Keriangan Iklan DIGI

Aku rasa kamu mesti sudah menonton iklan DIGI yang terbaru. Iklan tentang seorang gadis yang duduk ditepi tangga yang tampaknya sedang bersedih. Lalu kawannya menelefon si gadis. Terus si hantu kuning DIGI memainkan peranan mengembalikan keceriaan si gadis dengan menjadikan dirinya seekor kucing nakal sambil menarikan tarian hindustan.

Sudah lama aku perhatikan trend pengiklanan DIGI dan ternyata DIGI mengunggulinya berbanding TELCO yang lain. Produksi pengiklanan DIGI sememangnya kreatif di dalam penghasilan iklan mereka. Memang terbukti kebanyakan iklan DIGI yang ditayangkan dikaca televisyen sudah banyak menambat dan mencuit hati penonton.

Kalau dicongak dan dibandingkan dengan iklan yang dihasilkan oleh syarikat telekomunikasi lain (Celcom & Maxis), memang penghasilan iklan dari segi mutu dan faktor-X tidak ada pada dua syarikat gergasi tersebut. Entah kenapa mereka gagal menampilkan kelainan berbanding DIGI yang aku perhatikan tidak lekang dengan idea baru disetiap iklannya.

Apa-apa pun, inilah yang ingin aku lihat di dalam industri pengiklanan mahupun telekomunikasi kita. Bukan sekadar memaparkan iklan berbentuk komersial semata-mata yang penting punya nilai estatika tersendiri. Dengan teknologi yang kian canggih, tidak salah mengoptimakan penggunaannya untuk memberikan suatu kelainan atau citarasa yang terbaru buat penonton. Jangan biarkan iklan itu terus kaku. Waima, puluhan juta dibelanjakan untuk penghasilannya tetapi kamu tidak kenal target market, sudah pasti iklan tersebut tidak sampai kepada sasaran yang dikehendaki.

Namun, itu bukan bermaksud aku menyokong DIGI sepenuhnya. Ada sesuatu yang masih membuatkan aku masih MARAH dengan pihak DIGI sehingga kini masalahnya belum selesai. :((

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 11 July '09 oleh | 1,585 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized.

14 Comments to “Keriangan Iklan DIGI”

13.07.09 at 04:59
Posted by eldy

Ya ya iklan memang special tapi ade skit pelik la ..

Pelakon cam melayu tpi music latar india ?! .. ape maksud tersirat dia eh ? .. :D

Aidilx Reply:

Sebabnya, kalau dilihat trend dulu hinggalah sekarang orang Melayu kita suka tengok cita Hindi.

Lagipun, citer Hindi sinonim dengan rasa cinta & keriangan itu sebab dorang menyerapkan elemen tersebut.

Lain2, aku rasa ada gak. Cuma tidak sesuai nak reveal kat sini. :)

13.07.09 at 05:01
Posted by marts

Oh marts suka tag I will follow u tu. Pastu mascot kuning tu memang menjadi.

Digi BB eh? Dah bagitau dulu.

Aku guna Happy untuk 2nd line, bagus sangat2 pakej dia. Under Digi jugak.

Aidilx Reply:

Itulah Marts. Dah tak guna pun. Lama dah terminate. Now masalah lain ngan dorang. Aritu kol service centre dorang aku tanya fasal masalah tu, dorang pun tak tau. Sial je.

Tapi, walaupun ada masalah ngan dorang aku tetap guna DIGI gak. Memang berbaloi.. :)

13.07.09 at 05:28
Posted by onggon

;) Thanks vote for me in Negaraku.. Org Sarikei kah?

Aidilx Reply:

Auk. Dah ada domain kedirik kah? baguslah ya. Mun artikel bagus memang aku akan vote. :D

16.07.09 at 17:35
Posted by ejal

sape ye b'lakon jd pompuan melayu yg tgh b'sedih tue??comel gler ar die..

23.07.09 at 01:04
Posted by aidanur

mcm mana nak download ni…

puas carik sb anak kecik yg berusia sethn minat sgt ngan iklan ni…

tolong la…

Aidilx Reply:

Insya-Allah saya usahakan untuk anda..

07.08.09 at 22:19
Posted by yana

ape name lagu yg jadi background music dia?

Aidilx Reply:

lagu hindustan ni.. sorry banyak2 aku tak tau :)

08.02.10 at 20:50
Posted by aku

sy kna bt kajian pasl digi untuk asgment..leh x tlg respon kt sy
ada hal nak tnya pasl digi

ym..kila_fit@yahoo.com

tlg sy

15.02.10 at 00:01
Posted by Cik Suzlin

lagu iklan digi baru yang ala2 yuna tu lagu ap ek?try cari tp xd..blh tlg carikan x?:8

Aidilx Reply:

Digi Prepaid: So Easy ye? Saya dah ada mp3 nya. Nantikan saya masukkan. :D