“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).” (Al-Alaq: 1)

Saya agak ketinggalan dalam soal memiliki buku-buku terbaru di pasaran. Berada di suatu daerah kecil (diiktiraf Bahagian) sudah pasti kurangnya fasiliti kedai buku seperti Popular, MPH dan Kino. Ada pun buku-buku yang terdapat di kedai buku kecil belum tentu ianya memenuhi citarasa saya. Apatah lagi, harga buku jauh lebih mahal berbanding harga sebenar. Tetapi, itulah perkara normal yang perlu dihadapi oleh pembeli dan penjualnya bagi menampung kos penghantaran dan sebagainya.

Saya sedang mencari buku-buku bahasa Inggeris pula untuk dijadikan koleksi peribadi. Ada sesiapa yang boleh cadangkan saya buku yang sedap untuk diladeni dan sesuai untuk paras umur saya yang beranjak ke usia “pemikir terhormat“. Di bawah merupakan sebahagian buku-buku yang sudah saya tempah secara online. Barangkali, ada di antara kamu yang sudah acapkali khatam buku-buku ini sedangkan saya baru pertama kali menghirup bau harum buku tersebut. Tidak mengapa, asalkan hajat saya untuk membaca buku-buku ini kesampaian dan menjadi koleksi peribadi yang paling berharga.

Advencer_Si_Peniup_Ney1Cinta_Sang_Ratu1guruarkitekbangsakbenarkahiskandarkAyah_Kita_Bos1 hikayatamirhamzahkLaskar_Pelangi1Maryamah_Karpov1jalanjauhksalahudinkSSPJ_151suratunguuntuknuhalSultan_Alauddin_151syahadatcintakTuhan_Manusia_151 ungukarmilakyakjujmakjujk

Ada orang kata hobi membaca merupakan hobi yang membazirkan wang ringgit dan masa. Tetapi, Islam sendiri menuntut kita supaya rajin membaca dan tidak malas untuk membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan. Menurut Dr. Raghib as Sarjani, membaca itu bukan hobi semata-mata tetapi merupakan kewajipan setiap manusia. Kerana itu, tidak wajar seorang manusia berkata; “Saya tidak minat membaca” atau “Hobi saya membaca”. Bukankah perutusan Jibril alaihissalam yang pertama kepada Muhammad salallahualaihi wasalam berbunyi Iqra’? Peristiwa ini memberikan sejumlah ibrah kepada umat Islam supaya menjadi umat yang ‘membaca’, dalam erti kata lain meningkatkan pengetahuan kerana Jibril tidak akan membacakan sesuatu ‘kitab’ untuk kita.

Ilmu itu cahaya. Ilmu pengetahuan yang mantap mustahil diwarisi mahupun dibeli. Tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu perkara yang kita inginkan. Imam Syafie r.a dalam syairnya telah menggariskan syarat-syarat untuk menuntut ilmu sebagai berikut:

أخي لن تنال العلم الا بسته ؛ ذكاء وحرص واجتهاد وبلغة وصحبة استاذ وطول زمان

“Saudaraku, kamu sekali-kali tidak berupaya mencapai ilmu kecuali dengan enam perkara; cerdik, aktif mencari ilmu, tekun berusaha, kehidupan yang memadai, mengakrabi ustaz (ilmuan) dan masa yang panjang.”

Related Posts with Thumbnails


Catcheye

  1. 1
    fara
    November 2nd, 2009 at 2:10 am

    salam en.aidilx..
    buku cinta sang ratu tu salah satu buku drpd trilogi..ia buku kedua..dah baca yg 2 lagi? (bagaikan puteri dan hijab sang pencinta)..selamat membaca. :)

    Aidilx Reply:

    Bagaikan Puteri dah ada. Hijab Sang Pencinta dengan Cinta Sang Ratu je belum ada. Insya-Allah, akan dimiliki segera.

  2. 2
    susan..
    November 7th, 2009 at 9:36 am

    katar..bapa mentua aku selalu jadi jugde utk novel malaysia..dan sesungguhnyer novel 2 tuh ada dalam library nie sampaikan aku tak tahu nak baca mana satu…untung jugak dapat bapa mentua sasterawan nie ahhahahhaa..membeli buku bukan membazir..aku tak faham setengah org yang kedekut nak kuarkan duit nak beli buku…ermm

    Aidilx Reply:

    Mmg untunglah ko susan. Buku banyak untuk ko baca :D Mungkin sebab tu kot, kadar pembacaan di Malaysia ini masih rendah berbanding dengan negara lain.

  3. 3
    achika
    November 11th, 2009 at 10:42 am

    entry ktk tok mengingatkan kmk ngan my peveret trilogy Bagaikan puteri… ehehe kira koleksi persendirian juak ya… best writer in Malaysia bg kmk la Ramlee Awg Mushid… ehehe hasil tulisan nya lain dr yg lain… :)

    Aidilx Reply:

    Benar ya. Setakat tok, kamek suka penulisan Ramlee & Faisal Tehrani. :)

  4. 4
    Cikgu Wana
    November 13th, 2009 at 2:45 am

    Cikgu gak slh seorg pemint RAM..jgn lupa dptkn nvel trbaru beliau, 9 Nyawa akn brada di psaran tdk lme lagi..utk sinopsis, layari http://www.kelabram.com. Skrg ni sdg brkira2 membeli ketupat cinta karya faisal tehrani..teruskn menyokong penulisan yg kreatif dn ‘gila’.. ;)

  5. 5
    ibnmasir
    November 14th, 2009 at 8:39 pm

    wah.. byk buku dah bace ni… ak pon wat mse ni kurg sikit m’bace sbb de kekangan, akan dtg Insya’Allah… ak cdgkan bce gak buku perancagn hdup, pelaburan n politik.. same2 bertukar idea.. ;)

    Aidilx Reply:

    Takda banyak pun. Buku perancangan hidup, pelaburan dan politik dah ada. Politik tu memang blaja masa studi dulu. :)

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

blank