgk episod minggu depan,tgk dari sedutan minggu depan,kat mengalami tekanan perasaan…x best la watak si sarah tu(adik nur),bertudung tp gedik sangat..menyampah pun ada…x faham2 yg aidil x nak kt dia…apa la jd kt budak ni last2 citer ni…

Aidilx Reply:

Watak Sarah tu mmg wujud dalam masyarakat kita.

12.08.09 at 22:43
Posted by niza nazri

Mmg best giler..x sabar nak tgu episod yang seterusnya..

13.08.09 at 01:37
Posted by pelangi

walamk i like this story..

:)

15.08.09 at 18:34
Posted by hana

criter ni mmg best..ermm…tq utk kabir coz buat criter yg terbaik… :)

17.08.09 at 04:24
Posted by farhe

citer ni mmg sgt2 best.. ms mula2 tgok aku tpikir, ada lagi x prempuan mcm Nur skarang ni.. pastu aku pun search la Tiz Zaqyah kat google…

…. kecewa diriku…!!

18.08.09 at 01:26
Posted by sajad ali

:p buruk benor cite nie.. entah apa nak jadi lah.. nasib baik takda faizal tahir.. klu ada..lagi lah teruk….

18.08.09 at 01:27
Posted by sajad ali

apa lah komen di atas nie.. semua positif jak.. woi! kritik lah drama nur tu… filem nya yang terlalu banyak konflik.. buat sakit kepala jak.. poyo benor..hehehehe

23.08.09 at 16:44
Posted by Qistina

sy x dpt buka episod 13 w/pun dah berjaya download. nape ye

23.08.09 at 17:08
Posted by Ain Suria

isteri seperti saidina khadijah! tapi sebenarnya Nur biasa aje. wanita Islam yang biasa, baik tetapi masih byk perlu diperbaiki….

pelik lelaki spt Aidil digambarkan berilmu, berciri khalifah tetapi menyukai wanita spr Nur… baik tetapi…

Teknik cahaya dan kamera memang menarik, ini style pengarah. Pengarah belajar teknik mengarah bukan main action aje.

watak yang berkesan watak mak jah, watak 3 utama Nur Adam Aidil masih ada ruang utk diperbaiki. maksudnya .

Adam…baik ngan jahat sama aje. ha…haa..ha.

tapi saya sukakan drama ini cuma spjg ramadhan maaflah tak dapat tgk. Terawih tunggu lps ramadhan br tgk balik. TQ pd rakan yang upload dlm internet.

24.08.09 at 06:01
Posted by nur farah irdina

assalamualaikum,bagus cite nie saye suka.chayok2….(ooooooo)

28.08.09 at 23:29
Posted by sue

citer nie best giler….sue mmg suke sgat citer2 yang berbentuk cm nie…citer cm nie slalu buat kan kita terfikir bagaimana jika kita dlm setiap situasi yang ada dlm cite nie… :D

29.08.09 at 09:16
Posted by Momusa

Seorang lelaki seperti saya pun boleh tersentuh hati dengan citer Nur kasih ni….

Setiap sesuatu ketentuan Allah itu pasti ada hikmah disebaliknya. Itulah yang dapat saya sulamkan dari citer ni dan diharapkan masyarakat malaysia kembali kepada nilai-nilai murni seperti yang terdapat dalam drama ini…

Syabas pada semua yang terlibat. :((

04.09.09 at 00:20
Posted by apple7717

apa kata lps hbis je epv cite nur kasih nie, buat lg citer yg berunsurkan cinta, kasih pada kekeluargaan,keagamaan?

Barulh masyarakat dpt terapkan nilai2 yg baik utk kehidupan semua….

04.09.09 at 00:24
Posted by apple7717

:o: so lps nie x perlulh nak agung2kan sinetron dr indonesia lg coz kite pun bleh hasilkan karya yg terhebat sprti NUR KASIH….

:choler:

**Utk penulis2 skrip nie, ckup2 lh buat cerite HARTA,PEREMPUAN, MEKAP TEBAL, KUASA,BULU MATA PALSU…. so watch out!!!!!

04.09.09 at 00:37
Posted by apple7717

Nur Kasih mmg best giler… tp :p Sarah psiko rrrrrrr….gerammmmmmm:[

anywhere, cgr2lation to Khabir Bathia n ure team work… excellent job. This is a "DRAMA OF THE YEAR" from TV3

05.09.09 at 17:00
Posted by liza jb

i kesian pada si abg dan tgok muka abang aidil pun dah nak nangis sedih begitu tapi sebagai abang dia tabah dan relax je. good story tak pernah i nak tengok cerita2 melayu ni especially cerita rebut2 harta ni dan tokoh2 koporat ni

07.09.09 at 13:25
Posted by jingo agolo

mmg kna ada sesetengah kaum pompuan yg di tdk adilkn kaum lelaki

supaya~ lelaki lain terdetik utk x bt mcm tu. pompuan supaya dia tabah xpon bersyukur dn lebih menghargai klau2 dia jumpa lelaki lain nanti

12.09.09 at 22:38
Posted by nad

bez r ctew ney…kwn2 i pown mnat ctew ney… syokk r… :love:

13.09.09 at 06:34
Posted by nash

E16

http://www.megaupload.com/?d=CEJF78BA

Aidilx Reply:

terima kasih untuk link alternatif tersebut.

13.09.09 at 07:25
Posted by nash

nanti klu ade mase saye akan send link utk semua episod.. saya cuba .. uplaod di meagvideo supaya senang kepada mereka yg xde account tv3..

;)

13.09.09 at 11:00
Posted by nash

untuk sape2 yg nak simpan buat collection download episode 1 hingga 16 di sini:

http://www.megaupload.com/?f=HT786SLQ

utk tgk online; saya sedang upload di megavideo; link coming soon. :)

26.09.09 at 23:31
Posted by kina_88

salam…

adduii..saye mmg minat gle2 cte neh.. :love:

tapi saye dudok kat ostel n banyak sgt miss.. :o: .kawan saye ade recommend sroh tgok mlalui aidilx.com neh….

tp apsal ble download xdpt tgok?? :8 =(

boleh x ajar step by step?? :)

Aidilx Reply:

kena gunakan media player classic dan sewaktu dengannya. :D

kalu guna player biasa dengaq sora jelah :O:

27.09.09 at 09:27
Posted by hachi_jyu_kyu

salam…

nape x bole pn nak download… =(

asyik kate 'download limit had exceeded' dengan 'our IP address 203.82.92.147 is currently downloading a 183128198 byte RAR file.'.

tulun2… =(

Aidilx Reply:

you guna celcom broadband kan? masalahnya camtulah disebabkan celcom BB ni menggunakan sharing IP. Kita lum download pun dikatakan sudah download file tersebut. Nasihat saya, gunakan streamyx untuk download untuk mengelakkan anda lemah semangat semasa menyedut. :)

29.09.09 at 15:07
Posted by wanie

after d/load saya bkk dh bukak gn wndw media classic..tapi cm ada bunyi,no video.mengapa??

Aidilx Reply:

harap baca komen2 sebelum sebab ada sesetengah pembaca ada yang membantu.

29.09.09 at 19:59
Posted by shiema

nape x kuar lagi ep 18??????

Aidilx Reply:

cik ada tengok nur kasih tak minggu ni? cik rasa kami bleh kuarkan ke episod 18 kalu lum ditayangkan? :choler:

01.10.09 at 19:24
Posted by serm

saya mint sgt ctew neyh..tp xley tgk ah…….. :-| i luv NUR KASIH!!!!!huhu.. :love: classmate sy sume mint.. 8)

01.10.09 at 19:28
Posted by eka

sy x minat pon citer nih..

tp ble kwn sy ajak tengok..

saya layan je lah..

plakon nye ok lah.. tapi sy x ske plakon utama 2 ble kat lua..

sy x ske sbb dye kat lua cam beza gler dr atitude dye dlm cter 2..

saya nak yg same dkt dlm n lua baru r rmai yg ske tgk cter 2..

01.10.09 at 19:33
Posted by kami:.dugaan tekno

powcek

odd

kinah

nacan

wawa

qisti

rosma

wok

yus

buya

ima

waqi

alya

syamil

ainul

zigwie

atie

prokya

nad

akil

fido

muaz

dolah

abu

said

syade

oyen

omar

akim

rahmat

krowl

wan

aidit

aziyak

kami SATU KLAS mmg gler cter neh nak mampppp….

arap tros maju n tengs sbb bagi pluang ktorang dpt tengok cte neh mlalui blog awak…. :love:

Aidilx Reply:

:o: korang mmg rock!

terima kasih di atas sokongan anda semua :)

04.10.09 at 08:34
Posted by s cu

cite ni buat saya teringat drama korea yang bertajuk BEUTIFUL DAYS lakonan choi ji woo dan lee byun hun, bukan sebab jalan cite nya sama tapi bila tengok hero dan heroin nya hati pun dah mula rasa sedih, tapi yang tak syok sikit lagunya tak berapa ngamlah tapi cite ni memang best.TAHNIAH kepada tenaga produksi dan untuk semua yang terlibat.

08.10.09 at 02:26
Posted by insan sepi

salam…bagus2 olahan en. pasal ctr nur kasih ni…

ctr ni bagus klu kte x tgk or tau sape dri plakon itu sbnar diluar..

sy pminat ctr korea..lps tgk ctr nur kasih ni, sy rse ctr ni sme cm ctr2 korea brkaitan cinta…tu psl la sy ske ctr ni…tp yg sy puji ctr ni bnyk trbitkn unsur2 agama dlm elemen cinta…very good..brkenan trus je kawin…krana cinta ego trtewas..haha

sy agk knl ng pgarah kabir ni..prnah ctr die sbiji ctr korea..first love..hehe ok la..justbg komen je8)

10.10.09 at 21:33
Posted by bella

hye….cter nie mmg best gler..mcm nvel.cter nie mmparkn ksah cnta sjati..wlupn byk knflik tp akhrnye brsatu jgk..bella hrp ksah hdp bella mcm nie la sbb nie la bru di ktakn tRue lovE…hrp cter yg mpnyai nilai cinta & pngrbnan mcm ni dpt dihsilkn lg pd mse akn dtg..ok bye3

10.10.09 at 21:53
Posted by pEaCe gUrlz

errmmm..citer nie mmg best giler…cayer la director nur kasih…….bg sye, biler kiter k'hilangan org yg kiter cyg…bru kiter sedar yg s'mmgnya ore 2 cgt b'mkna bg kiter…..peace gurlz hope ponton akn heppy tgok citer nie….tatataaaaaaaaaaaaaaa…………………………. :)

15.10.09 at 17:54
Posted by zaitakky

sy suke cite ni..bnyk elemn2 keagamaan & kasih syg..

mmg ptt tgk la..mcm kte plak jd nur nye,hehe..:)

btol gak..pas kite hlg org y kte syg, bru tau kte syg gle dkt org 2..

hrp2 org d laut bley bkak mata…

plkon2 nye pon best..y plg xthn adik nur 2 la..getik die mjadi, :)

xde dvd ke? klu xde nk dwnld la,huhu..

19.10.09 at 22:44
Posted by azie_sparkle

jumaat minggu lepas sgt2 la wat sy rase terharu kerana pengorbanan seorang wanita yg sgt2 penyabar dan berjiwa tenang… =(

20.10.09 at 23:34
Posted by dark_evil

Cerita ape nih??tak pernah dengar pun…best ker??..mcm tak best jer..

20.10.09 at 23:50
Posted by dark_evil

best aper citer nihh..habis masa ja tengok

22.10.09 at 17:32
Posted by pia

Best…….lagi best dari citer ayat2 cinta..

26.10.09 at 05:27
Posted by s cu

tu pasal nama kau dark evil tak de perasaan langsung

27.10.09 at 18:10
Posted by hamba_Allah

hakikat yang sebenarnya, perjalanan hidup Nur kasih pernah terjadi dalam kehidupan seorang manusia yang bergelar sahabat…. hal ini memang terjadi kepada insan yang bernama wanita. cuma, dalam drama ini, Nur rela dimadukan sedangkan sahabat sanggup melepaskan insan yang disayangi hanya semata-mata ingin melihat orang yang disayangi bahagia bersama pasangannya yang seorang lagi….
=(

Aidilx Reply:

Masya-Allah, sampai begitu sekali pengorbanannya?

Andai pengorbanan demi kebaikan, insya-Allah akan ada kebaikan untuk sahabat tersebut.

30.10.09 at 03:53
Posted by Rushdi ahmad

Cerita tu diterbitkan oleh production house cina(JV MEDIA,Farscape) syarikat tu buat cerita untuk orang melayu, tapi tauke dia

(cina lee..) diskriminasi hujung tahun orang cina saje dapat bonus dan kenaikan melayu&tarak, aku dah malas nak tengok cerita tu buat sakit hati je bila tau diorang buat macamnie, rasa kite orang melayu diperbodoh-bodohkan, lantaklah macam mana baik sekalipun MESEJ YANG HENDAK DISAMPAIKAN SEMUA TU HANYA DRAMA SAHAJA, P.S ini bukan propoganda perkauman tetapi betul2 berlaku depan mata. F.Y.I aku tak kerja kat sana tapi aku tau laa..

30.10.09 at 22:27
Posted by kei

tu la masalah melayu…..idup selalu di perbodohkan….dah la….dalam politik melayu melayu islam islam nak gaduh……kuang asam tol……

Aidilx Reply:

komen xda kaitan dengan topik Nur Kasih.

sila komen di artikel yang berkenaan. :)

01.11.09 at 05:06
Posted by didiey

The best drama had i watched :)

at 1st nt realy like, but just watching with my friend..

SoooooOOooo goooOOd….. ;) :D

01.11.09 at 05:08
Posted by didiey

upppsss…lagi 1..suka tgk aidil lam cte nie..cOool aje, ayu raudah cute gilerrrrr….:D

x suka adam cOz poligami…. :-|

01.11.09 at 05:10
Posted by didiey

wahida cakap….

lakOnan sarah sangat berkesan..jahat sunggguhhh… :p

Aidilx Reply:

Itu betul. Lakonan dia mmg berkesan. Bukankah itu lebih baik daripada melakonkan watak baik tetapi tidak mampu memberi impak kepada penonton.

Watak Sarah itu sebenarnya mengajak kita berfikir sebab dalam realiti kehidupan sebenarnya memang terjadi watak sebegitu.

04.11.09 at 00:04
Posted by mai

ya suke tgk fizz fairuz dlm citer ni

mula2 menyampah gak tgk remy ishak tp

bila dia dah jadi baik perhhh leh cair..;)

05.11.09 at 06:31
Posted by jenny

=( sedihnya ngn kata2 katrina…jenny sempat ngis tgk episod lps ,kata2nya menusuk ke jiwa,tak byk drama tv yg bleh wat pnonton ngis…Nur Kasih mmg Best!!!!

06.11.09 at 21:58
Posted by adeq

salam…citer ni mmg best sgt…tp mmg betul semua org simpati dan tenggelam dek kebaikan nur dan tidak kesah dgn kehadiran katrina atau de dianggap gangguan hebat untuk rumah tangga adam dan nur. tp kadang2 sedarkah kita sebenarnyer katrina hanyalah mangsa keadaan akibat tindakan adam dan katrina juga seorang yg terkena tempias sebagai org yg tak patut hadir di antara nur dan adam. adeq ckp berdasarkan pengalaman..kerana adeq sdri mengalami apa yg katrina alami tapi bezanya belum smpai ke thp berkahwin lagi..kdg2 cerita ni wat adeq menangis setiap kali tgk…dan terfikir adakah masih ada ruang untuk diri ni dlm hidup seseorg yg bergelar suami..tp watak katrina, sesungguhnya pemergiannya bukan la satu kesudahan yg baik walaupun ramai yg suka dengan ending katrina dijemput-Nya. =(

06.11.09 at 23:27
Posted by moon

five star…
i like remy ishak…
wish you'll good luck…

07.11.09 at 06:22
Posted by nuerol

ahaaa
siyes cite ni best
aku pon sbenarnye bknla minat sgt nengok cite2 mlayu zmn skang
coz kdg2 cite tah pape je
byk lak wat cite yg merepek2 n tekinje2 n tegedik2 uhh
buang mase je nak tgok

07.11.09 at 07:25
Posted by nuerol

betol2..
hahaha

07.11.09 at 17:35
Posted by lisa

citer nurkasih mmg best bah!!
tapi member2 sy x mau layan pula..so kena layan sendiri..tu pun kena download..coz kolej kediaman sy x ada tv..hehehe
apa2 pun jangan tgk jah yg paling pntg adalah kita ambil ikhtibar dari citer tersebut…

;)

07.11.09 at 17:40
Posted by lisa

citer ayat2 cinta mmg best..tapi asyik support citer indon jah x syok lah..
sokonglah drama n filem melayu,baru nampak identiti melayu 2 sikit!!!
sy mix melayu pun tatap sokong drama melayu..
chayo2 nur kasih :)

08.11.09 at 05:04
Posted by slarky

salam
aku mmg setuju dgn pendapat post atas ni
aku pun hampir putus asa dgn pengarah2 filem kat malaysia ni
asek2 citer tah pape je
kat malaysia ni,dorang patut perbanyakkan cerita2 mcm nur kasih ni
banyak menerapkan unsur2 agama islam,cinta dan keluarga
baru lah dpt jadi teladan yang baik untuk remaja2 mcm kita ni
ini cerita Bohsia lah,itu lah,haizz,sedih aku tgk
anyway aku nak cakap tahniah gak kepada semua tenaga produksi yang tlh buat cerita ni
skrg ni aku tgk pg mane2 je mesti citer ni tgh jadi bualan orang ramai
dorang dah berjaya sampaikan message yang dorang nak sampaikan kepada rakyat malaysia,harap msg tu x diabaikan gitu je

08.11.09 at 22:49
Posted by medic student

kabir bhaktia tuh indonesian..nnti dorang claim kte amek director dorang laks…indonesian directors byk yg gempaq2…kite kene search a new one after arwah yasmid ahmad

Aidilx Reply:

erm..camna leh diklasifikasikan dia as Indonesian.. dia lahir di New Delhi.. kawen ngan orang Malaysia..

memanglah xleh bergantung dengan dia, tapi so far yang lain kurang menonjol.. pengarah muda pun lum dikuarkan sepenuhnya..

09.11.09 at 09:08
Posted by medic student

Owh sori salah,ade dis indonesian director name nk dkat same,hopefully young director dibagi peluang utk buat good dramas dan tak tipikal melayu

Aidilx Reply:

So next time be careful. Kang kena saman ngan khabir plak, salah informasi sal dia. :)

11.11.09 at 21:57
Posted by medic student

rajin betul aidil komen,mantap,hehe,buat ar reunion fan2 nurkasih ke bro?boleh?

Aidilx Reply:

Insya-Allah. :)

14.11.09 at 06:17
Posted by nuerol

waaaaaaa!
da semaken tensen tgok cite nit
tensen coz kalo buleh nak taw ksudahan cite ni cepat2
hahaha

14.11.09 at 09:00
Posted by widurii88

mn linknyer??
xder pn,waaaaaaaaaaaaaaaaa :o:

Aidilx Reply:

Link apa ko cari? Nak sedut? Salah stesenlah. Nak salahkan aku ke nak salahkan diri sendiri? Cuba tengok betul² kat mana nak sedut Nur Kasih.

16.11.09 at 04:43
Posted by Pecinta Seni

SAYA ADALAH PEMINAT DAN TELAH LAMA IKUT SETIAP HASIL KARYA KHABIR BHATIA BAHKAN SERING SAYA BANDINGKAN DENGAN KARYA YASMIN AHMAD(MUNGKIN DAPAT GELARAN DATO KOT LEPAS NI).MEMANG TIDAK DINAFIKAN KARYA BELIAU TERUTAMA DALAM PENGOLAHAN JALAN CERITA,SINEMATOGRAFI SERTA TEKNIK-TEKNIK PENGARAHAN YANG JELAS HAMPIR SETANDING DENGAN PENGARAH HOLLYWOOD SEPERTI STEVEN SPIELBERG.SO MR KHABIR PLS KEEP UP THE GOOD WORK..ADIOS

*KEPADA LAIN-LAIN PENGARAH MELAYU JANGAN HANYA SYOK SENDIRI SAHAJA.KINI AFDLIN SHAUKI SAYA NAMPAK KEBOLEHAN BELIAU.INSYAALAH BELAIU PASTI AKAN BERJAYA KELAK..

16.11.09 at 20:35
Posted by sheera

salam….hye..sy nie pminat drama nur kasih.. ;) .memg best la cter nie….best tgok lakonan tiz,remy ishak,fiz fairuz….tp yg x than nye adik si nur tue.. :choler: ..mengade2 btl…..tp nseb tue cuma lkonan smata2…hehehe. :D ..sy arap drama nie mdpat smtan oleh sume pnonton yang minat drama nie…..smoga berjaya…… :love: .

02.12.09 at 09:11
Posted by unknown90

salam
for me,
this is the best MALAY production since PGL ( Puteri Gunung Ledang )
the message in this drama is deep and make us as Hamba ALLAH thinks about what is the right path for us and the true meaning about sacrifice.
sincerely, i'm enjoyed watching Nurkasih
5 stars goes too aidil, adam, nuramina and sarah…
10 stars goes too director ( Khabir Bhatia ) n script writer coz what u guys did produced was brilliant n beautiful…

Aidilx Reply:

I'm happy if you're happy. :)

02.12.09 at 09:56
Posted by aidil

Benar kata saudara. Drama nie mmg best. Len dri yg len. Satu unsur yang paling best ialah unsur keagamaan yang begitu indah. Kehidupan keluarga islam yang benar2 mengikut landasan syariah. Pengorbanan cinta seorang abang demi adiknya. Benar2 membuatkan aku menitiskan air mata. Mesej2 yang diselitkan tentang agama dan budaya,tentang keinsafan,tentang apa itu islam;bukan sekadar menutup aurat dan sembahyang(petikan kata2 dari drama ini).
semoga dengan keluarnya drama nie,pengarah2 di malaysia dapat membuat anjakan paradigma supaya mengeluarkan drama2 yang lebih mempunyai nilai2dan bukan hanya coretan sekadar hiburan…

Aidilx Reply:

Memang banyak drama mula bergerak/menyelitkan unsur keagamaan begini. Selepas ini, jangan lupa menonton Alif Firdaus.

02.12.09 at 10:04
Posted by aidil

Kalau cari keburukan keburukanlah yang akan kita nampak, kalau nak cari keindahan insyaallah Allah akan tunjukkan…
Hiduplah dengan nama Islam jangan obses dengan kaum…

03.12.09 at 00:43
Posted by nurkasihspecial

Dapatkan set DVD 'Nur Kasih' melalui pembelian secara online dan nikmati diskaun20% dari harga asal RM99, sebanyak RM79.20 (tidak termasuk kospenghantaran).

Layari http://www.tv3.com.my/nurkasih sekarang!! :)

03.12.09 at 16:00
Posted by Nur Kasih

Huhu, baru habis siaran episod terakhir dah keluar DVD. Mesti berebut2 orang beli.

03.12.09 at 16:08
Posted by FTN

Drama Nur Kasih mmg best. Tak salah kalau saya katakan drama ini berjaya menarik minat bangsa lain selain peminat melayu. Ada rakan2 saya berbangsa Cina menonton siri ini.

Dekat dengan realiti, plus dialog yang hebat.

hopefully, kalau keluar filemnya nnt, masih mengekalkan 'wow' factor mcm dalam siri dramanya.

03.12.09 at 18:52
Posted by nurkasihspecial

YESS CERITA TU MEMANG BES SANGAT! BELILAH SET DVD NURKASIH YG ORIGINAL YER.. BOLEY BUAT COLLECTION DAN KENANGAN DI RUMAH..

DENGAN SETIAP PEMBELIAN DVD NI.. ANDA BOLEH MEMENANGI HADIAH ISTIMEWA DARI GINTELL

UNTUK LEBIH MUDAH BELI MELALUI ONLINE SAJE…

04.12.09 at 04:57
Posted by bOb_marLu

salam,citer ni memang menarik,ambil mesej yg disampaikan,dapat mengubat hati yg tidak di dalam kesenangan dan mencari jalan yang benar dan sempurna,taoi kita harus juga ingat kerana jalan yg perlu di cari mesti lah dalam keredhaan ALLAH….

04.12.09 at 17:52
Posted by nurkasihspecial

yup..cerita ni byk memberi pengajaran….. dan jalan cerita nya sangat menarik.. dari org yg xtengok cerita mengenai keislaman dan cerita melayu, terus jadi peminat setia..

jangan lupa beli set DVD nur kasih yg original… jgnla download jer.. sokongla industri perfileman tempatan k.. :)

05.12.09 at 20:18
Posted by zila

citer nie mmg bez giler :D rugi tak tgk….

05.12.09 at 20:22
Posted by zila

yang penting byk iktibar yang kte dpt dr citer nie……..,, ;)

07.12.09 at 22:29
Posted by nurkasihspecial

SERTAI PERADUAN NURKASIH SEKARANG!!

ANDA BERPELUANG UNTUK MEMENANGI SET LENGKAP DVD NURKASIH YANG BERNILAI RM99!

LAYARI http://www.gua.com.my/Entertainment/Contest.aspx

Aidilx Reply:

Jurucakap pihak gua.com.my rupanya ni eh? Terima kasih untuk informasi berkenaan. :)

08.12.09 at 00:03
Posted by nurkasihspecial

hihihi… sama2…

jangan lupe beli DVD nurkasih melalui online atau dapatkan borang

pesanan melalui berita harian

kerana ia tidak terdapat di pasaran.

:) :)

08.12.09 at 18:27
Posted by nurkasihspecial

KEPADA PEMINAT SETIA TIZ ZAQYAH DAN UMMI NAZEERA

KUNJUNGI LAMAN WEB Starchat Nur Kasih -Tiz Zaqyah & Ummi Nazeera

UNTUK MENYERTAI STARCHAT SECARA LIVE BERSAMA MEREKA

BERMULA PADA PUKUL 2PM-3PM HARI INI!!
:)

Aidilx Reply:

Lebih sesuai komen kat http://www.aidilx.com/nurkasih

13.12.09 at 19:46
Posted by akuanakjatimalaysia

aik?? kt mne nk download drama ni??hr 2 kan aDE???

da buang kew??nak download laaa :sweat:

Aidilx Reply:

Saya dah pindahkan ke tempat baru. Insya-Allah, akan diberitahu kelak. Harap bersabar ye. :neo:

14.12.09 at 01:27
Posted by akuanakjatimalaysia

waaaaa :'( cpt2 inform..

14.12.09 at 22:33
Posted by jum~jum~a~tun

Salam…

sy dlm kebingungan nih…..

3 minggu sy berehat dr melayari blog ni telah berlaku sesuatu yg PELIK!!!!

tolong tolong mane nk donlod cite nur kasih..

sy lom smpt donlod lg 2episod cz bz 4 exam..

baru rini stat kje balik…

plz plz plz do somtink!!!!

Aidilx Reply:

:o: :ciao: :dream:

Saya ngah buat kemaskini untuk blog ni. Nur Kasih tu tak ke mana-mana. Insya-Allah, akan dipaparkan semula di blog ini.

14.12.09 at 23:11
Posted by jum~jum~a~tun

oooooooo…. ilang jap darah td.. nk nangis pn ade…

ok sy tunguuuuuuuuu!!!!!!!! :)

Aidilx Reply:

Nur Kasih sudah diletakkan kembali ke tanah tumpahnya. :)

14.12.09 at 23:45
Posted by jum~jum~a~tun

ok tenks alot… :D

hrp2 kekalkan lame cket kat cni cz amek mase nk donlod :)

Aidilx Reply:

Insya-Allah, Nur Kasih akan dikekalkan. Sementara, movie etc akan dipindahkan ke rumah baru. :dream: :kiss:

18.12.09 at 03:08
Posted by jum~jum~a~tun

tq :)

18.12.09 at 07:12
Posted by dark_evil

lu orang semua poyo jer…tengok cerita tak berkualiti…hampreh punya cerita…apekebenda la….&%^*%#%^&..hidup man u…haha…

23.12.09 at 22:53
Posted by nurkasihspecial

Let's starchat with Fizz Fairuz & Ayu Raudhah at 5pm to 6pm today!!

log on to http://www.gua.com.my/starchat_nurkasih/

20.08.10 at 19:14
Posted by ain

saya ingin melihat skrip nur kasih sungguh teruja menghayati drama ini

Aidilx Reply:

skrip? Itu saudari kena tanya saudari Maizura atau berjumpa sendiri dengan saudara Khabir Bhatia. :D

16.05.11 at 01:05
Posted by anyz

hurm ……. :emo:

05.07.11 at 01:02
Posted by lya

Cane nk download movie melayu ek ?

05.10.11 at 08:24
Posted by nadiyah

salam, saya nadiyah dari negeri jiran (Indonesia) awak menonton kisah nur kasih, tertariklah awak pada crita yang bersahaja… simple but so meaningfull

^_^ thx 4 reviewing this

18.10.11 at 21:35
Posted by nuhamad arkhaz

cuma nak cakap berkesan nonton drama ni,mesej yang di sampaikan menyentuh hati.kalo macam ni filem malaysia cinta sangat aku…

tapi sowie tolong ke postong ceita nurkasih from beggining sampai akhir ,,mekasih :love:

11.11.11 at 16:19
Posted by Muhammad Syahmi Syaf

The movie of Nur Kasih is very good,interesting and romantic