Selamat Pengantin Baru: Eja & Mael
Agama, Aidilx, Info Semasa 5 November, 2009
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Pengertian Perkahwinan
Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.
Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum nikah cerai dan rujuk.
Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada beberapa faktor penting untuk menjamin kebahagiaan antaranya ialah :
- Perkahwinan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan sunnah.
- Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman. Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.
- Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT. Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al Maaruf.
- Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.
~Mael & Eja mengenakan busana baju pengantin warna merah hati. Memang kena dengan perumpamaan bak pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan.~
a. Syarat-syarat ijab:
- Hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan tepat.
- Lafaz ijab itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan itu terbatas waktnya.
- Dari wali sepertii katanya : “Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau pun dari wakil wali seperti katanya : Saya nikahkan dikau dengan Fatimah binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada saya dengan mas kahwin sebanya lima ratus ringgit tanai / bertangguh”.
- Tidak dengan lafaz ta’liq seperti kata wali : “Saya nikahkan dikau dengan anak saya Fatimah sekiranya anak saya itu diceraikan dan selesai iddahnya”.
b. Syarat-syarat Qabul:
- Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan lain di antara ijab dan qabul. Ertinya di antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk bernafas.
- Diterima oleh calon suami seperti katanya : “Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut tunai / bertangguh”. Ataupun wakilnya seperti katanya: “Saya terima nikahnya untuk Osman, (kalau calon suami itu bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”.
- Lafaz qabul itu tidak berta’liq.
- Lafaz qabul itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan nikah itu terbatas waktunya.
- Hendaklah disebut nama bakal itu atau ganti namanya, seperti kata calon suami : “Saya terimalah nikah Fatimah atau nikahnya”.
- Lafaz qabul itu sesuai dengan lafaz ijab.
- Hendaklah lafaz qabul itu lafaz yang terang bukan sindiran.

~Mael yang dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin, Tuan Haji Mohd Elham~
Hikmah Perkahwinan
Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri. Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya. Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan seterusnya kepada masyarakat Islam.
Di antara faedah dan hikmahnya ialah :-
- Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumahtangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati.
- Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan.
- Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumahtangga yang damai dan berdisiplin.
- Supaya umat manusia berkembang biak bagi meramaikan dan memakmurkan bumi Allah yang luas ini.
- Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula dalam masyarakat dan negara.
- Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.
- Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup.
- Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.
- Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezalinan yang amat dilarang oleh agama.
~Selepas selesai sesi akad, maka rasmilah sudah Eja menjadi isteri kepada Mael~
~Doa restu dari ayah & ibu itu penting dalam melayari alam baru rumahtangga~
~Inilah orang kuat dibelakang tabir dalam menjayakan majlis perkahwinan Mael & Eja. Kita tunggu giliran Umu pula disatukan dengan jejaka pilihan hatinya, insya-Allah~
~Pengantin diarak ke rumah pengantin perempuan dengan menaiki kuda padi (kuda Bajau) sambil diiringi kumpulan kompang~
~Tuan Hj Asun dan kuda Bajau yang unik ini turut menyerikan majlis perkahwinan Mael & Eja~
~Bertambah menarik dengan kehadiran kanak-kanak berpakaian suku kaum Bajau~
~Tradisi dan kebudayaan harus dikekalkan. Mael & Eja mengenakan busana suku Bajau yang menyerlahkan lagi seri pengantin~
Majlis pernikahan pasangan Elzahwati (Eja) dan Ismael@Abdul Mutalib (Mael) telah selamat diadakan pada 25 September 2009 yang lalu di Kota Belud, Sabah. Alhamdulillah, pasangan Eja & Mael sudah menjadi pasangan suami isteri yang sah yang mana pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan, Hj Mohd Elham. (Gigil tak tangan ko masa tu Mael?
)
A i d i l x . c o m ingin mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan mempelai dan selamat menempuh alam rumahtangga. Semoga perkahwinan ini akan menambahkan lagi kasih sayang antara Eja dan Mael serta mudah-mudahan jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat.

















November 15th, 2009 at 8:11 pm
perghhhhh…Eja macam Waheeda,
errr..encik Aidil biler nak jadik pengantin lagik…ekeke
Aidilx Reply:
November 15th, 2009 at 9:38 pm
November 16th, 2009 at 9:24 am
comelnya pengantinnnn..hehe..
klik iklan disney anda
November 16th, 2009 at 11:43 am
dah kuar dah entry ni… apasal gambar satu tu kuar gak……..
November 22nd, 2009 at 6:07 pm
Tahniah kepada mereka berdua.