nar_100

Tanggal 11 Julai 2009, maka genaplah 100 hari pentadbiran Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia. Ingat lagi buku yang ditulis oleh saudara Roslan Abdul Hamid tentang ‘Abjad Kemuliaan 100 Hari Pertama Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi’? Abjad Kemuliaan untuk Tun Abdullah. Untuk Najib apa pula?

1 Malaysia bukanlah satu gagasan baru. Jadi, adakah 1 Malaysia satu method untuk Najib mencari formula terbaru bagi menambah keyakinan rakyat yang sudah goyah dek tsunami politik semasa? Mungkin perlu untuk Najib membersihkan namanya daripada segala macam ancaman fitnah, skandal dan sebagainya. Pelbagai aktiviti telah dirancang mahupun diadakan bagi mengwar-warkan kepada rakyat akan konsep 1 Malaysia yang cuba beliau terapkan kepada rakyat Malaysia.

Sehinggakan ada yang mencadangkan perkahwinan campur bagi memastikan konsep ini berjaya. Mana bisa itu semua. Soal jodoh, ajal dan maut semuanya telah ditentukan oleh Allah. Manusia hanya akan dapat merancang tapi kesudahannya hanya DIA yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Bukan aku saja yang berfikir sedemikian. Bukanlah mengatakan perkahwinan campur itu tidak elok tetapi kalau dipaksa perkara tersebut terjadi kita fikirkan impaknya pada masa hadapan.

Disaat, skandal pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengannya mungkin ini cara terbaik baginya untuk mengalih perhatian rakyat. Aku yakin mungkin ada di antara kamu yang sudah menonton video yang dikaitkan dengan isteri Najib, Rosmah Mansur yang mana mengaitkan beliau dengan penggunaan ilmu hitam. Aduh! Lagi satu tamparan buat Najib tatkala baru saja menaiki takhta perdana di Malaysia.

Wanita pertama Malaysia itu memiliki segalanya tetapi kenapa menidakkan ahli keluarga sendiri hatta adik kandungnya. Sesungguhnya memang benarlah demi harta manusia akan mudah lupa akan segala-galanya. Namun begitu, ianya hanya sebuah video. Sesiapa pun boleh mencipta atau mengubah video untuk kepentingan peribadi. Hanya Allah yang Maha Mengetahui semuanya.

Rakyat sebenarnya masih menderita dengan keadaan ekonomi semasa walhal kebanyakan pemimpin masih mampu membina istana yang bernilai puluhan juta ringgit. Istana Khir Toyo yang dikhabarkan berjumlah RM24 juta tersebut kalau dicongak gaji seorang menteri apakah mampu beliau membina rumah sedemikian besar? Isu ini bukan melibatkan seorang dua menteri tetapi melibatkan banyak menteri.

Mereka bukannya tidak sedar bahawa semua itu hasil daripada keringat rakyat tetapi dek kerana ketamakkan, soal amanah sanggup diketepikan. Maka, amat wajarlah pihak  kerajaan di bawah kepimpinan Najib lebih memperhalusi isu ini kerana semakin hak rakyat dinafikan maka semakin condong rakyat untuk mengetepikan kerajaan. Lihat saja pilihanraya yang lepas, UMNO hampir hilang kepercayaan daripada rakyat cuma bernasib baik kerana diselamatkan oleh beberapa negeri seperti Sabah dan Sarawak.

Sehubungan dengan 100 hari pentadbirannya, Najib telah murah hati menghadiahkan 11 hadiah kepada rakyat jelata. Wah! 11 hadiah itu bukan calang-calang angka apatah lagi dengan peruntukan yang disertakan dengan hadiah tersebut. Tetapi, bagi aku hadiah tersebut bukanlah hadiah baharu. Ianya sudah lama dilaksanakan oleh pemimpin yang lepas. PPSMI juga telah dimansuhkan. Aku menganggap ianya jua sebagai hadiah kepada pejuang bahasa waima pada sesetengah orang ianya bukan kemenangan mutlak kepada pejuang bahasa dan sealiran dengannya.

Tidak mustahil ada yang kepanasan berhubung pengumuman pemansuhan PPSMI ini. Aku bukan anti Bahasa Inggeris cuma aku harap agar bahasa Melayu diberi peluang untuk menyampaikan wadah dan ilmu kepada anak bangsa. Sedangkan Jepun, Jerman, Peranchis dan China menggunakan bahasa ibunda mereka di dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa dan terbukti berjaya. Jadi kita tidak perlu memperlekehkan keupayaan bahasa ibunda (bahasa Melayu) di dalam menyempurnakan ilmu kepada anak-anak kita.

Sebagai anak Malaysia, aku mengucapkan terima kasih di atas pemberian hadiah ini. Walaupun tidak banyak tetapi memadai untuk memperbaiki keadaan semasa.

“11 Hadiah” Kepada Rakyat:

  1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.
  2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.
  3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.
  4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.
  5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.
  6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.
  7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.
  8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.
  9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.
  10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.
  11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Related Posts with Thumbnails


Catcheye

  1. 1
    blowie
    July 14th, 2009 at 7:56 pm

    Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

    yg ni aku rasa macam orang ramai tak dapat pn faedahnya. ade ke orang yg kerja office ulang alik guna tol smpai 80 kali dalam sebulan? :bloody:

    Aidilx Reply:

    Bro, itulah politik. Nampak cam ok tapi bila dicongak lebih kurang tak membantu gak.

    Apa2pun terima kasih utk hadiah tersebut.

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

blank