Aku, Blog & Entri Yang Mati!

Kredit khas: Wardatul Faqihah
“Manusia yang mempunyai mata hati dan sentiasa waspada, mengerti bahawa mati itu menjadikannya merasa bebas merdeka. Sedangkan hidup menjadikannya seorang budak. Sesungguhnya manusia walaupun hidup lama di dunia, kehidupannya itu hanyalah laksana kilat di penjuru langit, kemudian kembali menghilang.” – Imam Al-Ghazali
Banyak sebenarnya yang terbuku dihati ingin diluahkan.
Tetapi, semua itu tak kesampaian. Terhenti. Mati.
Jiwaku mati.
Mindaku bercelaru.
Aku terbeban dengan sakit ini
Rasa itu semakin menekan, semakin menyesakkan
Semangatku kian mati.
Sahabat,
Doakan aku mampu memulihkan semangat ini
Doakan aku mampu melawan jiwa yang mati ini.
Ya Rabb,
Bekalkanlah aku hati yang sentiasa mengingati-Mu
Bekalkanlah aku dengan ketenangan hati
Andai esok lusa tiba ajalku, matikanlah aku di dalam khusnul khatimah.






8 Comments to “Aku, Blog & Entri Yang Mati!”