RSS Feed for This PostArtikel Semasa

Belasungkawa: Yasmin Ahmad

yasmin-ahmad

PETALING JAYA 25 Julai – Pengarah filem terkenal, Yasmin Ahmad meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara (HPD) di sini hari ini akibat pendarahan dalam otak berpunca daripada penyakit strok. Allahyarham Yasmin, 51, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.25 malam selepas dimasukkan ke HPD sejak kelmarin. Yasmin koma selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala akibat serangan strok tersebut. – Utusan Online

Perginya Yasmin Ahmad ke rahmatullah bererti kehilangan seorang pengarah yang bernilai kepada industri perfileman negara. Sempat saya menghantar es-em-es kepada sahabat saya di negeri Datuk Maharajalela untuk memaklumi berita kematian ini. Dia terkejut. Ternyata saya pun terkejut tatkala membaca status kawan-kawan di Facebook.

Teman: “Sy tgh duk pikir ni, x dpt la nk tgk iklan petronas yg kreatif2 hasil karya yasmin.”

Memang benar seperti yang dikatakan oleh sahabat saya itu. Selepas ini, saya tidak akan berpeluang menonton iklan kreatif lagi menjelang musim perayaan biarpun ada pengarah lain yang akan menggantikannya. Sudah pasti tidak sama sentuhan dan suntikan ideanya. Beliau merupakan seorang pengarah yang saya kagumi kerana kekreatifannya dalam mengekspresikan kehendak pemikirannya ke dalam filem mahupun iklan.

Filemnya punya citarasa tersendiri walaupun banyak mencetuskan kontroversi. Namun, saya tidak mementingkan kontroversi tetapi lebih mementingkan kualiti sesebuah filem. Oleh sebab itu, saya lebih selesa menonton filem yang diarahkan oleh beliau dan Khabir Bhatia berbanding filem dihasilkan oleh pengarah lain di Malaysia. Aliran pengarahan mereka memang cukup berbeda daripada yang lain.

Walaubagaimanapun, sudah termaktub akan ketentuan hidup manusia; yang hidup pasti akan merasai mati. Tidak sesaat dicepatkan mahupun dilambatkan. Dari segenap rasa kasih yang Allah kurniakan kepadaku, inginku mengucapkan takziah di atas pemergian allahyarhamah Yasmin Ahmad. Al-Fatihah untuk allahyarhamah Yasmin Ahmad. Bersemadilah dengan tenang, semoga dipayungi dengan kerahmatan dan kasih sayang-Nya.

Trackback URL

RSS Feed for This Post2 Comment(s)

  1. KNizam | Jul 26, 2009 | Reply

    al fatihah
    iklan2 yang bagus akan dikenang kan

    Aidilx Reply:

    Betul itu, bro. :D

  2. s cu | Jul 27, 2009 | Reply

    al fatihah

RSS Feed for This PostPost a Comment

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene: