Pemuda Yang Lelah..

Pemuda itu sudah lelah menenangkan jiwanya sendiri. Diraba hatinya untuk bertanyakan sama ada rasa itu masih ada. Benar. Rasa itu tetap ada. Cuma ianya semakin menghilang. Waktu telah membawa pergi sebahagian daripada rasa itu. Saban hari, hati sang pemuda semakin dingin. Dingin untuk memberikan rasa kepada yang ingin bertamu. Mungkin, itu lebih baik kepadanya. Terlalu banyak tergalas dipundaknya. Maaf, adakala si pemuda jadi kaku untuk berbicara.

Pemuda itu sudah lelah menggembirakan hatinya sendiri. Mungkin ini masa untuknya membersihkan segala gelodak tinggalan sejarah yang lepas. Sehingga Ramadhan tiba, si pemuda akan berkelana mencari kedamaian untuk hatinya. Mudah-mudahan nanti, pemuda yang lelah itu akan menemui penawar di dalam perkelanaannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 9 August '09 oleh | 285 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized.

8 Comments to “Pemuda Yang Lelah..”

10.08.09 at 16:06
Posted by marts

Dalam maknanya tu. :-D

Aku harap pemuda tu akan jadi swan jugak akhirnya.

10.08.09 at 17:18
Posted by umu2611

;) caiyok2 caiyok2

15.08.09 at 02:08
Posted by akhanusyana

(^-^)/

16.08.09 at 19:17
Posted by achika

puitis posting ktk tok… :8

18.08.09 at 20:34
Posted by Siti Fatimah Ahmad

RASA adalah satu fitrah naluri yang dikurniakan Allah swt kepada manusia. Ia bersifat dalaman dan perlukan hidangan rohani untuk menenang dan mendamaikannya.

Usahlah engkau wahai pemuda….berkelana jauh mencari kedamaian itu kerana damai itu ada di Pantai Damai, Santubong, Sarawak..pergilah ke sana…. (He..he..he…maaflah Aidilx..gurau aje)

Carilah damai itu di HATIMU…Di situlah terletaknya DAMAI ABADI kurnia dari Tuahnmu YANG MEMBERI KEDAMAIAN. Salam mesra.

Aidilx Reply:

Terima kasih untuk nasihat itu ibu. Memang patut saya ke Pantai Damai mencari damai di sana :O:

19.08.09 at 18:42
Posted by melati

semoga ketemu dengan kedamaian itu

21.08.09 at 23:01
Posted by Perindu

salam ramadhan buat aidil sekeluarga. Semoga dipermudahkan menjalani ibadah dibulan mulia.