rosli-dhoby-di-tangkap-british

Kredit Khas: S.I.M.S

Ini merupakan entriku yang kedua berkatan Rosli Dhobi. Kebetulan, semasa aku menerbitkan entri awal pada 08.06.2009 bertajuk yang sama iaitu “Rosli Dhobi: Pejuang Atau Pembunuh”, server yang menampung blog aku mengalami masalah teknikal. Akhirnya, entri pertamaku berkubur bersama-sama sejarah Rosli Dhobi. Keesokkan harinya, aku mendapat perkabaran duka tentang sepupuku. Badikah ini? 

Rosli Dhobi; namanya mula mekar semula apabila dokumentari tentangnya mula disiarkan semalam melalui saluran Astro Prima. Beliau pun tidak kurang hebatnya sepertimana Datuk Bahaman, Datuk Maharaja lela dan Mat Kilau.

Semasa kecil arwah bapa pernah menceritakan tentang kisah perjuangan Rosli Dhobi dan sahabat-sahabatnya di dalam memperjuangkan kemerdekaan negeri Sarawak. Beliau adalah seorang anak muda yang berani. Bayangkan diusia semudanya sudah sanggup memperjudikan nyawa demi kemerdekaan negerinya daripada penjajahan British. Cinta pula terpaksa dikorbankan demi negara, bangsa dan agama.

Arwah Awang Rambli mempunyai kaitan persaudaraan dengan arwah bapa. Sebab itu, arwah bapa mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah ini. Tidak perlu disingkap dengan lebih lanjut tentang ikatan persaudaraan arwah bapa dan Awang Rambli, kerna aku rasa lebih baik ianya disimpan sebagai sejarah kami sekeluarga. Aku yakin sekiranya arwah bapa masih hidup dan berkesempatan menonton dokumentari ini sudah pasti arwah bapa akan rasa terharu. Aku juga yakin orang lama di Sarawak (khususnya di Sibu) yang menonton dokumentari ini pasti akan terimbau kembali detik bersejarah dan berdarah seorang Gabenor British yang angkuh, akhirnya tumbang ditangan Rosli Dhobi.

Perjuangan sahabatnya yang lain juga tidak boleh dinafikan. Mereka adalah pejuang; Bujang Suntong, Awang Rambli dan Morshidi Sidek. Mereka berjuang bukan pembunuh dan bukan jua petualang bangsa.

Terbitnya dokumentari ini aku rasa amat wajar sekali disaat orang muda sudah mula melupai sejarah bangsa. Cubalah buat kaji selidik berkaitan dengan sejarah Malaysia kepada mana-mana remaja di Malaysia. Aku yakin di dalam 100 orang, mungkin hanya seorang dua yang mampu menjawab soalan berkaitan sejarah Malaysia dengan betul. Kalau tak percaya, kita tengoklah nanti apabila tibanya 31 Ogos. Justeru, aku beranggapan bahawa kamu boleh menentukan sama ada benar Rosli Dhobi adalah seorang pejuang ataupun pembunuh. Bagi aku, Rosli Dhobi tetap seorang wira. Wira yang tak pernah mati dihati rakyat negeri Sarawak. Sama seperti Rentap! 

Aku tuntaskan tulisan aku hari ini dengan petikan surat yang ditulis oleh Rosli Dhobi sebelum hukuman dijatuhkan. Untuk aku dan kamu baca kemudian hayati. Mudah-mudahan, kita mampu mengerti akan makna tersurat dan tersirat disebalik warkahnya yang terakhir. 

Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta’ lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta’genter saya ta’takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.

Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan

Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.

Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.

Ditulis pada 1‑3‑1950

Saya yang akan meninggalkan endah ini,

R.D.

- Dipetik dari buku Rosli Dhobi Di Tali Gantung tulisan Rudi Affendi Hj. Khalik, 1997.

**Tidak salah kalau aku mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada saudara SyirfanWan Hasliza dan para pelakon yang menjayakan dokumentari (atau boleh diiktiraf sebuah drama). Saudara Syirfan, aku tunggu Magnum Opus mu yang seterusnya (Madrasah Salasilah Rasulullah).

Insya-Allah, apabila ada kesempatan nanti aku akan menziarahi pusara pejuang-pejuang ini di Sibu. Sudah lama rasa ini tertangguh.

Related Posts with Thumbnails


Catcheye

  1. 1
    Siti Fatimah Ahmad
    Jun 12th, 2009 at 9:30 am

    Assalaamu’alaikum…

    Penulisan saudara tentang perjuangan Rosli Dhobi dan sahabatnya memberi semangat buat saya dan sesiapa juga yang mungkin membacanya. Perjuangan hebat, penuh patriotisme dan sepatutnya menjadi teladan kepada generasi muda agar memandang serius apa jua perjuangan untuk memenuhi kehidupan yang bermakna dan melihat dunia ini dengan mata pandang dan kaca hati yang bermanfaat untuk menyusuri jalan hidup. Syabas dengan penulisan saudara yang amat menarik dan cerita sejarah yang hampir dengan kehidupan Rosli Dhoby tersebut. Salam kenal dari Sarikei, Sarawak.
    [rq=4102,0,blog][/rq]ROSLI DHOBY: PEJUANG ATAU PEMBUNUH ?

    Aidilx Reply:

    Waalaikumsalam w.b.t

    Sebagai anak Sarawak, rasanya wajar untuk saya menulis sebuah entri berkaitan perjuangan Rosli Dhobi. Dan, saya berterima kasih kepada krew produksi dokumentari Rosli Dhobi: Pejuang atau Pembunuh kerana telah membuka mata kebanyakan rakyat Malaysia untuk mengambil kisah perjuangan beliau.

    Sepatutnya pujian tersebut seharusnya dikreditkan kepada saudara Syirfan dan Wan Hasliza, kerana mereka telah bertungkus lumus menyiapkan skrip dan menyiapkan dokumentari sebegini hebat. ;)

  2. 2
    marts
    Jun 12th, 2009 at 6:04 pm

    skrg banyak entry pasal dia ni ling.

    Marts terbaca benda yang sama dalam blog MiraSyuahada. laling tau kan, link dia dalam blog Marts.

    Tajuk pun sama.

    Aidilx Reply:

    Tajuk sama tapi entri berbeda. ;)

  3. 3
    jessica
    Jun 14th, 2009 at 2:16 pm

    emm..sy rs penubuhan entri akan dapat membuka mata kita anak-anak muda untuk mendalami dan mengetahui kisah pejuang kita yang sanggup berkorban nyawa demi mencapai kemerdekaan untuk negara kita..oleh itu,kita hendaklah mempertahankan apa yang telah diperjuangkan agar kita tidak dijajah sekali lagi..

    Aidilx Reply:

    Terima kasih untuk komen saudari. Saya cuma menyambung perjuangan saudara Syirfan dan krew dokumentari Rosli Dhobi ini. Sepatutnya mereka yang mendapat setinggi-tinggi pujian di atas kerja keras mereka mencari dan mengumpul bahan-bahan untuk dokumentari yang hebat ini.

    Sebagai anak muda, belia muda di Sarawak, saya berasa bertuah kerana kami mempunyai pejuang yang tinggi nilai perjuangan mereka sebanding perjuangan tokoh-tokoh lain di Malaya. 8)

  4. 4
    tini
    Jun 19th, 2009 at 5:02 pm

    salam….penulisan saudara memang menaikkan semangat saya ..walaupun bukanlah berasal dari sarawak..,tetapi apabila menonton warkah terakhir hati saya begitu tersentuh dengan perjuangan Rosli…saya sendiri hampir lupa siapa itu rosli dhobi..tapi pabila menonton saya ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai rosli dan rakan sepejuangannya..sememangnya pelakon yg menjayakan drama ini layak mendapat anugerah kerana penghayatannya begitu menjadi..dan..menguasai bahasa ibunda sarawak bukanlahn perkara yg mudah..memang saya tabik…apapun rosli adalah wira..wira bangsa & negara kerana keberanian beliau itu memang tidak terbatas sekali…

    Aidilx Reply:

    Waalaikummussalam wbt Tini,

    Alhamdulillah, nampak gayanya objektif saudara Syirfan dan lain2 termasuk pihak Astro dalam membuka mata rakyat Malaysia tentang sejarah Rosli Dhobi tercapai.

    Saya cuma menyampaikan dari perspektif saya sendiri. Pujian seharusnya dikreditkan kepada saudara Syirfan dan lain2 atas usaha mereka membawa sejarah Rosli Dhobi ini ke skrin tv di Malaysia.

  5. 5
    AZWAN
    Jun 20th, 2009 at 11:16 am

    ASSALAMUALAIKUM.SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA ORANG YANG TELAH MENJAYAKAN DOKUMENTARI INI.

    Aidilx Reply:

    Waalaikumussalam wbt
    ;) Sekalung tahniah buat krew produksi daripada penulis skrip sehinggalah pelakonnya.

  6. 6
    ana
    Julai 11th, 2009 at 2:44 pm

    :love: smoga Tuhan mrhmti roh mreka yg bnr…amiin..

    Aidilx Reply:

    Insya-Allah. Ameen.

  7. 7
    ika
    Ogos 8th, 2009 at 1:13 am

    =( sya rsa tharu dan sedih ktka mmbca srat R.D..sngt2 sdih..
    terbyg waktu bliau mnulis srat 2..ad gak rsa mcm mau pegi msa silam..x da tntg mat salleh ka???atau pejuang2 yg lain…bleh sya jdikn rjukn sej..moga mrk dp rahmat dan brkat dri Allah S.W.T….
    aminyarobbula’lamin…..

  8. 8
    ika
    Ogos 8th, 2009 at 1:20 am

    sya rsa sdih gak,….wktu tgok gmbr R.D. kna tgkp…nak nngis… =( tbyg pjungnnny..
    bab i2la sya rsa kta msti jga tnah air nie..,klu x sia2 lha pngorbnnnya…jgn skali2 kta sia2kn pngorbnn mrk…x da lgi ka..story psal pjuang dlu2…

    Aidilx Reply:

    Insya-Allah, akan diusahakan. Terima kasih untuk cadangan tersebut.

  9. 9
    tamam
    Ogos 11th, 2009 at 10:06 am

    ROSLI DHOBI MMANG BEST…… Kau mmang hbt…

  10. 10
    AnUk!#@
    Ogos 27th, 2009 at 9:28 am

    sya x tersangka2 pula yang Rosli dhobi ni bukan saja ingin membebaskan negerinya dari dijajah pihak british tapi juga ingin memperjuangkan haknya…uhh….

  11. 11
    Delawrince
    Ogos 27th, 2009 at 9:33 am

    :) Sya harap yang roh NYA akan bersemadi dengan aman.amiiin

  12. 12
    wanita
    Januari 22nd, 2010 at 7:27 am

    Terharu sungguh.. setiap kali terkenang ROSLI DHOBY… Perjuangan yang sentiasa di ingati.. setiap kali aku terbayang pasti linangan air mata kebanggaan mengalir… Semoga perjuangan ini menjadi ikhtibar kepada anak muda zekarang..

  13. 13
    tina
    Februari 6th, 2010 at 4:41 pm

    sebagai anak serawak,kmk nak mdh terima kasih kat owg nak nulis cerita ttg ROSLI DHOBI mun x,xkan biak zaman tk tauk ttg ROSLI DHOBI towk…..kmk asa dgn cerita ttg ROSLI DHOBI towk,owg akan ingat nya sampe bila2…..

  14. 14
    amoylee
    Februari 10th, 2010 at 4:30 pm

    Assalmualaikum semua,

    aku anak sarawak, jd perlu rasanya aku kelakar srwk dlm tok lah.. aku nang tabik ngn ktk aidilx sbb dh bukak entri lm internet tok psl perwira kita, Pak Rosli Dhobi.. aku nang dr skolah dolok dh tabik ngn perjuangn nya yg cuba mmerdekakan negeri srwk tok, yg aku paling tabiklah biak kinek tok mcm dak Wan hasliza mauk molah drama psl Pak rosli Dhobi, fuh nang dak pelakon pandei mhayati jln cerita dan bjaya molah aku melileh air mata bila Pelakon yg megang watak Pak Rosli Dhobi bsalam d hari trakhir ngn seluruh kluarga nya… Tah cmne air mata aku guguk prasaan aku btukar haru… toklah rasa seorng pejuang yg sanggup ninggal gerek ngn kluarga demi tanah airnya… ROSLI DHOBI Bukan Pembunuh Tapi Pejuang Nusa Dan Bangsa, jgn ada tdgr kt tlinga aku ada yg nganok Rosli Dhobi ya pembunuh… nang tnyatalah org ya buta hati… mun adalah biak kinek tok yg bjiwa mcm Rosli Dhobi yg sanggup mharumkn nama negara kan bagus… tok sik biak kinek tok entingal nak mampus…. susah aku nk pdh… Harap aku sik tlambat nk mdh tima kasih ngn Aidilx sbb sudi molah entri cm tok, tahniah ngn ktk….

  15. 15
    juanna
    Februari 18th, 2010 at 4:08 am

    salam…sejak sy mngenali sbjk sej,sy mula ttrik tntg rosli dhorbi..dia len dri yg len..sy kgum dgn dia.dia insn istmwa..sy tharu tgk warkah terakhir..pngrbnn dia..cinta dia thdp kluarga,ani..huh,dia hbt..dmi ngara dia krbnkn smua..sy akn brusha untk trokai tntg rosli dhorbi..sy akn ke srwk!sy bgga dgn die!hidup malaysia! mga roh rosli dsemadikn dgn aman..amin..

  16. 16
    atie
    Februari 25th, 2010 at 1:13 pm

    salam……

    saya bukan anak sarawak…tapi sejarah Rosli Dhoby yg di adaptasikan ke bentuk drama begini…membuatkan hati saya begitu tersentuh….perjuangan Rosli Dhoby membuatkan saya bertambah sayu… masakan dalam umur yg sebegitu dia mempunyai semangat perjuangan cukup kuat mempertahankan bangsa dan tanah airnya di jajah.di benak saya terfikir… alangkah bertuahnya kita kalau anak muda di zaman sekarang ini mempunyai semangat juang yg tinggi terhadap tanah air sendiri.

    Pejuangan Rosli Dhoby di harap akan menjadi satu kesedaran pada anak2 muda sekarang yg terlalu ghairah dengan arus kemodenan dunia…tanpa sedikit pun mengambil tahu sejarah perjuangan bangsa pada zaman dahulu…

    Tahniah kepada penulis dan penerbit warkah terakhir ini…

    Wasalam.

  17. 17
    syirfan
    Februari 25th, 2010 at 1:39 pm

    Salam

    Terima kasih atas segala sokongan. Moga masa depan yang lebih berwarna untuk industri penerbitan TV serta cukup cerah untuk kita semua menghayati sejarah bangsa. Hanya bangsa yang mengenal sejarah akan berjaya!

    salam perjuangan
    syirfan

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

blank