Pertubuhan Haram:Klik-Klik Nuffnang!
By Aidilx on Dec 1, 2009 in Blog, Info Semasa

Adakah saudara/saudari sudah melibatkan diri di dalam pertubuhan haram ini? Kalau ada yang sudah terjebak dengan dakyah palsu ini maka saya ingin mengajak anda kembalilah kepada nawaitu sebenar anda di dalam dunia blogging ini.
Saya agak terkejut apabila fenomena ini mula melanda para bloggers yang baru berjinak dalam dunia blogging. Dalam erti kata lain, fenomena ini dicetuskan oleh newbies yang begitu ghairah mengaut keuntungan berganda daripada iklan Nuffnang. Saya cuma tekankan kepada newbies dan saya tidak menolak ada di kalangan bloggers senior yang mendekati pertubuhan haram ini.
Saya faham dengan keghairahan kalian untuk menjana pendapatan sampingan. Namun, dalam keghairahan dan kerancakan kalian untuk mengaut laba dari Nuffnang, kalian sudah tersasar jauh dari rencana asal. Paling dahsyat dan keji, kalian menubuhkan “Team Klik-Klik Nuffnang” (saya namakannya sebagai pertubuhan haram) untuk memudahkan bloggers yang meletakkan iklan Nuffnang diblognya untuk dijamah dan diratah oleh rakan-rakannya yang lain secara keji lagi haram!
Tidak terfikirkah kamu akan implikasi atau impak yang bakal kalian terima apabila Nuffnang dapat mengesan dan menghidu taktik keji ini? Bukan saja duit hilang bahkan mungkin saja kalian akan digantung keahliannya. Bak kata pepatah, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.” Bahasa mudahnya, kalian akan berputih mata! Baru padan muka sendiri, kan?
Saya tidak faham kenapa kamu perlu tubuhkan Team Klik-Klik Nuffnang ini sedangkan sudah tersedia pelbagai method yang boleh digunakan bagi membantu kalian menaikkan pendapatan Nuffnang. “Niat tidak akan menghalalkan cara” sekiranya pendekatan sebegini rupa yang kalian praktikkan. Bahkan para sifu baik diblog mahupun di forum (niche Internet Marketing) sudah menyediakan teknik SEO untuk meningkatkan trafik ke blog kalian sekaligus mencipta hits yang tinggi untuk blog kalian. Bukankah itu lebih elok dari mencipta idea keji tersebut.
Saya cuba merempit ke blog pertubuhan haram a.k.a Team Klik-Klik Nuffnang ini, tetapi hajat saya tidak kesampaian. Barangkali, mereka sudah dapat menghidu kedatangan “Geng Bas Sekolah” maka dengan pantas mereka telah memusnahkan bukti di markas rasmi tersebut.
Sudah ada yang kepanasan dengan serangan demi serangan ini? Bukan saya saja yang sudah memberikan nada tegas dalam soal ini, saudara Khai, Topo dan Megat serta Kujie juga sudah memperkatakannya di blog mereka. Saya bukan berniat untuk menghentam sesiapa cuma untuk menegur kalian yang tegar melakukan perbuatan terkeji ini. Kalau kita nak cari rezeki biarlah melalui lorong dan landasan yang betul. Permainan keji gila seperti ini memudaratkan semua pihak. Tidak mustahil, Nuffnang akan jadi lebih kedekut nanti gara-gara kesilapan yang dilakukan oleh para blogger ini.
p/s: Taktik keji pihak zionis dengan menghalang bekalan makanan sampai ke tangan penduduk Palestin. Mereka kenyang, rakyat Palestin kelaparan. Fikirkan!


loq | Dec 1, 2009 | Reply
boleh blah team nuffnang rangers tu.
Aidilx Reply:
December 1st, 2009 at 4:19 pm
aidi-safuan | Dec 1, 2009 | Reply
ade join gak kumpulan2 nih…tapi takde la sampai beria sangat pergi blog orang jer nak klik ads.bukan keluar sangat pon iklan diorang…just nampak banyak link blog,then klik. ade gak blog2 yg menarik dalam link yg diberikan.so,xde la join grup nih semata-mata untuk click ads jer.hehe…
btw, hanya niat menegur. betul ke jatuh hukum haram mende nih? ada refer al-quran, hadis, sunnah, majlis ulama semua? peace!!!
Aidilx Reply:
December 1st, 2009 at 4:35 pm
diharamkan oleh Nuffnang sebab mempunyai unsur² menipu.
Amirez | Dec 1, 2009 | Reply
huh..ada juga pertubuhan macam ni ye.
boleh ke kita katakan hasil yg kita dpt drp minta org klik ads kat blog kita tu adalah haram? boleh masuk kategori menipu juga ni
Aidilx Reply:
December 2nd, 2009 at 9:54 am
mmg kira menipu pun.
marts | Dec 1, 2009 | Reply
Setuju sangat Ling. Obviously Nuffnang bukan tak boleh track benda2 ni, kalau hits pada ads tak berkadar dengan traffic pengunjung pun dah boleh tahu kan. Dan for sure diorang pun boleh track mana pengunjung unik dan pengunjung yang ada pattern.
By the way, aku nak cakap pada aidi-safuan, what is wrong is wrong, aku memang anti sikit dengan orang yang suka benar menggunakan agama sebagai jalan keluar terakhir untuk tegakkan sesuatu dengan cara halus. U know what I mean.
Aidilx Reply:
December 2nd, 2009 at 9:56 am
Aku rasa Nuffnang dah perketatkan pengeluaran iklan. Blog tu pun dah kena banned ngan Nuffnang.
marts | Dec 1, 2009 | Reply
Sambung, maksud aku lebih kurang macam ni la. Ko bangun jam 4 pagi, pergi masjid dan pasang kaset ceramah agama kuat-kuat sampai satu kampung terganggu daripada orang tua sampai la budak2. Jam 4 pagi!!! Lepas tu gunakan alasan ceramah agama sebagai penegak perbuatan tu.
Sori Ling, post 2 kali pulak.
Aidilx Reply:
December 2nd, 2009 at 9:58 am
Nevermind. Lagi bagus sebab boleh suarakan pendapat & pandangan.
Thanks
titan | Dec 2, 2009 | Reply
hoho..semua orang cakap isu ni dalam sehari dua nih..blog tu dah tak leh masuk dah..
muhdfarhan | Dec 3, 2009 | Reply
haha..biasa la . orang yang kool tak kan buat keja gila ni..hehe
Aidilx Reply:
December 3rd, 2009 at 3:11 pm
muhdfarhan | Dec 3, 2009 | Reply
http://www.muhdfarhan.com/?p=2023
khas untuk kau..hehe
Aidilx Reply:
December 6th, 2009 at 8:24 am
Siap buat entri linkkan utk aku. Anyway, thanks Farhan.
megat | Dec 3, 2009 | Reply
yang salah tetap salah. kesimpulan sudah dirumus oleh beberapa blogger yang berpengalaman dengan bantuan power rangers yang di arah oleh mak power rangers (ha3).
alhamdulillah, ada yang sudah sedar. apa yang aku lakukan adalah atas tanggungjawab bersama yang sudah jelas di TNC nuffnang.
insya allah, akan dipantau dari semasa ke semasa (ceh! he3)
Aidilx Reply:
December 3rd, 2009 at 6:10 pm
Kita laksanakan tanggungjawab untuk menegur bukan menghentam semberono. Kalau perkara ini diteruskan dan mereka tetap berdegil, akan wujud 1 komuniti blogger yang membuat blog untuk mengaut keuntungan semata-mata. Tipulah gak kalau ada blog xnak jana pendapatan. Tapi, dua² perlu ada hala tuju yang sebenar, bukan mengambil jalan mudah seperti ini.
Kujie | Dec 3, 2009 | Reply
sebenarnya ada 2 perkara berbeza di sini yang ramai salah faham
1- klik iklan nuffnang – tak salah
2- tubuhkan team dgn ahli berdaftar semata2 utk klik – dari segi moral itu salah.
Malaysia diban oleh Clickbank semua angkara pertubuhan geng2 mcm ni lah
Aidilx Reply:
December 5th, 2009 at 2:47 pm
Yang salah dari segi moraliti sebab ditubuhkan team utk klik mengklik iklan. Kalau takat jemputan biasa yg selalu kita tgk, saya tidak punya sebarang masalah.
Pemikiran seseorang memang sukar untuk dijangka.
touya | Dec 4, 2009 | Reply
assalammualaikum
emm saya sokong pasal entry anda , buat satu team untuk klik main klik . cuma ada satu jer tak berapa sedap sangat .. kalau saya silap tolong betulkan macam ada pautkan dengan agama jer . Contohnya “Niat tidak akan menghalalkan cara” ataupun “Taktik keji pihak zionis dengan menghalang bekalan makanan sampai ke tangan penduduk Palestin. Mereka kenyang, rakyat Palestin kelaparan. Fikirkan!”
Aidilx Reply:
December 5th, 2009 at 3:11 pm
Beginilah cik/encik touya.
Saya memasukkan “Niat tidak akan menghalalkan cara” bagi menjelaskan bahawa niat mereka untuk membantu ahli² yang lain itu adalah baik. tetapi, niat mereka tidak selari dengan cara mereka. Dengan cara mengajak/bertukar klik-mengklik antara ahli² mereka bukankah itu satu penipuan? Sekiranya setiap hari aktitivi ini diteruskan jadi berapa banyak hasil yg mereka perolehi daripada cara penipuan ini? Dalam Islam (sekiranya cik/encik bukan Islam) umatnya dituntut mencari rezeki yang halal kerana makanan yang menjadi darah daging kita (dari sumber yg haram) akan mendorong kita menjadi insan yang rosak akhlak etc.
Jadi, apakah salah andai saya sebagai saudara seislam kepada Pengasas Team tersebut untuk membetulkan kembali nawaitu dia walaupun saya tau niat dia hanya untuk menolong tetapi jalan yang dia pilih adalah salah?
“Taktik keji pihak zionis dengan menghalang bekalan makanan sampai ke tangan penduduk Palestin. Mereka kenyang, rakyat Palestin kelaparan. Fikirkan!” – Saya bukan mengaitkan/menyamakan team ini dengan zionis dan sangat zalim andai saya melabelkan team ini sebagai zionis. Walhal, besar mana sangat pun kesalahan mereka. Cuma saya ingin mengajak pembaca (baik yang memberi komen mahupun yang hanya membaca) agar kita berfikir kenapa kewujudan team seperti ini akan merencatkan perkembangan komuniti bloggers di Malaysia. Mereka hanya memikirkan keuntungan/kepentingan 1 pihak sedangkan pihak lain yang tidak bernaung di dalam pasukan/team ini akan menerima implikasi yg besar kerana kemerosotan pendapatan. Seperti yang saya nyatakan di entri ini, Nuffnang mungkin akan lebih berwaspada & ‘kedekut’ untuk mengeluarkan iklan diblog berdaftar dengan mereka. Banyak lagi kalau perlu diperkatakan.
Bagi saya ingin bukan soal agama sahaja, bahkan ianya melibatkan soal tanggungjawab kita sebagai bloggers di Malaysia. Kalau saya ingin menutup mata, membiarkan sahaja perkara ini berlaku, saya bisa saja memperlakukan sedemikian. Tetapi, saya tidak tergamak kerana soal tanggungjawab apatah lagi yang seagama dengan saya mencari makan dengan cara kurang sihat/bermoral. Berdakwah bukan hanya disampaikan dimasjid/surau² tetapi konsepnya meluas.
Wallahualam..
Melz | Dec 5, 2009 | Reply
betul tuh kak
hihi . takut dorang salah paham plak . terus tak diclick iklan tuh . miahahaha
Aidilx Reply:
December 6th, 2009 at 8:21 am
bukan menyekat nak klik mengklik.. cuma biar berpada.
Mr Kamikaze | Dec 6, 2009 | Reply
jijik dan koto betul teknik kump blog klik2 nie..gua pernah jgk nampak blog yg mengajak membuat rangkaian klik2 nie…siot betullah..yg kita nie berusaha dengan cara yg betul dorang sedap2 jer guna cara nie…
kang nuffnang tutup kedai n bankrupt, baru putih mata semua…=(
“INGATLAH BUKAN SENANG UNTUK JADI SENANG”
Aidilx Reply:
December 7th, 2009 at 8:03 am
Zaman sekarang semua nak ekpress. Tak salah kalu nak klik tapi dah menubuhkan perkumpulan untuk klik mengklik, itu namanya penipuan.
touya | Dec 7, 2009 | Reply
okay sekarang saya dah faham .. thanks atas hujah yang diberi
Aidilx Reply:
December 7th, 2009 at 12:42 pm
Itu bukan hujah, cuma penjelasan.