Wartawan & Polis: Jangan Semberono!

Kami terkejut apabila berita kematian sepupu aku terpampang dimuka hadapan disuratkhabar berbahasa Cina, Sin Chew Daily. Namun apa yang lebih mengejutkan adalah berita yang disampaikan bercanggah dengan fakta yang sebenar! Penulis menuduh arwah keluar dari kelab malam dan mabuk semasa kemalangan berlaku. Itu merupakan fakta yang sangat BANGSAT!
Lagi BANGSAT apabila keterangan tersebut diambil daripada pihak polis yang tidak mendapat hasil siasatan sebenar daripada pihak hospital. Sedangkan hasil Post Mortem belum dikeluarkan secara sah oleh pihak hospital. Jadi, bagaimana pegawai polis B*****T tadi boleh sewenangnya memberi keterangan palsu?
Perkara ini menimbulkan kemarahan kami sekeluarga kerana terang-terangan memberi aib kepada arwah sepupu. Tambahan lagi, penulis tersebut mengaitkan no plat motorsikal arwah (4444) adalah sial yang akhirnya membawa kecelakaan kepada arwah. Penulis adalah berbangsa Cina sudah tentu mempercayai benda tersebut. Tetapi, penulis sepatutnya peka akan perasaan keluarga arwah.
Andai benar laporan yang kamu buat (Penulis Sin Chew Daily News) sila kepilkan keterangan daripada saksi yang melihat kejadian dipagi tersebut. Kami sudah membuat aduan kepada pihak atasan dan juga sedang bersedia untuk memfailkan saman. Ini melibatkan maruah si mati dan keluarga. Sebagai penulis (wartawan), kamu sudah diajarkan tentang etika kewartawanan. Jangan semberono menulis cerita andai informasi yang kamu terima belum pasti lagi kesahihannya bagi meraut keuntungan. Belum pasti keuntungan nanti setimpal dengan akibat daripada penulisan kamu.
Kepada pegawai polis yang terlibat dengan memberikan informasi palsu tersebut, kami sendiri telah berjumpa dengan pegawai atasan. Kebetulan beliau hadir di majlis tahlil tadi. Begitu senang kamu memberikan gambar kad pengenalan kepada penulis tanpa keizinan kami. Kemudian, memberikan keterangan yang salah lagi palsu. Kami tau tanggungjawab kamu tetapi sekurang-kurangnya pastikan dahulu maklumat tersebut sebelum membuka mulut dan memberi keterangan kepada wartawan.
Kami sekeluarga tidak ingin menambahkan kesedihan dan kekeruhan. Saman malu mungkin perkara terakhir yang akan diambil sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan secara baik. Bukan niat untuk menyalahkan sesiapa cuma ini sebagai pengajaran kepada penulis ataupun sesiapa agar nanti perkara yang sama tidak berulang.
**Ada siapa-siapa punya buah fikiran lain untuk menangani masalah ini?






20 Comments to “Wartawan & Polis: Jangan Semberono!”