Konsepsi Politik & Ideologi Islam
By Aidilx on Nov 3, 2009 in Agama, Info Dunia, Motivasi, Politik
1. Sumbangan Islam tatkala gelapnya politik dunia
Di dalam seluruh sejarah kemanusiaan, Islam telah menyumbangkan sesuatu yang sangat besar yang tidak ternilai harganya iaitu “model negara” yang tiada tandingannya sebelum mahupun sesudahnya. Negara yang merupakan model itu dinamakan sebagai “Negara Islam” (Daulah Islamiyah). Harus diakui bahawa dunia sudah menerima pelbagai sifat atau bentuk negara, baik di dalam praktikal mahupun masih merupakan teoritis.
Misalnya, Plato dan Aristotles mengemukakan teori tentang bermacam-macam sifat negara (demokrasi, aristokrasi, monarki dll), dan mempraktikkan bentuk republik di Athen, sebagai negara kerakyatan. Begitu juga, Augustinus melalui bukunya “Civitate Dei” mengemukakan teori “Negara Ketuhanan” yang diikuti pula oleh Thomas Van Aquino dan Erasmus yang dipraktikkan oleh kerajaan Paus sebagai “negara theokrasi”. Sehinggalah ke zaman kita, silih berganti timbul tenggelam negara-negara dan teori-teori negara dengan pelbagai sifat dan bentuknya; menurut ideologi yang dianut oleh pembentuknya atau rakyat yang mendukungnya.
Negara Islam adalah suatu Negara Ketuhanan, di mana firman Tuhan menjadi dasarnya dan suara rakyat (musyawarah) berkuasa. Justeru, firman Tuhan (Fox Dei) dan ajaran Nabi (Fox Prophetae) bergabung dengan suara rakyat (Fox Popule) menjadi kekuasaan yang tertinggi di dalam negara. Penggunaan konsepsi atau prinsip ini telah dilakukan oleh Prof H. A.R. Gibb, namun bukanlah di dalam bidang politik sebaliknya di dalam bidang hukum. Beliau menulis:
“Vox populi, the expressed will of the community – not as measured by the counting of votes of the decisions of councils at any given moment but as demonstrated by the slowly accumulating pressure of opinion – is recognized in orthodox Islam next after Vox Dei and Vox Prophetae as a third infallible source of religious truth.”
“This principle is known as ijma’, the “consensus of the community”. There were those who tried to limit it to the consensus of the learned”. [1]
Penggabungan ketiga dasar di atas (firman Tuhan, sabda Nabi dan suara rakyat) merupakan suatu keistimewaan di dalam politik yang tidak ada taranya dalam sejarah. Bahkan, Sir Thomas Arnold, Henry Osborn Taylor dan Goldziher sangat mengagumi bentuk dan sifat Negara Islam yang tersendiri. Dengan menggunakan istilah ‘khalifah‘ dalam pemerintahan negara Islam, Sir Thomas Arnold pernah membuat perbandingan antara negara Islam dengan kerajaan Paus.[2] Walaupun, kedua-duanya mempunyai dasar yang sama iaitu Ketuhanan tetapi kerajaan Paus merupakan kesinambungan daripada pemerintahan imperial Rom. Sedangkan, pemerintahan khilafah dalam Islam adalah suatu corak yang original yang belum ada contoh sebelumnya, baik di tanah Arab maupun di daerah-daerah lain yang sudah terlebih dahulu maju seperti Yunani, Romawi, Mesir dan Parsi.
Inilah sumbangan yang sangat berharga dari Islam yang dipersembahkannya di dalam sejarah manusia. Suatu negara yang berdasarkan Ketuhanan, di mana suara rakyat memegang kekuasaan. Negara model inilah yang dilanjutkan oleh umat Islam, sama ada oleh para sahabat mahupun pengikut agama Islam sehinggalah ke zaman kini. Negara Islam inilah model terbaik dalam pelbagai sifat dan bentuk negara di dunia. Di samping itu, ianya juga merupakan ‘modal’ bagi umat Islam untuk menyumbangkan segala kepandaian dan kesanggupan mereka di dalam dunia politik baik secara teori mahupun praktis.
2. Membawa prinsip “Hukum Tuhan” dan Musyawarah Rakyat”
Kelahiran Nabi Muhammad telah memberi sinar kepada dunia. Rasulullah telah mempersatukan kedua-dua prinsip yang penting iaitu Hukum Tuhan dan Musyawarah Rakyat. Zaman sebelum kewujudan Islam dinamakan “jahiliyah” atau di dalam istilah Barat dinamakan sebagai “Dark Ages“. Negara-negara Barat dan Timur bergolak yakni berlaku kekacauan luar biasa di mana Tuhan dibelakangi dan rakyat diperkosa segala hak-hak asasinya. Maka, Nabi Muhammad (Rahmatan Lil’Alamin) telah melaksanakan tujuannya yang mana dkenali sebagai “The Form of Government” seperti mana yang dinyatakan oleh Maulana Sadrudin. Di dalamnya terdapat “freedom of conscience, freedom of opinion, freedom of expression, and economic freedom”; membentuk satu pemerintahan ini lebih realistik, demokrasi dan bertanggungjawab.
Maulana Sadrudin menerangkan dengan lebih lanjut seperti berikut:
“A realistic, democratic and responsible government was established by the Prophet of Islam. As many as fourteen centuries before this time, equality of rights, independence of opinion, and freedom of expression, were all cultivated with a view to developing a sound national character. It is noteworthy that this was successfully achieved and carried out in practice in the teeth of two adverse factors. One of them was the fact of the Prophet receiving revelation for the guidance of the people. He could very well play the role of shepherd, driving the sheep in the direction he liked; but that case, he could not become a nation builder nor a democrat.”
Sadrudin melanjutkan lagi:
“The other factor that stood is the way was the atmosphere of the neighbouring kingdoms, where dspotism was the order of the day.”
“In the north of Arabia was the empire of a Christian despot, titled Hircal and the north-western part of Arabia was linked with the north-western part of Egypt where Macaucus wielded absolute autocratic authority.”
“The Arabs were in communication with all the three neighbouring monarchies. The envoys and emissaries of these kingdoms visited the courts of one another. The conditions obtaining in those parts of the world combined with the fact that the Prophet was in communion with God, failed to induce the Prophet to assume the role of an absolute sovereign. On the contrary, he rose much higher and his wisdom did not allow any obstacle to prevent him from setting his nation on a sound democratic footing.”
Sadrudin menyatakan prinsip yang dibawa oleh Rasulullah itu:
“He declared that he had been commanded by God to hold consultations with the faithful in matters of state. He would accordingly hold parleys in the precincts of the mosque to which everybody had an easy access. The chief feature of these parleys was that decisions were taken by the vote of the majority; sometimes the majority vote was against the opinion of the Prophet himself.”
“But he always accepted and carried out these decisions willingly and earnestly and that impressed the nation with the sincerity and honesty of purpose on the part of the Prophet.”
“The question of the election of the Prophet’s successor was not settled till after his death. When the Prophet lay on his death-bed, he did not nominate his successor. This important affair was left in the hands of the Muslim public. Accordingly, the public elected Abu Bakr as his successor, or Caliph of the Prophet.” [3]
3. Prinsip demokrasi lahir setelah agama Islam tersebar
Syeikh Tantawi menerangkan bahawa Khalifah Omar Al Khatab sudah mengikuti langkah Nabi dengan membawanya ke musyawarah para Wakil Rakyat sebelum terjadinya peperangan (17 peperangan). Syeikh Tantawi juga telah menghubungkan teori-teori falsafah Yunani seperti berikut:
“Aku berkata dengan penuh keyakinan bahawa segala filosofi dan sarjana berbagai bangsa di dunia pada masa kita ini dan di kemudian hari nanti mendewakan Socrates dan Plato Yunani di dalam pemikiran politik. Manakala mereka mengetahui sesuainya praktik yang dijalankan oleh Omar Al-Khatab di Madinah, dengan konsep yang dibuat oleh filosofi-filosofi Yunani itu, pastilah mereka yakin akan artinya ayat Tuhan “Kamu adalah umat yang paling terbaik yang ditampilkan kepada manusia.”
“Aku katakan: Sesungguhnya Nabi dan pengikutnya Omar yang mempraktikkan ini di zaman kerajaan-kerajaan Parsi dan Romawi sudah jatuh ke tingkat ke-5 yang paling rendah iaitu pemerintahan autokrasi, kemudian kita melihat Nabi dan Omar itu memerintah menurut konsep politik yang dipujikan oleh Socrates di dalam ‘Republik’, iaitu tentera tidak dibolehkan memegang pemerintahan supaya jangan bertindak mengumpul kekayaan dan harus merasa cukup dengan penghasilan yang ditetapkan baginya dari pajak yang dibayar oleh rakyat.”
“Aku katakan: Orang-orang yang seperti Nabi dan Omar ini memang dijadikan Tuhan menjadi contoh teladan untuk seluruh bangsa di bumi ini, baik di Timur maupun Barat.Seluruh kemanusiaan pasti akan menuju ke situ. Sesungguhnya Tuhan menetapkan buku Plato pada segala bangsa dan diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa, yang di dalamnya disebutkan teori tingkat-tingkat negara. Negara ideal yang diharapkan itu tidaklah lahir di tangan Plato dan gurunya Socrates tidak pula pada kerajaan Yunani dan imperial Rom, yang akan menjadi contoh tertinggi bagi segala bangsa. Ia muncul selama 30 tahun lamanya selama zaman Nabi dan para Khalifah penggantinya dan tetap abadi menjadi contoh utama di dalam sejarah.” [4]
Penerangan Syeikh Tantawi di atas bagi menegaskan dan menjelaskan bahawa sumbangan Islam tentang politik yang telah diwujudkan di zaman Nabi dan para Khulafa Ar-Rasyidin. Walaubagaimanapun, amat sukar untuk difahami dengan keterangan Prof. Dr. Von Schmid dalam bukunya “Grote denkers over staat en recht” menyebutkan sejarah zaman Tengah yang penting itu dalam judulnya “Het geberuren van 500-1150“.[5] Sedangkan, segala teori politik yang wujud kemudiannya adalah berasaskan kepada pendapat para sarjana politik Islam dengan merujuk kepada pemerintahan di Zaman Tengah itu.
Kita mengenali Thomas Aquino (1225-1274), Dante Algieri (1265-1274) di zaman Renaissance, begitu juga para pujangga Montesquieu (1689-1755) dan Rosseau (1712-1778) di zaman Revolusi Perancis; mereka ini telah menerima banyak sekali konsep dan teori dari ajaran Islam dan falsafah politik Islam.
~bersambung~


YobSumo | Nov 14, 2009 | Reply
banyak info kat sini. bgs
btw click ur exabytes n christmas carol!
Aidilx Reply:
November 14th, 2009 at 10:37 pm
Sekadar berkongsi informasi dan ilmu yang maha sedikit.
yani | Jan 11, 2010 | Reply
thank’s bgt ya…….. boleh duplikat bwat tgs kul khan?
Aidilx Reply:
January 11th, 2010 at 9:46 pm
Insya-Allah, kalau dapat membantu maka gunakanlah ia sebaiknya. Andai ianya untuk diletakkan diblog, saya berharap agar memberikan sedikit kredit kepada blog ini.
Terima kasih.