Perkabaran Gembira Dari Yasin

Malam ini sudah tentu ramai yang sudah siap siaga dihadapan kaca televisyen masing-masing bagi meneruskan episod “menyesakkan jiwa”, pergolakan perasaan Nur Amina terhadap Adam. Aku yakin sudah ada yang mula berjinak-jinak menonton drama ini seperti mana yang pernah aku lakukan beberapa minggu yang lepas. Andainya, kamu belum berpeluang menonton drama tersebut, rajin-rajinkanlah diri kamu menonton drama ini pada setiap Jumaat jam 9.00 malam. Tak perlu untuk aku menerangkan dengan lebih lanjut akan keistimewaan drama ini kerana semuanya telah aku ceritakan di dalam artikelku yang lepas.

Alhamdulillah, secara kebetulan, beberapa hari lepas aku diketemukan dengan saudara Yasin (pencipta lagu Nur Kasih) di Facebook. Malam ini, saudara Yasin sudah menjawap pertanyaan aku berkaitan lagu tema Nur Kasih. Ini respon beliau:

yasin_nur-kasih

Jadi, berita gembira buat kamu yang sudah lama ingin mendengar lagu ini dimainkan dicorong radio, lagu Nur Kasih ini akan diputarkan diradio pada minggu depan. Aku memang menunggu single Nur Kasih ini dikeluarkan. Terima kasih untuk saudara Yasin untuk makluman tersebut. Insya-Allah, lagu ini akan mampu memecah dominasi beberapa lagu tempatan. Aku kira ini adalah perkabaran gembira buat peminat drama dan lagu Nur Kasih ini.

**Tiba-tiba Aidilx menjadi tukang promo. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 10 July '09 oleh | 1,180 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized.

8 Comments to “Perkabaran Gembira Dari Yasin”

11.07.09 at 20:56
Posted by shay

shay pun suka juga dengar lagu tu… suara yassin menang best la kalau nyanyikan lagu macam tu… :love:

11.07.09 at 23:21
Posted by halym

bro, banyak kali semayang jemahat sebelah sebelah je ngan dia kat surau kws rumah, tp segan nak tanya pasal muzik. dengan baju putih ala pakistan, pakai seluar, rambut panjang berikat dan spek hitam, dia nampak serius….

Aidilx Reply:

rasanya dia tak seserius mana pun.mungkin ghoman muko dio buek dio nampak camtu. :)

12.07.09 at 01:53
Posted by marts

Suka la tu. Mencikk x doblas! :bloody:

13.07.09 at 23:31
Posted by naman

Apa i.d yasin ek?aku ada upload lagu tu..tp sekerat je..hehe

Aidilx Reply:

Yasin sulaiman :)

31.07.09 at 12:35
Posted by zelo55

aku suke lagu tuh!

layan kepala…

tgkp jiwang n leleh gk la…

congrats bro yassin…lagu bro ni mmg mantop!

27.11.09 at 15:08
Posted by nabilah

cite memang best sampai buat saya alwayz nak tengok cite selalu………i luv u so much remy ishak………….