Archive for December, 2009
Meladeni Facebook seharian sememangnya boleh mendatangkan keseronokan kepada kita. Namun, ada masanya aktiviti ini menjadi bosan apatah lagi terpaksa menghabiskan masa kita sendirian di bilik.
Oleh itu, MyDeskFriend adalah sebuah robot Penguin (dinamakan sebagai Pingo) telah direka khas untuk membuatkan aktiviti ber’Facebook‘ kita menjadi lebih menyeronokkan. Robot ini sememangnya dicipta untuk para penggemar Facebook kerana kebanyakan fungsinya dicipta untuk digunakan semasa ber’Facebook‘.

Robot ini juga boleh membaca status terkini yang ada di Facebook kita melalui suara robotnya yang lucu; di samping memberitahu kita bila saat kita di “Poke“, teman yang “log-in” dan banyak lagi. Selain berfungsi di Facebook, MyDeskFriend juga boleh memberitahu anda apabila terdapat emel masuk, pemberitahuan masa dan keadaan cuaca.

Tambahan lagi, kita juga boleh mengajar si Pingo ini untuk menyanyi dan sebagainya. Janji bukan mengajar dia mencuri, ye kawan-kawan! :)
Menurut sumber, MyDeskFriend ini sudah mula dijual pada bulan September lepas dengan harga sekitar US$99 (RM338.50). Jadi, kepada mereka yang berkenan dengan gajet ini bolehlah membeli secara online di MyDeskFriend.

Si Pingo ini memang sesuai untuk dijadikan hadiah terutamanya kaki-kaki gajet (teknologi). Nak tunggu tahun depan ada tak orang hadiahkan Si Pingo ini untuk saya.

Kredit foto: Utusan Malaysia
Malang tidak berbau..
Insiden ganjil (bagi saya) kerana amat jarang orang belajar memandu kereta di ruang letak kereta. Apatah lagi, belajar memandu di ruang letak kereta pusat membeli belah. Kecuaian manusia kerap kali mengundang musibah pada diri sendiri. Namun, ajal maut jodoh pertemuan itu sudah ditentukan di Loh Mahfuz.
Saya tidak ingin mengulas dengan lebih lanjut. Pelbagai versi cerita yang saya baca. Harap Abe Long Sewel dapat memberikan gambaran sebenar diblognya nanti (kalau beliau ada ditempat kejadian). :beurk:
Kita soroti gambar-gambar dan video yang sempat diambil di tempat kejadian.

Kereta Ford selamat tersadai di tengah eskelator
(more…)
Posted on 7 December '09 by Aidilx, under Aidilx, Info Semasa. 6 Comments.

Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara
Aidilx terpaksa berehat seketika. Doktor menyarankan supaya saya mendapatkan rehat yang cukup; melupakan sejenak urusan blog duniawi yang memberatkan pemikiran. Rehat itu perlu andai mahu badan saya kembali cergas untuk digunakan 100 tahun lagi. Agak seronok bila saya diceramah oleh doktor tersebut tentang pentingnya saya menjaga kesihatan.
Saya akan memantau sebarang masalah yang ada diblog sepanjang saya berehat. Tetapi, saya sudah pasti tidak akan mampu melayan semua permintaan kerana pengurusan blog ini bergantung sepenuhnya kepada saya sendiri. Agak susah untuk memuaskan hati semua pihak. Manusia mempunyai limitasinya sendiri.

Posted on 3 December '09 by Aidilx, under Uncategorized. 14 Comments.