Ikhlas Di Dalam Pekerjaan
By Aidilx on Jul 1, 2009 in Aidilx

“Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya”. (Al-Muddaththir : 38)
Tanggal 1 Julai 2009, aku memulakan kerja ditempat baru. Segala-galanya baru kepada aku. Paling teruk, aku terkena kejutan budaya kerja. Bukan tidak pernah berkhidmat disektor kerajaan tetapi mungkin disebabkan sudah terbiasa dengan budaya kerja disektor swasta menyebabkan aku kurang mampu menerima konsep kerja sedemikian. Budaya “mengular” pada waktu kerja masih bermaharajalela disektor awam. Penyakit turun menurun sebegini yang menyebabkan kebanyakan pekerja swasta memandang sektor awam kurang produktif.
Zulkifli Mohd Sidi di dalam artikel yang ditulisnya, ‘Etika Kerja Dalam Islam‘ ada menyatakan bahawa etika kerja dalam Islam mempunyai 5 elemen utama iaitu:
- Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah
- Bekerja dengan ikhlas dan amanah
- Bekerja dengan tekun dan cekap
- Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran
- Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat
Apakah etika kerja sebegini mampu disemai oleh kakitangan kerajaan setelah sekian lama dilanda penyakit kronik? Soal pokoknya melibatkan mentaliti dan sikap kakitangan kerajaan sendiri. Sekerap mana pun mereka dihantar untuk menjalani kursus dan sebagainya andai mentaliti dan sikap masih tidak mampu diubah sepenuhnya permasalahan ini tidak akan menemui jalan penyelesaiannya. Mungkin dirasakan mereka berada di “zon selesa” maka inilah yang menyebabkan kebanyakan kakitangan kerajaan sekarang menjadi agak manja.
Bukan tujuan menulis untuk menghentam mana-mana kakitangan kerajaan cuma mengingati diri aku sendiri tentang tanggungjawab yang sedang aku galas sekarang. Bagaimana aku mampu merubah kondisi kerja yang lebih telus dan bertanggungjawab tanpa adanya budaya kerja negatif yang sekian lama menjadi bahan kutukan oleh sektor swasta.
“Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.” (Riwayat Al- Bukhari)
Oleh itu, aku dan kamu sebagai pekerja yang sudah diamanahkan dengan tugas yang diberikan maka kita perlu berusaha untuk menunaikan tugas tersebut sepertimana yang telah ditetapkan di dalam ajaran Islam. Kerja jua adalah ibadah. Apabila seseorang itu sudah atau sedang menjalankan tugasnya ataupun bekerja, dengan sendirinya bererti bahawa insan tersebut sedang menunaikan amanah Allah.


sharil yg suci murni | Jul 5, 2009 | Reply
bang aidil, aku suka artikel ni..
bagus utk kesedaran dikala merasa malas..
kisahsensasi | Jul 6, 2009 | Reply
kena tanam rasa suka dan enjoy buat keje baru ianya dilakukan dengan senang hati…
Aidilx Reply:
July 7th, 2009 at 7:19 pm
Saya tiada masalah untuk melahirkan rasa suka & enjoy di tempat kerja baru cuma saya masih perlukan masa untuk mencerap & menyerap budaya kerja mereka.
ila | Jul 6, 2009 | Reply
oi…
ko dh keje gomen?? nape tak cakap kt aku beb??? wei?? ko dpt pee te dee ke??? update me beb
benny | Jul 7, 2009 | Reply
huhuhu… x Sume oRg gomen g nular, Der gak yang keje sampai takde masa tuk diri sendiri, tapi sbb yang segelintir tu, sume pun di cop kaki nular, pedih dan perit bagi yang kerja tak kira masa tu mendengar…
Aidilx Reply:
July 7th, 2009 at 9:27 pm
Betullah, bukan semua cuma sebahagian sahaja. Boleh rujuk semula artikel yang saya tulis, saya tidak menghentam sesiapa cuma sebagai peringatan kepada diri saya sendiri mungkin satu hari nanti akan menjadi ketua jabatan etc, jadi bagaimana saya nak merubah dan memulihkan penyakit ini daripada terus menyerang kakitangan kerajaan.
Jadi, kepada kakitangan kerajaan yang berkhidmat untuk negara dengan sebaik-baiknya saya ucapkan tahniah!
susanantidoraemon | Jul 8, 2009 | Reply
aku keje jugak..duk umah masak2 tuk suami
protonians | Jul 8, 2009 | Reply
yups,..agak setuju jugak ngan artikel nie..
sangt different between awam and swasta.
Hrmm,..
benny | Jul 8, 2009 | Reply
Aidilx Reply:
July 8th, 2009 at 9:17 pm
Sebab itu, saya rasa terpukul dengan situasi sekarang sebab saya berada di atas sedangkan orang bawahan saya masih goyang kaki. Bila audit etc datang baru nak terhegeh-hegeh siapkan kerja.
benny | Jul 9, 2009 | Reply
hehehhe… bos yer, payah jd bos ni, baik sgt t anak buah pijak kepala, garang sgt t anak buah semua lari… jdlah bos yg tegas tp bertimbangrasa, hehehehe… jd anak buah pun bukan senang, kdg2 tu sengaja wat bos sakit hati, sbb dia nampak bos dia bersenang lenang sgt, gunalah pendekatan psikology, bertolak ansur, insyaAllah t anak buah pun segan tak buat kerja sbb der rasa hormat yg tinggi pada bos… as a boss, awak kena jd contoh yang baik dulu… chayo’2…
Aidilx Reply:
July 10th, 2009 at 4:09 am
saya bukan bos.orang bawahan je.
ina | Aug 4, 2009 | Reply
kt CEO jgn wak keputusan secara mendadak kne selidik dlu.jgn tnjuk belang plk