Rohana Yaacob: Sufiah Malaysia!

Sebenarnya, Aidilx mencari sesuatu di enjin carian (Google) berkaitan saudara Rohaizad (Taiko IM) yang akhirnya mengundang rasa kejanggalan untuk dinilai. Rohaizad yang Aidilx cari akhirnya membawa Aidilx ke suatu sudut pencarian yang baru iaitu Rohana Yaacob.

Siapa dia Rohana Yaacob ini?

Dengan rasa ingin tau yang menebal (bukan atas faktor melucah), Aidilx mengikuti apa yang diarahkan oleh Encik Google. Pencarian berakhir. Fikiran mula ligat.

Aidilx cuba berprasangka baik. Blog ini dicipta oleh insan yang mungkin menyimpan dendam kepada beliau. Persoalannya, bagaimana maklumat peribadi tersebut boleh diperolehi dengan mudah? Mengamati sejenak maklumat peribadi wanita malang ini, dia bukanlah wanita sebarangan. Dia punya kelulusan yang tinggi. Jadi, bagaimana bisa wanita berpendidikan sebegini boleh “menjual” maruahnya secara murahan sebegini dengan mudah?

Cerita sensasi blog Rohana Yaacob ini bukanlah isu terbaru. Dan, bukanlah niat Aidilx untuk menerbitkan entri ini untuk mengaibkan wanita tersebut. Jadi, terserah kepada kamu untuk memberikan penilaian sewajarnya kepada blog ini dan juga kepada tuan empunyanya.

Teringat akan petikan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

“Innama‘l -a’malu bi-‘nniyat, wa innama likulli-‘mri‘in ma nawa.”

Maksud hadith: “Sesungguhnya perbuatan itu bergantung pada niat, dan sesungguhnya setiap orang mendapat apa yang diniatkannya.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 3 June '09 oleh | 726 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized.

16 Comments to “Rohana Yaacob: Sufiah Malaysia!”

04.06.09 at 18:57
Posted by marts_venom

macam mana cari orang lain sampai pada orang lain? Guna keyword apa?

hmmmm…. he he he

*sambil pandang penuh makna kat Qatar*

Aidilx Reply:

:o: Tak percaya ke ni? Sungguh, tak tipu ling.

Encik Google yang syorkan supaya singgah ke blog tu :)

04.06.09 at 22:03
Posted by soot

pity her.
daripada post kt blog tu, mcm org copy paste cv dia jek.
hmm

Aidilx Reply:

:o: Yang tak boleh tahan siap ada tulis Sugar Daddy 1 & Sugar Daddy 2. Nampak sangat ada orang nak pedajalkan dia.

05.06.09 at 19:28
Posted by katahill

z bole bukak pun . da delete ke. curious ni :)

<abbr>katahill’s last blog post..Masalah Orang Kita</abbr>

Aidilx Reply:

Eceh! Curious ke apo bro? :o:

Rasanya masih ada (http://rohanayaacob.wordpress.com/2008/11/20/asal-usul-ku/)

06.06.09 at 00:18
Posted by hazman aka species19

memang kes naya betul laaa…

Aidilx Reply:

Tapi, ada yang kata betul.
Ada yang kata kes niaya & sabotaj.
Banyak spekulasi tentang kes Rohana ni.

Tapi, semua ni hanya dia dan Allah je tau. ;)

06.06.09 at 17:49
Posted by marts

dah takleh buka ling.

Aidilx Reply:

:o: Marts kantoi! Nak2 gak bukak blog tu.

07.06.09 at 03:21
Posted by Fatin Pauzi

Kebiasaannya, ni kes aniaya.Terus terang, aku penah kene cam ni. Kes aku reject cinta dia, then dia fitnah nde tak ptt. =(

<abbr>Fatin Pauzi’s last blog post..Fungsi Gelombang Minda Alpha Pada Otak Manusia</abbr>

Aidilx Reply:

Masya-Allah, rupa2nya terjadi kat Fatin gak ke?
Dah tu, apa tindakan yang dibuat?

12.06.09 at 00:20
Posted by mrssmile

Mungkin jika dikatakan ramai yg tidak percaya.

Mangsa telah diguna-gunakan oleh lelaki berkenaan (yg buat bloglah).

Dia telah dikenakan minyak dagu kerana lelaki itu telah beristeri dan menantu seorang datuk. Apabila telah diguna-gunakan, si perempuan menurut sahaja apapun yg disuruh oleh lelaki munafik itu waima menanggalkan pakaian, meninggalkan solat, meninggalkan puasa dalam bulan ramadhan selama 5 tahun.dan walaupun selalu dipukul lelaki berkenaan dia tidak boleh berbuat apa2. Tidak dpt berfikir dengan rasional dan memang keadaannya teruk waktu saya mula mendekati dia.

beberapa orang cuba menyelamatkannya. Mereka itulah yang difitnahkan sebagai sugar daddy dia. Ada yg diugut bunuh manakala wanita malang itu pula, hanya dapat bertahan beberapa hari sahaja, kemudian akan kembali merayu2 lelaki munafiq itu.

Orang yang tidak kenal dia mungkin melemparkan seribu cercaan pada Alhamdulillah akhirnya dia dpt diselamatkan dengan tindakan dan munajat berterusan kepada Allah. Dia sendiri pada awalnya tidak yakin akan dapat melepaskan diri dari cengkaman munafiq itu.

Namun setelah terlepas, dia diaibkan semahu-mahunya oleh munafiq itu, seorang yg telah pernah dua kali pergi menunaikan haji dan membawa orang pergi menunaikan umrah dengan agensi kepunyaannya. Benarlah jika kita melakukan kebaikan di tanah haram akan dibalas dengan 100 ribu kebaikan dan sebaliknya satu dosa yg dibuat di sana akan mendapat gandaan yg sama juga. Kerana itu, lelaki munafiq itu hidup berterusan dalam dosa , syirik dan maksiat. Semuga Allah membalas aib yg dia dah buat pada wanita malang itu.

Bagi pihak diri saya, saya cuma menyampaikan apa yg sebenarnya berlaku. Sebagai seorang muslim, kita bimbing saudara kita yang tersesat. Dan jangan sekali-kali kita aibkan orang, sebab kita tidak mampu untuk menghadapi aib yang akan Allah bentangkan di akhirat kelak…

Yang baik dari Allah s.w.t dan yg buruk adalah dari kekurangan diri saya sebagai manusia biasa. Kisah ini ambil sebagai iktibar bagi gadis2 jgn sampai jatuh ketangan lelaki munafiq seperti ini. Seolah2 orang budiman, tapi dialah yang paling …..Allah sahaja maha tahu

Aidilx Reply:

Terima kasih dan alhamdulillah. Sekurang-kurangnya, ada orang yang tampil untuk memberi kenyataan yang sebenar.

Bukan niat saya menerbitkan entri ini untuk mengaibkan saudari Rohana Yaacob kerana niat saya untuk mencari kepastian tentang perkara ini. Saya yakin sebagai seorang yang berpendidikan mustahil dia boleh bertindak sedemikian rupa melainkan ada sesuatu yang menjadikan beliau hilang pertimbangan.

Benda2 seperti minyak dagu dan sebagainya telah lali saya mendengarnya. Dah banyak kali berdepan dengan benda2 camtu. Harap2 orang yang mengenakan dia, menginsafi perbuatan yang telah dia lakukan.

Dan, saya rasa kes tentang Rohana Yaacob ini telah selesai. Kenyataan daripada saudara/saudari saya rasa telah menjelaskan segala-galanya. Harap2 tiada lagi orang lain yang mempertikaikan hal ini.

14.06.09 at 17:39
Posted by fazarudin

kesian dia…sanggup org tu buat camtu kat dia.
.-= fazarudin´s last blog ..Rumah Bujang Pun Kena Pecah Masuk =-.

Aidilx Reply:

Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. ;)